BEN ASHAARI



 

Mesti pelik kan...Anti tu bukan tak suka...Aku yang tak suka pakai kain pelikat tu haaa...

Kenapa ek ?? Aku masih ingat lagi satu kejadian yang amat memilukan hati aku..Aku terasa sedih amat bila mengenang kisah tersebut...

Kejadian ni berlaku semasa aku kanak kanak rebina lagi...
Nak dijadikan cerita , orang tua aku senantiasa suruh aku pakai kain pelikat bila kat rumah..Aku tak tau laa nape beria benar ..Satu malam tu ...aku tido dengan lenanyaaa...hehehe...Sedar sedar..esok mak aku kejut aku ...

" Awat hang tidoq bogel ? "

Sejak itu , aku nekad tak nak pakai dah kain pelikat !

Share
Tweet
Pin
Share
38 comments

 

image

Tadaaaa.... dapat prepaid dan juga hamper bernilai jutaan ringgit ! Acah je... Prepaid bernilai RM30 dan sehelai baju kanak-kanak yang ditaja oleh En.Shahazrin (blog) .. Haaaa.. Sapa punya gambar ni ??? Si suami atau isterinya kah ?? Mari kita tekaaa... sapa yang kenaaaa... heheheh... Si isterinya laaaa... kan kan ... Blog sapa ???

http://deejaywani.blogspot.com/

Tadi dia cakap kat aku , kalau dia menang , dia tak nak hadiah.. dia suruh aku je amik .. Betul ni  ??? Call awek pon best nih... Nak call sapa ehhh ... hhahaha.. Ye .. aku tau.. aku dah kawin .. Ala, dah kawin tak leh ada awek ke ?? Oo... tak leh ek... satu pon tak leh ???  Yelaaaa... yelaaahh.. aku tau.. aku tak leh membahagikan kasih aku ni kan.. apa nak buat .. old man white coffee house ...

OK laa.. buat pemenang dan juga peserta yang mencuba nasib.. Tahniah dan terima kasih.. jgn risau.. esok kita cuba lagi ..okeh ?

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Aku minta maaf yer tentang pembubaran blog list tu .. Aku ingat nak settlekan semua tu malam ni .. tapi internet lak slow .. nak masukkan satu link pon aku leh buat maggie goreng ala ala tom yam , pastu g kedai beli ayam panggang , balik .. buat teh o .. pon tak lepas lepas lagi .. haih.. faham je la kan .. Nak tak nak kena buat kat opis esok ...  Dan aku akan bukak lagi satu blog list nanti ... jgn risau .. aku akan masukkan lagi ... hurm ..

Jangan terasa la bab ni yer .. aku nak puaskan hati semua orang , aku gak jadi giler nanti .. ni pon dah nyaris giler ni.. kang aku giler , blog gak kena tutup.. sapa rugi ?? Kedai mamak gak rugi... nape ?? Sebab aku g kacau kedai diorng.. mintak rokok free.. haaaa.. aku bukan nak hisap rokok tapi saja nak buat koleksi ... boleh ?

Pembubaran tu aku terpaksa buat sebab nak meringankan blog ni dan jugak mengemaskini blog .. Dan paling utama ialah nak buat 'pembaharuan' .. kasi geng geng lain masuk lak .. boleh ? Korang yang lama pon boleh gak masuk.. bukan tak boleh , cuma kena je la buat entri.. takkan tak boleh ? Borak kosong buat selamba jer.. takde masalah kan ? haaa...

Ok .. nak sambung mentensenkan diri jap.. GRRRRR...... Mana pulak tukul batu aku ni ????

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

Terharu ... mana tidaknya .. perkara begini sekali seabad jer .. bagi aku je la.. korang mungkin tiap tiap tahun boleh berlaku malah kalau bulan pon ok pe .. kan ?

Buat Deno ... terima kasih yer atas entri anda tu ( link )... nanti datang kl , ben belanja kenny rogers eh.. ben makan ayam , deno tengok jer yer.. tang bayar tu je deno tolong bayarkan.. boleh ? hhehe.. gurau jer.. sampai kl je , terutama PUTRAJAYA , mai habaq jaaaa.. kita buat gathering besaq besaq.. eh sat... dok ganu kan ? Waaa.. nak p ganu ni.. ok ok.. ngarut  dah .. Apa pun Deno , ben harap deno sihat selalu yer ... jaga jaga dengan penyakit tu yer.. kita sama jee.. ada penyakit gak ..

Buat Che cun .. dengan entrinya ( link ) , amboi... awal awal dah discuss nampak .. hahaha.. apa pun terima kasih noo...  Terharu cek.. hehehe ...Semoga Che cun terus suksess yer .. Dok penang ka ? Bila nak belanja kuah dal ? Tamo nasi.. boleh ka ??? hehehe..

Huk huk.. sori la yer ... 15 hari untuk aku terharu neh.. huwaaaaaaaaaaaaaaa.....

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

IMAG0323

Isu parking kat stesen ERL Putrajaya yang aku bangkitkan pada awal tahun nampaknya menampakkan hasil... Sebenarnya sehari selepas tu , tiada bayaran dikenakan .. Katanya ditangguhkan sehingga satu masa yang akan ditetapkan ..

Aku semalam ada g belek papan tanda kat situ.. RM1 setiap jam berikutnya .. huhu .. Masak ! Kalau dia parking sampai tahun depan??  Maunya balik dia garu kepala ..

Apa pun , terima kasih kerana menarik balik buat sementara waktu ... Bukan apa ... dah la diorng tak bertanggungjawab sekiranya apa apa terjadi pada kenderaan yang parking kat situ padahal dikenakan bayaran.. pergh... mana bleh kan ? tak elok la itu macam bang ..

Tak larat naik erl dan lrt.. godaan terlalu tinggi... nak beli motor je la.. Ada sapa nak jual honda cup lampu bulat ??

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

DSC_2721

DSC_2722

DSC_2723

DSC_2724

DSC_2725

DSC_2728

DSC_2729

Ni lah akibatnya.. datang lambat ari tu .. kena denda .. huhuh... Ni cerita di Genting ari tuh .. Diorng ingat aku tak nak buat eh.. .hahaha... Gelek bang.. gelekkkk

Share
Tweet
Pin
Share
41 comments

 

Soalan mudah ... hehhhehe .. kali ni penaja dari kawan blogger kita sendiri iaitu , En. Shahazrin dengan blog popularnya , > > http://www.shahazrin.com/ 

Hadiah kali ni berupa prepaid bernilai RM30 dan juga sehelai baju kanak-kanak ...  Satu pemenang juga akan dipilih.. paling pantas dan tepat ... Sudah bersedia ???  Jap.. nak g toilet dulu.. lalalalala.. hehehe

OK... soalannya ... sebelum tu .. iklan sat eh ... olololo.. marah lak.. ok ok.. soalan...

1. Sila beri link entri yang berkaitan gambar berkenaan...

image

2 . Sila berikan tajuk entri serta link untuk entri berkaitan
peringatan untuk memilih dunia dan akhirat ( bergambar )

3 . Soalan berkaitan senarai GEGAR BLOG .. jeng jeng jeng ...

> image SAPA PUNYA HEADER NI ?

Untuk menghantar jawapan , cam biasa.. buat satu entri ..

  1. letak header ben ashaari blog
  2. Tajuk dan linkkan ke entri ini ..

Hantarkan jawapan beserta  url blog di dalam ruangan komen.. cepat cepat ...

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

 

Kebelakangan ni , kalau ada yang perasan .. aku dah kurang update .. tak sekerap dulu .. Hilang idea ? Tak gak .. Banyak kerja jer .. Otak kena bahagi kepada beberapa bahagian.. Akibatnya , crash jap hardisk..  hahah...

Nak keluar lunch pon tak sempat.. Yerla , time lunch aku nak usha blog jap ... Nak tak nak , teruskan diet.. malam kang leh jalan kaki lagi .. hahaha.. Esok nak buat la ... kali ni nak sampai rumah terus.. Tak nak ikut short cut.. ikut jalan raya .. Hurm.. best apa ? Menikmati suasana malam ..  Bahaya ? Alhamdulillah.. sapa nak culik aku ? Jauh sekali nak kena rogol kan ? hahahha..

Dulu aku mmg gemar jalan kaki... penat tu mmg penat.. lengoh tu sudah pasti .. tapi rasa puas .. rasa cool jer .. Sambil jalan , dengan mp3 .. melalak kat situ gak.. orang tengok mesti pk " giler mamat ni" .. hahaha .. Ada aku pedulik ?? Ada.. aku pedulik woo.. Aku tak  giler.. saja release tensen .. nak g karaoke , kena bayar ...tamo tamo.. aku sedang menjimatkan apa yang boleh dijimatkan..

