Pemandu teksi mengeluh tambang mahal ?

by - Rabu, Mei 13, 2015

 

Ke Low Yatt semalam dengan menaiki teksi . Terpaksa ! Bukan suka suka tauu.. Aku kena gi dan balik dengan pantasnya. Tak leh jenjalan sama sekali. Terus ke point utama dalam tempoh sejam ! Hurmm.. Anak-anak aku , ayah aku tengokkan.. Sian dia..

Maka naiklah teksi aku ke sana. Dalam teksi , aku perhatikan meter. Seperti biasa.. RM3 pada awalnya. Seketika kemudian dah RM5 ! Wahhh.. terkejut beruk aku ! Destinasi dituju masih jauh tapi meter dah nak cecah RM10 ! Aiyokkk…

Untuk mengelakkan aku sakit hati , aku ajak pemandu teksi berborak mengenai GST. Dia akui GST memberi kesan pada kehidupan dia. Segalanya mahal ! Tang mana murah pon tak tau laa..Termasuk tambang teksi ! Katanya pengguna teksi merungut tambang mahal. Dan ramai tak nak naik teksi jika tidak terdesak. Pastinya ini membantutkan pendapatan hariannya.

Ok , sampai ! Tengok meter , RM10.25 !

Bagi RM10 je.. “.Kata pemandu teksi tu. Biasanya tambang dalam RM7-8 jer dan aku bagi RM10 .. Baki simpan tapi kali ni , diorang lak suh simpan selebihnya ! Hahahaha .. Adehhh !

Jam 12 tengahari. Jumpa dah apa aku nak. Jom balikkkk ! Naik teksi lagi. Ada banyak teksi sedang menunggu penumpang..

Bang , Cheras ? “. Pemandu teksi tu mengangguk. Teksi mula bergerak ke lokasi yang aku minta.

Beberapa minit kemudian , pemandu teksi yang dah berusia tu mula membuka mulut.. Isu apa korang rasa ? Yesss ! GST laaa ! Apa lagi kan ? Takkan pasal cincin atau badminton kan ?

Katanya GST ni lebih dirasai oleh orang muda sebab orang muda banyak berbelanja. Macam dia , dia tak rasa sangat sebab dia tak guna duit sangat pon. Setakat setiap hari gi lepak kedai kopi je.. Minum kopi.. Tu je perbelanjaan dia ! Tapi macam pemandu teksi tadi , penumpan yang banyak mengeluh pasal tambang yang terlalu .. hurmmm.. mahal ? Dia sendiri kata tak leh nak buat apa !

Aku perhatikan meter. Dah RM10.75 !

Bang , berenti sini.. Saya nak gi kedai jap.. “. Jarak tempat aku berhenti ke rumah aku tu ada dalam 800 – 900 meter !  Aku bagi RM20 dan dipulangkan , RM11. Senyum je la..

Lain kali guna LRT jer ??? Kalau semua orang guna LRT , teksi camana nak cari makan ?? Sian gak la kat diorang.Nak tak nak kena tolong jana ekonomi mereka gak la kan ? Hurmm..

image

Caj tambang teksi selepas GST.. Kononnya ditangguhkan ari tu ?

image

Harga asal dan harga baru. Harga baru diumumkan pada 19hb Mac 2015 kalau tak silap aku ..

image

Hurmmm…

You May Also Like

5 comments

  1. mmg mhl... sy biasanya dr UM ke TBS harga rm11 tp skarang gi same rm21 paling murah... menangis wooo...

    BalasPadam
  2. Adehhh dorang kadang letak harga sesuka hati terutama teksi sewa yang tak bermeter.

    BalasPadam
  3. Last naik teksi lepas cucuk anak. Tak naik dah setahun kot..

    BalasPadam
  4. eh untungla..drebar teksi time balik tu bg diskaun lg byk. dia amek tambang rm9 je

    BalasPadam