Azul Authentic Nasi Kukus

by - Isnin, Mei 04, 2015

 

Aku pengemar nasi kukus.Bila aku dioffer buat review nasi kukus oleh blogger Aliah di Azul Authentic Nasi Kukus ni , aku teruja.Bila ? Kat mana ? Dan sampai masanya , cerita banyak tarakkk… gerak sekeluarga ke sana.

Lokasi Azul Authentic Nasi Kukus ,berdepan dengan kampus perubatan UITM di Selayang. Agak tenang tempat ni. Restoran Azul Authentic Nasi Kukus yang baru dibuka beberapa bulan lalu ni jadi kunjungan rakan rakan blogger #kelabbloggerbenashaari.

DSC05902DSC05905DSC05906

Azul Authentic Nasi Kukus  ni dekat dengan Ideal Convention Centre , Selayang. Maknanya kalau nak ke sini , boleh je waze samada cari Uitm kampus Selayang atau  IDC ni ..

DSC05907

Ramai dah rakan blogger dah sampai. Teruja jugak diorang rupanya.. heheeh ..

Suasana dalam restoran Azul Authentic Nasi Kukus.. masing masing sibuk amik gambar dah ! Perut memasing dah berkeroncong.. hahaha.. Tau , tau.. sabarrrr ..

DSC05944DSC05932

Pemilik restoran rupanya ‘berguru’ dengan Chef Amer.. Bermakna bukan calang calang orang rupanya chef restoran ni.. hehehe.. Tak sabar nak rasa air tangannya  !

DSC05926DSC05927

Sebelum ‘makan besar’ amik gambar kek serta kuih muih yang disajikan. Ini semua dibuat sendiri oleh Puan Adda , pemilik restoran ni.. Tu nama manja la.. Nama penuh , Nor Sa’adah binti Ghazali.. Suaminya juga terlibat dalam restoran ni tapi lebih tertumpu pada penyediaan makanan jer..

image

Semua ni boleh ditempah yer.. kalau ada yang berminat nak tempah..

DSC05908

DSC05911DSC05912image

 

Ronda roda kat dapur.. Bersih ! Tip top gituuuu !! Huhuhuh.. Nasi kukus sedang dalam pembikinan .. hehehe ..

DSC05920DSC05918DSC05919

Harga ? Terpampang megah di situ ! Murah jerr.. Tiada GST dikenakan lagi sebab tak layak.. hehehe.. Baru je bukak kan ? Hehehe..

Nasi kukus ayam berempah baru RM6. Mee kari kerang dia yang sedap tu , RM6. Coconut Shake, RM3.50. Ok la kan ?

image

Selain tu ada jugak jualan biskut , acar buah yang boleh ditempah pada bila bila masa sahaja.

image

image

Kalau makan nasi kukus kat sini , aku nasihatkan minum rut beer float ni ! Hahahha.. Sedap kooo … Yang dalam gambar ni Coconut Shake..

image

Harga minuman yang lain ? Segalanya dipamerkan disini.. Takde caj tersembunyi.. huhu..

image

Ok..siap ! Masa untuk menjamu selera. Aku memilih nasi kukus ayam berempah dan daging kerutuk. Mee kari kerang Bidor yang sedikit diubah suai mengikut permintaan , mungkin ? Heheh.. letak telur jer..

Selain nasi kukus ayam berempah , nasi kukus daging kerutuk dan mee kari , Azul Authentic Nasi Kukus juga ada menyediakan nasi kukus ikan keli berempah dan juga rojak buah.

Bagi yang menjaga kesihatan , mereka menggunakan santan rendah kolestrol dan juga MSG yang amat minima.

image imageimageimage

Menyelerakan ? Aku tahuu.. aku plan nak repeat lagi.. Tak puas makan ari tu.. hahaha .. Menepati selera aku la restoran ni..

Untuk pengetahuan , restoran ni dibuka pada jam 10 pagi hingga 6 petang. Dari Isnin hingga Sabtu. Tuan punya restoran merupakan pastry chef. Mereka juga menyediakan kek dan dessert..dibuka hanya menerima tempahan saja… Contoh kek dan dessert leh tengok di NIN9LANDERS dan EVERYONE CAN TART

Kalau ada yang buat meeting atau makan makan , boleh je order dari mereka dan juga ada khidmat delivery ! Sila call atau hubungi mereka di :

Telefon : 019 633 9005 atau 018 369 8456

Alamat :

AZUL AUTHENTIC NASI KUKUS
No. 47, Jalan PS8,
Prima Selayang, KM15 Jalan
Rawang,
68100 Batu Caves, Selangor

“ TAK PEKENA SASAU , KENA MENGIGAU ! “

You May Also Like

2 comments

  1. Daging kerutuk lembut je, ayam berempah ranggup, ikan keli berempah pun syok makan dgn nasi kukus, kuah dia pekat dan banyak...

    Kena pi repeat lagi sebab dah mengigau balik hahhaa

    BalasPadam