Bagi korang yang dok banyak duit tu , ingat ingat la masa depan yer ... lebih lebih lagi yang dok guna duit mak ayah tu.. haaa.. ingat.. diorng tu sampai bila nak hidup.. sampai bila nak bergantung dengan diorang kan ? Hurm.. jangan tepuk dahi dah la nanti .. Sementara boleh simpan duit , simpan.. nanti dah tak boleh , jgn pinjam kat aku atau Mat Gebu lak.. En. Lhdn , mat gebu banyak duit ...

Haa.. kan aku kata.. hilang rentak..tajuk lain cerita lain.. adeh..

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

Erm.. aku tamo nak cerita boleh ? Korang je baca .. pastu buat la keputusan sendiri ek ..

" kalu korang ingat dulu I pernah tulis about my sis, kakak sulong I yg I panggil "Along" only 39 years old...dia disah kan mengidap breast cancer stage 4 about a year ago..& keadaan makin parah...few weeks ago dia tumpah darah dan dimasukkan ke wad...Tumor sangat besar utk dioperate (she has a very active tumor/cancer) so Doc bagi dia life estimate for 3 bulan saje lagi...sangat2 sedih "

Baca dah ? Ok.. g baca sambungan dia kat > sini ..

Buak akak JC , semoga tabah menghadapinya .. Beginilah lumrah kehidupan .. Yang pastinya , kita semua akan kembali padaNYA .. Cuma tak tau bila dan bagaimana .. InsyaAllah .. banyakkan berdoa kepada Allah agar segalanya selamat ..

InsyaAllah.. rakan sekalian ( terutama blogger ) kalau boleh , panjangkan , panjangkan lah ..

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Dah nyanyuk gamaknya orang tua ni ... Makin lama makin mengarut.. Makin hilang respek kat rakyat negara ni.. Haih... tak boleh bagi muka betul laa .. Baca sendiri ..

Kenyataan Kuan Yew hina Islam - Mufti Perak

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Tindakan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew menggesa umat Islam negara itu supaya tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam kerana ia boleh menghalang integrasi dan pembangunan merupakan penghinaan kepada agama itu sendiri.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Kuan Yew tidak layak untuk membuat kenyataan tersebut kerana beliau sendiri tidak memahami ajaran Islam serta intipati yang terkandung di dalam agama tersebut.

Tegasnya, Kuan Yew perlu melihat kepada sejarah bahawa Islam merupakan agama yang menyokong pembangunan kerana terdapat bukti-bukti bahawa banyak kejayaan dalam pelbagai bidang seperti sains, perubatan dan kejuruteraan adalah berasal daripada teori yang diterbitkan oleh golongan cendekiawan Islam.

Tambahnya, Kuan Yew sepatutnya tahu mengenai perkara tersebut tetapi beliau telah membuktikan kejahilannya dengan mengeluarkan kenyataan yang telah menyinggung perasaan umat Islam bukan sahaja di Singapura malah di seluruh dunia.

"Banyak kejayaan di Barat adalah lanjutan kepada kajian serta penerokaan yang dimulakan oleh cendekiawan Islam. Bagaimana pula Kuan Yew boleh berkata ajaran Islam menghalang pembangunan sesebuah negara?

"Gesaan tersebut merupakan penghinaan kerana Islam sebenarnya menggalakkan proses pembangunan menerusi landasan yang betul. Tidak timbul langsung isu bahawa Islam menghalang integrasi atau pembangunan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Kuan Yew supaya umat Islam di Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam kerana mendakwa ajaran tersebut menghalang pembangunan serta integrasi di negara berkenaan di dalam buku Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going.

Menurut Harussani, kenyataan Kuan Yew itu tidak lebih daripada permainan politik beliau.

Katanya, kenyataan itu juga menunjukkan bahawa Kuan Yew sebenarnya takut kepada masyarakat Islam sama ada di negaranya sendiri mahupun di negara luar.

"Beliau takut dengan Islam. Bukan sahaja Kuan Yew, malah pemimpin-pemimpin negara Barat juga takut kepada Islam kerana semakin mereka memerangi Islam, makin terserlah kebenaran ajaran Islam," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhamad Razak Idris pula berkata, gesaan yang dilakukan oleh Kuan Yew itu menunjukkan bahawa beliau mengalami kekeliruan fikiran dan kefahaman mengenai Islam.

Katanya, Kuan Yew telah melakukan kesilapan besar dan menunjukkan kejahilannya kepada dunia dengan mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Jadi saya berharap Kuan Yew serta kerajaan Singapura supaya mendekati masyarakat Islam untuk mengenal dengan lebih dekat lagi mengenai ajaran Islam.

"Islam tidak pernah menghalang pembangunan sebaliknya menggalakkan penganutnya membangunkan diri serta negara mereka," katanya.

-UTUSAN-

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Aku kenal internet sejak umur 20 tahun.. Erk.. ke 21 ? Masa aku belajar dulu la .. Kali pertama berjaya log in ke dunia maya ini , perasaan amat amat gembira .. Yelah , segalanya di hujung jari .. Masih ingat lagi saat itu , aku guna modem 33.6kb.. Memekak jer .. hahahah..

Sejak itu aku ketagihan dengan dunia maya ini .. Melepak di ruang chat bersama sama kawan kawan maya adalah rutin aku setiap hari.. celik mata je terus bukak internet .. tidur pon lewat .. Hurm.. Bil telefon ? Jangan cerita la .. 4 angka beb !

Orang kata bila segalanya dihujung jari , maka ada keburukkannya. Yup.. aku tak nafikan semua itu.. Pelbagai pengalaman aku lalui .. Paling banyak ialah bila kawan menjadi lawan .. tu memeritkan .. Yelah , bukan setakat siber tapi dah jadi kawan rapat.. Segalanya dah dia tau .. tetiba jadi musuh ! Hurm.. kecewa ..

Dan sekarang .. blog .. Mereka sangka bila dah keluar dalam majalah , maka aku akan jadi popular ! Tolong buang anggapan itu ... Tidak benar sama sekali ..  Dan paling teruk , ada yang kata .. habis la , pasni ramai perempuan nak kat aku ... Aiseyman.. tolonglah .. Aku semakin berumur .. semakin boleh fikir mana baik dan mana buruk .. Godaan siber ni bagi aku sekarang tidak lagi membahayakan .. Aku dah lali .. Bukan sombong , tapi itulah kenyataannya ..

Godaan sebenarnya adalah di depan mata setiap hari ... Apa yang kita lakukan setiap hari.. orang yang kita temui setiap hari.. itulah godaan paling bahaya ..

Kalau setakat dunia maya , pacak gambar yang entah berapa tahun lepas .. atau dah berapa kali edit .. tapi bila jumpa , " eh .. dalam nape nampak lain ? "

Apa nak kata .. itulah hakikat kehidupan .. itulah yang kita nak , itulah yang kita nampak.. dan itulah yang kita dapat .. sedangkan yang tersembunyi itulah keindahannya ..

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Hurm... sejak sekolah lagi , aku amat tensen dengan rambut aku... Aku pernah membotakkan kepala aku selama setahun.. Asal tumbuh je rambut , aku 'mesin'kan dia... haaa... ala , guna mesin tu la. kasi rata ... Tapi yang tu , aku terpengaruh dengan gaya Amy Search sewaktu dia solo .. Best apa botak .. Sejukk jer ... hehe.. Bila mandi tu , rasa cam .. urmm .. " Aku dah basuh kepala ke tadi ek ? "

Setiap 2 minggu , aku pasti jengok kedai 'pakcik' aku kat Precint Diplomatik ... kedai gunting rambut .. hehehe... Setiap kali bila aku nak gunting rambut ,pasti nak batalkan niat aku tu .. Tau nape ? Sebab bila dia sikat rambut aku tu , nampak kemas.. hensem la pulak.. Kenapa bila aku buat tak nampak begitu ???? Arghh..

Teringatkan kenangan tu , hari ini dalam sejarah.. aku sikat rambut aku.. Aku tak pernah sikat rambut aku sejak sekolah ... hehe.. aku gunakan jari jemari runcingku ini .. cewah.. runcing la sangat .. Haha..

Baru aku sedar ... sikat rambut dengan kelembutan.. belai dia ... baru kemas rambut tu.. oooo... ok... baru aku sedar .. Tak guna 'mengasari' ...

Hidup kita ni .. untuk menundukkan seseorang , kita gunakan dulu kelembutan .. kalau tak nak gak , baru la gunakan kekerasan .. itu pon jika perlu sahaja .. Hurm... Tapi utamakan kelembutan .. Baik air  ... sapa sangka air mampu memotong besi keluli yang keras itu ?

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

 

Termenung seketika ..

Merenung di luar tingkap ..

Menghirup udara segar ..

Nyaman.. damai .. sayu...

Ya Allah .. Sehari lagi aku bernafas..

Dengan ikhsanMu .. milikMu ini bersyukur ..

Diberi peluang sekali lagi membetulkan segala kesilapan semalam ..

Diberi peluang sekali lagi merebut syurgaMu , Ya Allah ..

 

Termenung setika ...

Merenung kembali ..

Dosa dosa silam ..

Sewaktu aku bergelar anak .. kawan ... kekasih .. suami ..

Ya Allah .. Tak terkira dosaku ini ..

Takutnya ... malunya .. segannya ..

Aku tak mampu mengangkat muka ini mendongak ke langit ...

Aku malu meminta padaMu , Ya Allah ..

HambaMu ini hanya pandai meminta minta ..

Bersyukur hanya dimulut .. perbuatan jauh sekali ..

Ya Allah .. Ampuni segala dosaku ini ... Ampunilah segala dosa ku ini ..

Subuh seribu makna... Antara sebab kenapa subuh itu indah ..

Bukan rezeki saja dibuka pintunya malah keinsafan diri menjengok kita ...

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Aku terbaca satu entri sewaktu mengusha entri entri para blogger terbaru di KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ( link ) tadi .. Katanya dalam entri tu , dia teringin nak jadi blogger popular sbb banyak perkara ..

Hurm... aku bukanlah blogger popular untuk memberi nasihat atau contoh tapi bagi aku la kan .. tak perlu jadi popular.. sbb bila dah popular , kena berlakon.. berlakon mengikut kehendak semasa ... Dah tak original .. Entri dalam blog pon jadi tah hapa hapa jer .. sbb terpaksa mengikut kehendak 'penaja' ..

Kalau teringin sangat nak jadi popular semata mata nak kejar glamer .. toksah la.. nanti hidup tak tenang.. Macam aku ni..walaupun tak popular , tapi ada je orang kantoi aku .. Baru ni kantoi dalam LRT .. aku tak kenal dia.. tapi dia kenal aku ! Haa... camana tu ? Bayangkan masa tu aku tengah korek telinga ke.. hidung berair ke.. dia amik pic diam diam. pastu buat entri.. Sapa malu beb??? Sapa maluuuu ???? Mak bapak aku tak malu beb.. jiran aku malu !! Sbb berjiran dengan aku haaaa..

Nikmati saat korang sekarang .. tak kira picisan.. baru .. lama ... enjoy laa.. toksah beria sangat laaa .. Ala kadar janji happy.. tu yang penting sebenarnya ...

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

I follow .. u follow.. okeh ? Okeh aja dong ... Janji ribu ribu.. kasi kalau itu blogger popular .. kan kan ?  Ok.. itu bukan isunya .. Aku tamo bicara isu basi tu dah .. Cuma kebelakangan ini , trend follow memollow ni berkembang pesat .. Bagus la... nanti dapat semangat memollow .. tapi semangat blogging tu takde .. Sbb apa , dok bz memollow .. pastu dok bz tinggal jejak ..

Tinggal jejak tu boleh .. takde masalah.. bagus sekali .. Enak bangett... Cuma yang tak kenanya ialah , satu hari satu entri.. Entri pulak tu cerita dia makan nasi tadi.. Kemudian dia blogwalking sampai ke isya' ... baki malam tu dok sibuk kutip link orang dan seterusnya memollow... pastu paksa orang memollow dia semula .. Salah tu dik.. .tak kena cara .. 

Cara untuk memikat follower ni ialah dengan entri yang best .. menarik.. dan mampu memberi ekspresi di wajahnya... Kemudian ada interaktif.. Bermakna , pembaca pasti berminat nak meninggalkan komen.. Haa.. camana nak buat entri gitu ? Jangan buat entri lucah atau entri menyakitkan hati orang.. tu bukan entri.. tu bateri low namanya ! OKeh ?

Di Facebook lak ... contest yang melibatkan 'tolong klik like'  .. hurm... Aku perasan gak.. siap bagi mail suruh aku tolong klik like supaya dia menang.. Huih.. Ini bermakna , sapa ramai kawan , pasti boleh menang kan ? hurm... I like ... Ini dah spesis AF ni ... cuma tak perlu bayar je la.. bayar bil letrik dan bil internet .. heehehe..

Itulah antara dua trend yang sedang berkembang pesat di dalam dunia maya kita . Selain tu , kehadiran blogger yang semakin ramai .. Wah... best buat segmen ni .. kan ?  hehehe..

Ok .. aku sangat sangat penat.. dah g gym .. pastu jalan kaki lagi.. main hujan... nasib baik bukan malam jumaat .. kalau tak ? Blog ni sahih bersawang .. kalau tetiba ada update tu , bukan aku tau !! haaa.. baik larikan diri jer ...

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

 

Ok .. entri ke tiga untuk malam ni... hehehe .. Giler arrr.. ok ok... Yang ni simple punya .. nak umum pemenang bertuah .. untuk soalan no 4 ( link ) .. Kenal mamat bawah ni ???

image http://goldazone86.blogspot.com

Sila tinggalkan no tel anda yer En. Awangku Johan ..

Tahniah yer .. dan terima kasih buat semua peserta ..

Sekarang... ada satu lagi contest... tapi khas untuk perempuan saja .. Berminat ? Jom... tapi pastikan ada FACEBOOK laa yer ..  Meh klik sini

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Aku baru terima mail di Facebook dari seorang rakan .. Hurm...  Beliau juga seorang blogger seperti kita .. Menurutnya ... erm.. apa kata aku copy paste je la kata katanya .. ok ?

"adik aku ada ketumbuhan dalam kepala dia.. baru tau semalam... minta tulun bro doakan kesihatan adik aku jer... itu jer... aku sedih.. aku risau... sebab ketumbuhan tu besar... nak kena operate... macam-macam aku pikir.. aku cuba taknak pikir yg bukan2... cuba aku berharap.. doa dan solat hajat dari kawan-kawan untuk kesihatan yang baik untuk adik aku.. itu sahaja... terima kasih sgt2 bro... atas doa bro..."

Hurm... untuk lebih lanjut .. boleh baca entrinya di sini .. Sama samalah  berdoa agar adik rakan kita ini selamat menjalani pembedahannya nanti.. InsyaAllah ..

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Baru sampai rumah .. Sampai kat stsn ERL Putrajaya dalam kul 8.50 malam ... call wife .. bagitau tak yah jemput.. aku nak jalan kaki dari stsn tu ke rumah aku nun jauhnya terletak lepas dari Alamanda .. hampir 20km la jugak ..

Saja berjalan nak menghirup udara malam .. Kepala yang penuh dengan segala tekanan , aku harapkan dapat dilepaskan malam ini bila badan terlalu penat ..

Mmg best.. berjalan sambil layan mp3 .. Mau jugak 2 jam berjalan kaki .. Peluh ? Jangan cerita la.. Nasib baik aku pakai t-shirt .. tapi seluar kerja dengan kasut kerja la.. hehehe..

Aku mmg tak gemar tunggu orang .. dan aku sendiri tak gemar orang tunggu aku .. Prinsip aku .. tapi kalau dah ada halangan , nak kata apa dah kan ... Hari ni aku ke pejabat tanpa laptop.. Rasa ..hurmm.. cam bogel lak... walaupun ada hp tapi tak puas.. aku tetap nak ada laptop dalam begpack aku ni.. wife nak guna.. nak kata apa kan .. kasi je la..

Belum sempat aku sampai rumah .. rupanya wife keluar cari aku.. tak kasi aku jalan kaki .. Adeh.. potong stim tul.. terserempak dengan dia kat Taman Botani ... Berdekatan ngan Alamanda dah tu.. tak jauh gak la kan .. Kira aku berjaya gak cipta rekod peribadi ..

Aku mmg giler jalan kaki dulu .. Takat dari berjalan dari KL ke rumah aku dulu nun di cheras tu , biasa sangat la zaman remaja dulu.. bukan apa , saja nak test stamina.. heheeh.. Nak harap jogging, liat nak bangun pagi.. jadi kesempatan yang ada ni , aku gunakan..

Tapi mmg penat ... hehehe.. oh ya.. lupa.. aku tak makan apa pon hari ni.. cuma telan biskut oats dan air kosong saja... Amacam .. rasa rasa stamina mantap lagi tak ?

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

OK... seorang lagi penaja sudi menaja contest untuk petang ini ...  >> Syafiq Sulaiman .. Sila rujuk blognya untuk mendapatkan jawapan ..

Soalan 1. Dalam senarai link exchange.. no.2 amek jurusan ape

Soalan 2. berapa jumlah bloglist ade dalam blog saya

Soalan 3 : Namakan blog miliknya..Url penuh yer .. Sila rujuk BEN ASHAARI II ( clue -  piekthuamd  )

image

Cara menjawabnya ... buat satu entri ..

  1. Header blog ben ashaari
  2. Tajuk seperti diatas ... dan linkkan ke entri ini ..

Di ruangan komen .. masukkan jawapan beserta url entri anda .. Pemenang diambil kira melalui paling pantas dan tepat ..

Share
Tweet
Pin
Share
36 comments

 

Dan pemenangnyaaaaaaaaaa ... haaa... ramai salah tang pekerjaan tu .. Hehehe.. selepas itu baru laa ada sorang .. tepat dan pantas.. Rasa rasa sapa ?? Teeettt.. salaahhhh .. hahaha... Dengan ini , pemenang untuk soalan ke tiga tajaan Dr.Mohd Hafiz ini ialah....

image http://cahayanurqasih.blogspot.com/

Terima kasih semua .. Ada 20 penyertaan semua ... hehehe .. Cik Cahaya.. sila email alamat rumah anda ke email saya untuk tujuan penghantaran hadiah.. cepat cepat ! Emak ke benashaari@yahoo.com ...

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

assalamualaikum and hye..... :)

entah kenapa malam ni aku tak boleh nak lelap mata...

petang tadi, aku dok hepi sebab segmen ben ashaari yang aku volunteer ramai yang join...

dalam tengah2 hepi, tetiba dapat call dari someone...

" assalamualaikum.... ni kak ida... akak amir... amir eksiden tadi... sekarang dia .....  "

 

sambungan > sini

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

imageJutaan terima kasih buat mereka mereka yang telah meluangkan masa menceritakan tentang .. er.. tau la kan .. seperti kak ummi zaihadi , mat gebu , afiq bukhari , farah dieana dan terbaru ... lugieamir .. Gambar atas tu dia edit sendiri la.. cam best lak buat header kan.. hahahha...  kreatif kreatif ... tak pe tak pe .. aku tunggu gambar original ..

Oh ya.. aku tau ada yang nyampah dengan cerita tak abis abis ni.. apa nak kata kan , tak sampai sehari pon lagi majalah ni diterbitkan .. dan jangkahayatnya .. erk.. lama la kan.. hehehe .. Kena lak nanti Kumpulan karangkraf akan buat karnival jualan majalahnya hujung minggu ni.. hehehe... tatau tatau ..

Serius..  :) aku malas nak layan ... Terima kasih kerana sudi 'bercerita' tentang aku.. ringan bahu aku sikit bila di sana nanti yer.. kalau nak amik lagi dosa aku diakhirat nanti , silakan la.. bagi la pahala kat aku eh ... Terima kasih ..

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

 

Betul ?? Korang rasa best tak ? Kalau best , cakap la best .. kalau tak , jgn cakap apa apa.. nanti diorng sendiri faham la.. hehee .. okeh ?

Ada 10 buah blog nak mintak komen dari korang semua yer .. Yang mana header blog menepati selera korang ? JOm kita tengok satu satu ...

  1. ieda
  2. mai BEAR gebu
  3. cacing
  4. aq islam
  5. niesz
  6. ~...AmALinA....~
  7. n i k l i s a
  8. Misz Yuyu
  9. Awangku Johan
  10. Areliff

TERIMA KASIH ...

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

image

Patut la aku macam malas je g gym .. rupanya ada sesuatu kat kedai buku .. hehehe ..

Tanya kat tokey tu .. " RAPI FEB punya sudah ada ka ? " ..

Tokey tu jawab " Ada .. "

Aku cam juling jap .. " Hah ?? Ada ? "

Tokey tu menuding jari dia ke arah majalah tu .. Gulp ..

Aku angkat.. selak .. belakang ... Segmen GAYA HIDUP ... Kasi saya 100 !!! Hahahaha .. melampau arr .. 1 dah la.. esok esok beli lagi.. mau kasi frame besar besar .. hahahaha ...

Terima kasih kepada semua sahabat sahabat blogger yang menyokong BEN ASHAARI BLOG selama ini !!! Anda semua terbaik !!

Share
Tweet
Pin
Share
237 comments

 

Ok .. Kembali kita ke .... GEGAR BLOG .. Contest menang hari ni , esok tau dah sapa menang .. hahaha.. Bukan gores dan menang yer ..

Ok.. kali ni penaja hadiah dari Dr.Mohd Hafiz Osman ... blognya HAI DOCTOR HAFIZ .. Hadiahnya ? Sila rujuk di sini ..

Ok .. mari kita tengok soalan-soalannya ..

Soalan pertama: Di manakah tempat pertama kali blogger ini bekerja?

Soalan kedua: Senaraikan apakah nama empat gambar yang anda lihat disebelah kiri paling atas blog blogger ini ?

Soalan ketiga ... jeng jeng jeng.. dari aku sendiri .. Sila rujuk blog BENASHAARI II untuk mendapatkan jawapan ...

Soalannya > 78 + 78 + 78 + 78 = ENTRI TERKININYA ...

Tu jer .. untuk menghantar jawapan .. sila buat satu entri ..

  1. Letak header Ben Ashaari Blog
  2. Tajuk dan linkkan ke entri ini ..

Kemudian diruangan komen , sila berikan jawapan anda beserta url entri penuh anda itu .. Sila mulakan sekarang ..

Terima kasih ...

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

 

image

Ramai tak tau langsung mengenai majalah RAPI .. Mungkin ingat majalah ini sekadar majalah kesihatan khusus untuk wanita saja .. Hurm...

Sebenarnya tidak... banyak maklumat terkandung dalam majalah ni.. Sebelum ini , aku kerap amik tips yang ada dalam majalah ini dan kongsikan bersama rakan rakan pembaca di dalam blog aku ni ha..

OK.. kenapa aku excited sangat kali ni ...Nak tau ? Mesti korang kata.. ala.. Apa la sangatkan ? hehe.. ok ok.. tak pe .. Petikan dari majalah RAPI

"Tampan, ‘smart’ dan bergaya! Inilah lambang lelaki moden hari ini. Ben Ashaari, 34, memang bertuah kerana beliau adalah personaliti lelaki pertama yang menghiasi ruangan GAYA HIDUP. Menyusuri kecintaan Ben Ashaari atau lebih mesra disapa sebagai Ben terhadap dunia kecergasan dan blog membuatkan kami sangat kagum dengannya. Percayalah, bukan calang-calang orang boleh menjadi sepertinya. Hanya semangat dan keinginan yang tidak berbelah bahagi sahaja mampu membawa dia ke tahap ini. "

OK.. selama ini... perempuan jer .. hehe.. dan aku , pertama .. Maunya aku tak bangga ?? Pergh. dah la tu... Berkaitan  dunia blog lak tu !!  Ini satu penghargaan buat blogger jugak kan ? Sekurangnya ada pihak sudi membuat cerita tentang blogger .. Takde la pasal isu $$ ni .. kan kan ?

Ini membuktikan lagi bahawa , semua blogger boleh berjaya .. Tapi ingat , jgn kejar populariti ... Berblog dengan ikhlas dan paling penting , rajin dan kreatif !  okeh ?

Dapatkan segera di pasaran sebelum aku borong semua .. hehehe .. RAPI keluaran 1hb FEB 2011 ..

Share
Tweet
Pin
Share
36 comments

 

Argh.. tensen.. muka dah berpeluh .. badan pun dah mula keluar peluh jantan .. Grr.... Tengok jam .. hurm... Dah mmg lewat.. Lrt tadi padat sungguh .. terpaksa tunggu lain..

Lrt sampai.. kosong jer.. tengok jam.. 8.05 pagi.. sah .. tak yah cerita banyak .. Nak turun ? Tak nak ? Turun ? Tak nak ? Turun kang .. kena naik teksi lak ? Haih.. Apahal la diorng tak buat  je kat setiap stesen .. haih.. Kalau ada pon untuk kegunaan diorng .. Untuk orang awam ? Bayar bukan murah .. huh ..

Keputusan dibuat.. Sampai stesen Cheras.. aku turun .. Keluar.. Ada teksi.. " Bang , Sri Melaka... " .. Pemandu teksi tu tanpa banyak bicara terus ke rumah mak aku .. huhu.. Terpaksa lepaskan hajat kat sana .. hahaha.. Sori eh.. kes terpaksa..

Sampai rumah mak aku... macam macam makanan lak ada ... Tamo tamo tamo .. nanti lagi sakit perut aku... Selesaikan tugasan tertunggak pagi tadi .. Borak jap ngan diorang ..sambil tunjuk ... ehem.. majalah tu kat diorng .. Bukan pe , nanti kata tak bagitau lak kan .. Kecik hati diorg nanti kalau tau dari mulut orang lain .... kan ?

Pastu keluar balik .. Sebelum tu , sms bos dulu..bagitau agak lewat sedikit.. Kes terpaksa .. Naik teksi.. Pakcik tu borak ngan aku pasal nyamuk aedes .. Timbul isu ni sbb kebetulan ada lak jabatan kesihatan DBKL dok menyembur kat area situ ...

Kata pakcik tu , nyamuk sekarang lali dah dengan semburan tu.. mungkin benar la kot.. Perubahan genetik nyamuk .. hurm.. Tengok jam.. hurm.. alang alang ...

Sampai stesen .. Hulur RM10.. Tengok tambang.. Baru RM3.80.. Aku tau dah.. pasti takde duit kecil ... Dia tanya aku , takde duit kecik ke ? Kalau ada , takkan aku nak bagi duit besar kan ? Aku kata kat pakcik tu... bagi je la berapa dia ada .. selebihnya aku sedekah jer.. Terkejut dia.. Tak pe pakcik... Rezeki di pagi hari.. Kalau pakcik tak berenti tadi , sah sah aku dok tercegat kat tepi jalan tu sambil kenyit mata kat awek berhampiran ngan aku tu kan.. haaa... hahaha.. 

Dia pulangkan baki .. Aku ucapkan terima kasih .. Dan dia masih tak percaya .. hehehe.. Percaya je la pakcik.. Rezeki kita , Allah tentukan .. Sapa tau kan ? aku dulu pon tak percaya dengan berblog saja boleh masuk majalah.. Hehhe.. Rezeki... Alhamdulillah ...

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Wah.. akhirnya .. dah tau .. sapa dia ? Vokalis kumpulan DEWA , Ahmad Dani  dilantik menjadi Pengetua AF yang akan datang ... ahaks.. ke berapa ? Aiseyman .. tak tau lak aku .. Cuma aku baru dengar dalam berita di SINAR.FM ..

Malas la nak mengulas pasal AF ni .. isu yang sama setiap kali datangnya rancangan realiti tv ni .. Bosan ? Mmg lama dah bosan .. Mana tak nya ... ditentukan oleh undian penonton.. Dok baik punya pungut duit penonton.. dah la tengok kena bayar.. nak sokong ? Silalah undi.. Kan senang kalau kat butang remote ASTRO tu ada butang 'LIKE' .. haaa.. senang citer .. Tak la menghabiskan duit dok mengundi...

Tau.. duit masing masing .. tapi inilah masa nak mendidik rakyat Malaysia.. Mana yang penting mana yang .. hehe.. biasa biasa jer.. Kan bagus duit prepaid tu didermakan pada orang susah.. Setiap kali reload.. RM1 atau RM2 disendkan pada badan kebajikann.. haaa... Ada tak badan tu kat Malaysia ? Patut ada kat prepaid kad tu.. ok la kan ? Idea ni ..

Hiburan .. mmg hiburan.. tak salah.. tapi kalau sampai terleka , susah la.. Tengok .. skang ni disebabkan hiburan laa wujud team anti sana sini .. Hurm.. Makin bijak rakyat malaysia , makin mundur akhaknya .. Yeeerr.. tau ... bukan semua... tapi disebabkan mereka ni laaa , kita pon dicop sama ... Entah lah.... Lantak jer...

Pasni , pakat ramai ramai cari tisu.. bersedia nak berteriak.. Kena keluar la konon.. padahal duduk kat kerusi penonton ... hehehe.. drama oh drama ..

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

Nikmat blogging paling best .... tidak dinafikan sama sekali persahabatan .. Aku sendiri telah memiliki ramai kawan blogger  yang terbaik .. Sapa ? Tak penting kita nak bagitau kan ? Tapi yang pastinya mereka ini benar benar ikhlas berkawan .. Camana tau ? Yelah , dah berkawan sejak dari mula berblog hinggalah sekarang ..

Tapi tu la. Dalam berkawan , tiba tiba menjadi lawan .. Entah angin mana masuk dalam badan .. Beralih arah lalu menjadi puting beliung ... Agaknya mencuba sesuatu yang baru tu kot .. Tak kisah la.. Aku dah lama lalui semua ni ..

Kawan dan lawan .. lumrah dalam dunia maya ... dunia realiti ? Sudah tentu semua dah lalui .. Entah bagi aku .. Dah lalui pon .. Hari ni berkawan baik .. esok dibantai balik .. Gamaknya kalau dunia ini tiada Al-quran dan Sunnah Muhammad s.a.w , tiada undang undang .. masing masing dah bertombak keris gamaknya bila ada perselisihan pendapatan .. hurm... Nasib baik hanya kata kata dilemparkan ..

Tak faham ? Tak perlu faham ... inilah kehidupan.. ada garam dan gula.. terlalu manis pon bahaya .. terlalu masin bawa bala.. haaa.. pandai pandai la bersederhana .. Dalam dunia sekarang ini , PERCAYA dan IKHLAS adalah pegangan dalam persahabatan .. Namun ,TERLALU PERCAYA juga membawa bencana .. Maka pandai pandailah kita menilainya ... Jangan sampai kita ditikam dari belakang dengan kawan yang paling kita percaya .. Masa itu , pakai pistol nak tembak pon tak berguna lagi ...

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

  1. Kepuasan ..
  2. Pendapatan sampingan ..
  3. Berdakwah ..
  4. Mencungkil bakat terpendam ..
  5. Cari pasangan hidup 
  6. Populariti ..

Dan banyak lagi ... Yang mana satu kita ? Kalau tanya aku ... 1 , 2, 3, 4, 5 .. 5 tak .. cari nahas tu ... 6 ? Hurm.. Kalau popular , blog pon masyuk kan ?

Tapi tang populariti tu  sebenarnya aku lebih sukakan blog aku yg popular .. Popular bukanlah nak menang award atau berlakon dalam filem .. Aku cuma mahukan blog aku dikenali .. Tu jer .. Dari awal penulisan entri aku ni , mmg aku pasang niat nak blog aku dikenali.. Sebab itulah aku buat pelbagai segmen .. Blog aku dan blog rakan rakan blogger lain sama sama akan dikenali ..

Sapa tak nak blog mereka dikenali ? Kalau tidak dikenali , maka tiadalah pembaca bukan ? Kalau tiada pembaca di mana kepuasannya ? Kecualilah kita jadikan blog peribadi.. tu lain kes.. tapi bila dah open gitu .. dan letak lagi widget follower , sudah pastinya mereka inginkan blog mereka itu ada pembaca .. Bukanlah sampai beribu .. tapi sekurangnya setiap baris perkataan di dalam entrinya tu ada yang membacanya ...

Kadang kadang ada orang salah pandang.. Asal popular je , terus ingat glamer .. ala ala artis gitu .. Sebenarnya bila popular , masa inilah kita nak banyakkan lagi amalan kita dengan berdakwah secara tidak langsung .. Bab menjana pendapatan tu , lain la kan.. Rezeki dari Allah atas usaha kita , jangan sombong menidakkannya ..  Terima dengan penuh kesyukuran... Bukannya mencuri .. kita usaha dengan penulisan kita ... kita fikir .. kita karya .. mereka baca. .. mereka suka.. Alhamdulillah .. Kenapa perlu menolakkannya bahkan ada yang sampai hati mengutuknya pula..

Blog , boleh membuatkan kita tersenyum ... boleh dapat ramai kawan .. blog juga boleh buat kita sedih bila kawan menjadi lawan .. Dan macam macam lagi .. Terlalu luas sebenarnya .. bukan seperti dulu lagi.. segalanya hanya sebuah penulisan saja ...

Tiada sempadan bukanlah bererti tiada kawalan .. Perlu berhemah dan berdisiplin bila berblog ni.. Kena tau segala prosedur dan juga undang undang.. bukan main belasah jer .. silap hari bulan ... kena penjara atau kena saman .. Jangan main main ..

Akhir kata ... berblog dengan tenang... ceria .. dan gembira .. Jika tensen.. gunakan akal dan kebijaksanaan dalam meluahkan segala isihati ... bukan main belasah jer .. Dalam diari peribadi boleh la .. kan ?

Ada mata ... ada telinga.. ada lidah ... segalanya adalah blog ..

Share
Tweet
Pin
Share
37 comments

 

Haaa.. lagi header mau fight.. masing masing cuba nasib nak kata header diorg cun .. cun ke ??? aku rasa header aku cun abis dah ..tapi bila tengok diorg punya , ok ! aku surrender .. mmg diorng punya cun laaa...

skang ni cuba korang bagitau aku.. header mana paling cun , menarik dan kreatif..

  1. nora amila ghazali
  2. syazwanizul
  3. farah
  4. NOOR FATIN
  5. amanina
  6. athirah
  7. miszATIN
  8. Ayuni
  9. iqbalhakimi
  10. nazirulhazwan~

Tinggalkan komen ... aku rasa aku punya ...tak cun ! .. hehehe .. cepat semua entri ini meninggalkan anda ....

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

Wah... aku pasti pasni ramai akan tunggu aku buat silap .. pastu mari serang BEN ASHAARI !!  Haa.. mai la maaii .. aku saman sorang sorang .. Barulah aku dapat RM1juta ! Blogger RM1juta neh ..

Itulah harga sebuah populariti .. ada mata senantiasa memandang .. tunggu je kita buat silap.. Tang buat baik , tak nak dia war warkan kan ? Hehehe..

Dan ini bermakna .. aku juga tak boleh berbikini dah kat tepi pantai ... nanti masuk dalam blog .. bahaya .. kan kan  ? Haa... kalau aku jaga imej , berpakaian ala ala artis , pasti gak kena kutuk .. sbb berlagak diva... aisey.. Jadi diri sendiri ? Hahaha.. mmg laaaaa.. aku bukan artis atau selebiriti  ! Setakat masuk majaalah tu , korang pon boleh ...

Nak tau caranya ? Haa.. meh aku ajarkan yer ... Bila berblog , jangan tackle tuan tanah ! Tapi tackle jirannya.. Jirannya itulah  yang akan mewar warkan tentang kita pada tuan tanah .. Pastinya tuan tanah akan tertanya tanya .. Haaaaa.... Amacam ? Faham ?

Sebagai blogger , kita kena tau .. sapa sasaran kita ... kalau main update je entri tanpa tau sapa sasaran kita , maka kita akan dikatakan syok sendiri.. Ada aku kisah ? Mmg tak kisah punya selagi tak dengki ngan orang lain kan ? Tapi jenis yang kisah ni .. haaa.. kena bijak tackle pembaca.. Faham ? Tak ? Hurm.. nak aku terang camana lagi eh....

Ginilah ... Pak Maatttt ... kena langgar motokar !!!

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Alhamdulillah .. kenyang sudah ... baru dapat makan berat skit ..  hurm... Rasanya ramai dah tau kan pasal RAPI tu kan ? Penantian dah berakhir ... Puashati dapat tengok dalam tu .. hurmm ..

Aku bukan nak kejarkan populariti bila berada dalam majalah tapi sekadar membuktikan bahawa blogger biasa macam kita ni pon boleh berada di mana mana saja jika kita mahu asalkan ada usaha .. kan ?

Disebabkan masih tak percaya muka aku dalam majalah tu , aku nyaris nyaris buat satu kesilapan bodoh.. hehehe.. Tapi mmg biasa buat pon bila aku khayal .. hehehe..

Nak g pasar malam.. lewat dah .. wife tunggu kat bawah.. aku masih dok ngadap blog .. Selesai..tutup.. bangun.. cari perfume.. Ok.. g pasar malam pon pakai perfume okeh ! Tapi .. aku terlupa.. perfume ku sangkakan deodrant dan deodrant ku sangka perfume.. nasib baik aku tak sembur deodrant kat leher aku .. kalau tak ??

Haih... baru hari ni keluar majalah tu.. petang tadi aku rasa ... hurm.. entahlah .. Oh ya... kalau ada yang akan anggap aku 'naik' sebab masuk majalah , tolong tarik balik yer .. aku naik sebab korang sebenarnya !

Terima kasih pada semua rakan rakan yang telah memberikan aku semangat berblog ...

Share
Tweet
Pin
Share
38 comments

Cayalah !!! Mereka sahut cabaran aku dengan memeningkan kepala .. hehhee... Maka selayaknya mereka semua ini pemenang ... Tiada NO 1 atau 10 .. semua aku letak sekali dalam sticky post ini selama 6 jam .. sehingga jam 8 malam nanti .. okeh ? Terima kasih ..

Alisya , shah-kayrul , Qaseh dalia adelia , micky eyqa , yatie's EPISODE , cutegurlzz93 , Shaizhar , Pembawa_Wacana , Ujang9897 , nur , awEEN , ~...AmALinA....~ ...

Terima kasih !!! Anda mmg terbaik ... dan rajin...

Share
Tweet
Pin
Share
35 comments

 

image

Cantik header gini .. nak tiru boleehhh ??? hahahha... nanti aku kena marah lak.. ok ... blog ni milik > EVAGURL

Makin ramai pencabar blog blog awek ni kan .. pergh.. nasib baik aku laki .. hahaha.. Mat Gebu je la pencabar terdekat.. Yang lain tu ,mmg dah otai dah.. tak leh lawan.. 

" Mat , jom lawan jari .. sapa jerit dia kalah.. okeh ? "

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

Waah... aku terpaksa jugak umum pemenang .. sebab ramai sangat dah antar jawapan ... aku jadi pening tengok kat ruangan komen tu .. huhuh ... tapi syukur , ramai join ... terima kasih ...

Sapakah pemenangnya ? Ada dua pemenang .. No 1 dapat prepaid RM50 dan No 2 , dapat prepaid RM10 ...

Nak tau sapa ???? Sila rujuk blog penaja .. iaitu YADZ ... Soalan tadi terpaksa ditutup sebab ramai sangat dok menjawab sedangkan dah ada pemenang .. tak best lak rasa .. hehehe ...

OK.. g la tengok sapa pemenang tu ...

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Hurm... ramai bertanya.. betul ke dapat buat duit dengan blog ni ? Camana nak dapat duit ? Diorg bayar camana ? Banyak ker ?  Halal ker ? Aiseyman ..

Banyaknya persoalan bila melibatkan $$ .. MONEY MONEYYY ..  Terus terbeliak bijik mata yer .. Sama gak ari tu , aku ada borak ngan kawan kawan aku... Dari artis berkumpulan yang terkenal akhirnya berkubur dan buat haluan masing masing .. tapi kalau diorng buat blog , senang je naik ..Aku ada bagi idea gitu .. tapi jawapannya , ' tak tau nak cerita apa ' .. Buat pon belum tapi dah fikir gitu !! Susah la kan ..

Sumber pendapatan blogger sebenar bukanlah dari syarikat berdaftar sebenar NUFFNANG , INNITY atau banyak lagi .. Sebenarnya jika blogger itu perlu bijak mencuri peluang setelah blognya mempunyai nama dengan membuat bisnis online .. Tak mustahil bergelar blogger RM1JUTA .. Bukan blogger bergelar RM0 okeh..

Kalau buat blog semata mata nak letak iklan saja , maka jgn bermimpilah nak menjana pendapatan sampingan dari situ .. Aku sendiri dalam proses merancang sesuatu dengan blog aku ni .. InsyaAllah .. satu hari nanti ...

Jadi... bolehkah buat duit dengan blog ??? Jawapan aku ialah , bolehkan kita usahakan sebidang tanah dengan sebatang cangkul dan segenggam benih sayuran ?

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

Wah.. tajuk .. mencabar minda ... eh.. mencabar jiwa dan raga ... Ahh.. pedulik ... Blog aku.. tajuk aku.. kang aku copy paste berita , marah pulak.. kan kan ?

Ok..berdasarkan tajuk maka inilah isunya ... Apa perasaan korang kalau blog kesayangan korang ni di klon ? Atau ada antara mereka yang terlebih dahulu mengatakan header atau template adalah identiti mereka dulu dan menuduh kita pulaaakk menirunya ..

Hurm.. isu sangat mudah dan ringkas .. " KO NAK SANGAT ? AMIK .. AKU LEH BUAT LAIN "  .. Tu jawapan aku ..

Aku pernah kena.. Aku pasti ramai tau mengenai itu .. Muncul sebuah blog yang tiba tiba kata aku tiru gayanya .. Wah.. menarik banget tu .. Yang bagusnya , penyokongnya ramai lak tu.. hahaha... lawak la... Padahal penyokongnya dulu , dok melepak kat blog aku ni .. Mengomen bagai mengipas lipas .. huhu .. Dasat.. Tu semua gunting dalam lipatan.. Tapi ada aku kisah ? Lantak ler...

Maka aku tukar keseluruhan blog aku .. Apakah aku kehilangan pembaca disebabkan itu ? Takde pon kan ? Malah blog tersebut terus berhenti pengeluaran entrinya .. Apa cerita ? Sudahlah gambar milik orang lain .. Peliknya mereka yang follow blog tu macam gembira aku disindirnya .. Hehehe..

Bagi aku .. semua tu bisikan syaitan jer .. Teringin nak tengok aku melatah ... Itu yang mereka tunggu .. Tapi aku amik sikap mengalah .. Tukar segalanya ... Bagi aku , header dan warna template adalah no 2 ... yang penting adalah kandungan entri aku .. Mereka masuk sebab nak baca cerita aku .. tu jer ..

Sapa yang nak beralah ? Terpulang .. Identiti ? MANCHESTER UNITED menukar jersi setiap tahun.. Juara gak kan ? Sori eh.. aku penyokong Arsenal .. Contoh Arsenal tak leh pakai.. hahahhaha...

Blog kita kalau dah orang suka , tukar la camana pon , mereka tetap akan suka ...  ;)

Share
Tweet
Pin
Share
79 comments

 

OKeh ... 10 buah blog mencuba nasib.. Yang manakah header paling menarik dan menawan... Paling kreatif gitu.. hahaha... okeh ? AKu malas nak bebel lebih ... sbb pasni ada satu isu aku nak bangkitkan..

  1. NEiL iSkaNdaR
  2. Cik Mimie
  3. Ashiya Mizuki
  4. hasrulwahid
  5. man yusoef
  6. Tok Esah
  7. Si Kodok Katik
  8. Jeely jelly
  9. yad'z
  10. Green Apel

Ok..tinggalkan komen anda.. pilih yang anda suka... Terima kasih ...

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Retak sudah kasih sayang kerana menurut kehendak keluarga ..  Cinta yang terbina bertahun lamanya terpaksa dihanyutkan...  Hurm.. tiada apa mampu dikatakan lagi .. Hanya menurut kata.. Jika tidak derhakalah dia ..

Ok .. kalaulah korang .. kalaulah korang kan... bercinta dengan er.. dh tentu la orang kan.. dengan kekasih korang tu la.. Tapi tup tup , dapat sms dari orang tua di kampung .. pewwitt... Ingat jugak mak aku kat aku yer.. Tapi rupanya bukan bertanya khabar .. " Supriseeee .. anakanda dah bertunang " .. Gulp ..

Nak berjuang demi cinta ??? Ditolak mentah mentah .. Apatah lagi tunang tu lak kita kenal.. Mak aih.. mmg tak suka giler kat dia .. Tapi dia pandai tackle orang tua kita .. haaaaa... camana tu ?

Entahlah... bagi mereka yang dah berumahtangga dengan pasangan kekasihnya dulu tu , sangatlah beruntung.. bagaimana pula dengan mereka yang 'aku terpaksa , kau terpaksa ' ?

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Soalan ini aku dapat dari RAPI MAGAZINE di FB ( link )

"LELAKI: Pilihan calon ISTERI @ KEKASIH LEBIH MUDA atau BERUSIA "

Wah.. mencabar neh.. tapikan ..berdasarkan pengalaman aku la kan .. kan .. hehehe... carilah yang muda.. tapi jangan terlalu muda .. Kalau nak amik yang berusia .. jangan terlalu jauh jarak umur ..

Kenapa nak amik yang muda ? Bagi mereka yang suka melayan karenah wanita muda yang rata ratanya masih lagi 'manja' atau 'kebudak-budakkan' , wanita muda sesuai untuknya.. Mereka ini bukannya tidak matang tapi tetapi bila bab bercinta , mereka secara automatik menjadi tidak matang .. Orang laki kata , ' mengada ngada lebih ' ... kan kan ? hahahhaa.. rilekss

Bagi mereka yang gemarkan wanita yang suka wanita matang .. wanita berusia mmglah calonnya .. Tapikan .. lelaki yang muda , terutamanya dibawah umur 23 tahun , gemarkan wanita berusia.. kata mereka , wanita berusia ni nampak matang dan seksi terutama pada wajah mereka ..

Ok.. kalau aku la kan... kalau aku masih bujang .. wanita muda menjadi pilihan aku .. Kenapa ? Sbb aku dah tua la kot .. hahahaha..

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

 

Ok.. untuk soalan ( 1 ) GEGAR BLOG , anda boleh menghantarkan url lengkap entri anda sekarang ... tapi sebelum itu , sila ikuti prosedur ini di dalam entri jawapan anda ..

  1. Letak header BEN ASHAARI BLOG
  2. Tajuk : GEGAR BLOG SOALAN 1
  3. Jawapan seperti yang diminta ..
  4. Tulis jumlah blog yang anda dah geledah ..

Pastekan url anda di ruangan komen ini ... Anda ada sehingga jam 11 pagi untuk menghantarnya .. Selepas itu , jawapan tidak akan diterima ...

Terima kasih ..

Share
Tweet
Pin
Share
27 comments

 

Soalan 1 ( link ) : Jeng .. jeng .. jeng ... Sapakah ? Sapakah ? Sapakaaahhh ? Aku kena tukar format jawapan la pasni .. Sapa tiru sapa ? Huhu.. tapi betul gak .. aku tak kata tak leh tukar jawapan kan untuk soalan satu ni .. dan ini bermakna.... aku kena amik paling pantas dan tepat .. yang paling pantas dan tepat ialah ..

QASEH DALIA ADELIA

Tahniah .. Yang lain jgn kecewa yer .. Hari ni ada lagi... Hadiah lagi mahal iaitu TOPUP RM50 dan RM30 !!!!   Ni baru pemanas badan jer ... Selepas ini jawapan dalam bentuk komen .. tapi masih kena post entri.. heheh... kena antar dua !! Bermakna tak boleh tukar jawapan dah !!! OKeh semua ? Jangan risau .. banyak penaja nih... silap silap sebulan tak abis contest ni dengan hadiah setiap hari woooo ...

Mereka yang hantar jawapan ialah ; nazirulhazwan~ , Ujang9897 , Cik Reena Tan , d_tieah , ❤ C!K MAZ's❤ , Areliff , Mr.Eye , Desk Of Carlo Santeekee , Cik Reena Tan , nur , idAti mALek ,  secantikmanis , cutegurlzz93 , Pembawa_Wacana , Cma Shiema ..

Terima kasih kerana menyertai contest ini .. Pemenang , sila tinggalkan no tel anda untuk urusan hadiah ..

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Teringat komen dari seorang rakan blogger semalam ...

"Hai Ben Ashaari, it is my 1st time here.
just to share, i blog sebab minat gila, sometimes i think i obsess with blogging, even masa jalan-jalan and nampak something, trus *ting!!* keluar bulb lampu "i want to blog this" its more to passion. so nasihatnya, kena ada passion, bukan for DUIT semata-mata, niat dah ke laut, isi blog haruk.padahal yang penting isi blog entry. just my 2 cent!! " > Qi_Cinoi.Lavigne

Sebenarnya , itulah yang aku buat sekarang .. Pada awal mula aku berblogging , segalanya adalah kajian .. Bila mengkaji , aku benar benar mencari kesahihah kata kata mereka iaitu berblogging mampu menjana pendapatan sampingan dan mampu mengutip ribuan ringgit sebulan .. Benarkah kata kata itu ?

Pada masa yang sama , rakan rakan blogger lain saling bersaing untuk berada di puncak .. Mengejar populariti .. ingin menjadi bintang dalam dunia blog di Malaysia ini ..  Walaupun bukan semua begitu tapi bilangannya tetap besar .. Aku ? Aku sekadar ingin membuktikan pada diri aku ini dan juga mereka di luar sana bahawa aku juga mampu mencipta 'bintang' aku sendiri .. dengan usaha , kerajinan dan paling penting ialah kreativiti aku .. Berjayakah aku ?

Hari ini , aku dapat lihat ramai seperti aku setahun yang lepas ... Mungkin mampu mencipta nama pada suatu masa nanti cuma apakah mereka mampu bertahan lama atau sekadar 'panas' buat sementara saja ?

Masa adalah faktor utama... Masa untuk berblog.. masa untuk mempromosi ... masa untu belajar .. dan banyak lagi ... Jika alasan adalah masa maka sukarlah segalanya ...

Kita dan masa adalah kembar ! Setiap langkah adalah masa .. Setiap udara adalah masa... Tak mampu kita berpisah dengan masa.. Apa yang boleh kita buat , kita uruskan masa kita .. Sudahkah kita menguruskan masa itu ?

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

Sekejap masa berlalu ...Nak tunggu 'hari itu' punyalah laamaa... bila dah sampai , sekejap je berlalu .. Tapi itulah orang kata ( aku kata  sebenarnya ) , nikmati setiap saat yang ada di depan mata ...kelak berlalu menyesal sudah ..

Hari ni kena kerja.. Kerja kerja kerja ... selagi bernafas selagi itulah kena kerja ... Walaupun jutawan , kerja tetap kena kerja ... Bagi yang belajar , pasti tensen sbb kena belajar .. Sebenarnya masa belajar itulah 'kebebasan' sewaktu kehidupan ... Walaupun dugaan dengan tugasan pembelajaran tapi itulah yang mencabar minda dan fizikal pelajar ... haaa.. Bukan semua orang dapat peluang begitu.. jadi nikmatilah dengan kesungguhan..

Ok la.. apa pun selamat pagi , dan semoga pag ini membawa keceriaan buat kita semua.. InsyaAllah ...

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

BERANI beristeri ramai? Pasti ramai, khususnya lelaki yang termenung seketika dan tidak kurang juga yang memberi senyuman sinis saat diajukan persoalan itu. Ini disebabkan, poligami bukan sekadar perkataan tetapi turut terselit madu serta racunnya. Ia juga satu tabu yang boleh mengundang kerlingan tajam wanita kerana amalannya.

Jika Islam sudah menekankan konsep keadilan apabila lelaki berhasrat berkahwin empat sekali gus serta syarat-syarat asas mewajarkannya, bagi kaum dan negara lain pula, beristeri ramai itu sudah menjadi tradisi atau pesta tahunan.

Di Swaziland misalnya, sebuah negara di benua Afrika yang mana pemerintahnya, Raja Mswati III sememangnya layak dinobatkan Raja Poligami kerana memiliki 14 isteri sekali gus setakat ini!Lebih menarik, semuanya dipilih menerusi adat unik yang mana mereka adalah kalangan anak dara Swaziland - negara di selatan Afrika itu yang datang menyerah diri sebagai bakal isteri.

Bukan sekali, malah setiap tahun dengan yang terbaru, November lalu, si dara Swaziland ini berarak separuh bogel di depan pemerintah berusia 43 tahun itu.
Mereka diarak dengan penuh tradisi dengan harapan dapat terpilih sebagai isteri baru dan berpeluang mengecap sedikit nikmat kekayaan biarpun terpaksa berkongsi dengan berbelas wanita lain.
Acara dua hari itu bermula dengan makan tengah hari di Istana Ludzidzini dan pesta itu berlarutan ke luar apabila ratusan wanita dengan pakaian skirt Swazi dan hanya rantai manik menutupi dada, menari sambil menghunus pisau dan perisai bagi menarik perhatian si Raja.

Pada hari kedua pula, gadis pilihan atau Permaisuri baru itu menghadiahkan pelbagai hantaran termasuk tikar rumput, peralatan memasak, selimut, perabot serta cenderahati lain.

Kehebatan Raja Mswati III itu bagaimanapun, belum dapat menandingi bapanya, Raja Sobhuza II yang sewaktu kematiannya pada 1986, mempunyai 70 isteri dan 1,000 cucu! Malang sungguh apabila negara itu yang sepatutnya menumpukan soal pembangunan, sebaliknya sarat dengan masalah ramai rakyatnya menderita HIV dan kemiskinan. Tumpuan utama Raja Mswati ini sebaliknya, selain menambah isteri adalah boros berbelanja dengan memiliki deretan kereta mewah.

Seorang lagi Raja Poligami adalah Ancentus Akuku yang berasal dari Kenya, juga di Afrika. Sama seperti Raja Mswati III, hobi Akuku adalah mengumpul isteri.

Bak pepatah Melayu, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, kematian Akuku akhir tahun lalu pada usia 92 tahun, menyaksikannya mencatat nama sebagai poligamis terkenal dalam sejarah negara itu dengan meninggalkan 100 balu biarpun sudah berkahwin lebih 130 kali. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan turut melakar sejarah benua Afrika.

Dia turut dikenali jolokan nama 'Bahaya' kerana ramai wanita mendapati dirinya sukar ditolak. Akuku memiliki lima isteri ketika berusia 22 tahun. Dalam tempoh beberapa dekad antara 1939 dan 1992, Akuku yang berkahwin lebih 130 kali memiliki lebih 200 anak dan menceraikan lebih 80 wanita.

"Saya digelar 'Bahaya' kerana dapat menonjolkan diri ini di kalangan wanita. Saya kacak, bijak memilih pakaian dan tahu memikat hati wanita dengan kata-kata manis. Tiada wanita dapat menolak godaan saya," katanya kepada media, suatu ketika dulu.

Rahsia pemakanannya adalah menolak menu makanan berlemak dan garam yang membantunya mengelak penyakit kronik. Dia juga menghafal dan kenal semua anak-anaknya selain membuat jadual rumah mana yang perlu dikunjunginya mengikuti giliran.

Akuku, bagaimanapun bukan sekadar bijak menghasilkan anak tetapi pandai menguruskan keluarga serta amat mementingkan pendidikan dan ada anak-anaknya menjadi doktor, guru dan jurutera. Dalam tradisi Afrika, anak masih menjadi simbol kemakmuran. Jika kekayaan seseorang lelaki diukur melalui bilangan anak yang dimiliki, Akuku jelas berada dalam kelasnya tersendiri.

Di benua Arab juga tidak kalah dengan Raja Poligami dan Salem Juma'a, 75, yang juga warga Emiriah Arab Bersatu (UAE), layak diberi gelaran itu apabila mengahwini berbelas wanita yang kini cuma tinggal tiga. Dia yang mempunyai 52 anak, 10 daripadanya sudah meninggal dunia.

Salem juga pernah kahwin cerai dengan 12 wanita pelbagai negara - tiga dari Mesir, enam dari India dan tiga wanita tempatan.
"Ini pemberian Allah SWT.

Malah saya sudah ditakdirkan untuk beristeri ramai...rezeki tidak harus ditolak," katanya kepada media tempatan, baru-baru ini, merujuk kemampuannya beristeri ramai.

Namun, kehebatannya tidak setara Daad Abdulrahman, 64, juga warga UAE. Dia bukan sembarangan lelaki dan biarpun hanya berkaki satu, pesara tentera ini tetap ligat untuk meneruskan misi menghasilkan anak mencecah 100 orang menjelang 2015.

Ketika ini, dia mempunyai seramai 88 orang anak, termasuk 50 lelaki. Anak-anaknya paling sulung berusia 39 tahun dengan yang terbaru beberapa bulan. Malah, ada beberapa jandanya masih tinggal bersamanya.

Setakat ini, proses kahwin cerai yang dihadapinya menyaksikan Daad memiliki 16 isteri, namun hanya tiga kekal. Isteri paling muda, Majida, berusia 19 tahun yang dikahwini empat tahun lalu di Pakistan manakala dua lagi, Maryam, 45 tahun manakala Anifa, 22 tahun.

Dia menceraikan tujuh isteri, tiga lagi meninggal manakala tiga yang lain 'melarikan diri' dan tidak pernah kembali lagi.
Hebat atau tidak, rumahnya ibarat liga antarabangsa apabila dia mengahwini wanita

Oman, India, Bangladesh, Maghribi dan rakyat tempatan.
Kini, dia memasang impian mahu mengahwini isteri keempat dari Sudan yang 40 tahun lebih muda daripadanya dan berharap memperoleh anak empat orang setahun sehingga matlamatnya tercapai.

Dia menyara keluarganya hasil pencen tentera selain sumbangan dermawan UAE yang sanggup membantunya merealisasikan impian memiliki 100 anak.

Ditanya apa rahsia kehebatannya, Daad berkata: "Saya mementingkan pengambilan makanan berkhasiat. Saya ada 40 biri-biri dan kambing.

Setiap minggu saya sembelih seekor dan menikmatinya bersama-sama isteri dan anak-anak. Mungkin inilah rahsia saya..."

-BHARIAN-

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Ehem... ehem.. sapa rasa rasa korang ? hehehe .. ops salaahhhh .. Sapa ? Oh.. tentu sekali tidak .. Bukan dia .. Lelaki atau perempuan ? Perempuan ? Nehi nehi nehiiii ..

Kalau perempuan , korang rasa sapa ? Minah tu ? Hahaha.. apa kelas dia ... ngarut je banyak ... Sapa ?? Dia tu ???? Iskhh.. no no no !! Lom cukup layak jadi idola aku ...

Lelaki ? Ya lelaki .. Sapa ?? Ok .. betul ... Mantan PM kita... Tun Mahathir ... Hehehe.. teror ehhh .. bagus bagus .. sapa lagi ?? Sapa ??? Ooo.. .bukannn .. bukannn... takkan artis kot.. hahaha..

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN ... dengan blognya , www.drmaza.com .. Tulisan yang lengkap ! Penuh dengan isi .. kajian .. setiap kali ada artikal baru , pasti jari aku gatal nak copy paste.. hehehe.. rugi tak sebarkan .. dah mmg bagus kan.. nak kata apa dah ? Jadi sememangnya dia blogger yang aku kagumi.. tengok dah kuliah agama dia ? Mabeles !! G la tengok kat blog dia.. download mp3 kuliah dia ..

AKu mmg sering dengar bila balik kg.. dalam perjalanan tu , mmg berkotak la cd aku ulang tayang .. yela, kot ada yang terlepas dengar ... hehehe .. G la download.. pasti tak menyesal ...

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Aku pasti esok atau hari hari mendatang , ramai lagi akan jadi blogger .. semuanya gara gara blogger berpendapatan RM1juta setahun .. pergh.. " Boss .. saya berenti kerja esok !! "

Ada satu soalan untuk aku tadi di FB .. sahabat tanya aku ,bagaimana nak dapatkan $$ dari NUFFNANG melalui blog .. Gulp ! Soalan feveret yang sering dikemukakan oleh mereka yang tidak mengetahui apa apa mengenai dunia blog.. langsung ! Tapi tak mengapa... tak salah .. mereka bertanya kita menjawab..

Jawapan aku... LUPAKAN NUFFNANG !! Terlebih dahulu maksud aku .. hehehe.. mula mula .. hidupkanlah blog tu... kasi meriah .. maksud aku kasi meriah ialah dengan entri yang best ... template yang menceriakan mata dan menenangkan jiwa ... haa.. bukan letak bunga melur .. bunga rampai ke...tamo la gitu.. bila terlalu wangi pon masalah gak .. busuk pon masalah.. sedang sedang aahhh .. hehehe..

Ok.. Bila dah ada blog.. entri pon best .. trafik pon best.. pembaca ramai .. terhibur dan berinfomasi .. maka .. $$ akan datang dengan sendirinya ..Tak kira la dari NUFFNANG atau pun mana mana iklan yang ada dalam dunia ni.. masa tu , LHDN atau HOTFM call korang punya laaa... haaa.. tak cukup dengan tu , korang pon akan jadi bahan kutukan , kejian atau idola.. Bagi yang bujang , jgn mengatal !

Kesilapan aku dulu , aku terlalu kecewa dengan NUFF.. sebab orang kata boleh jana $$ dari NUFF bila trafik tinggi.. sayangnya , takde pon.. Pendekata , cara tak kena sebenarnya.. Kena rajin menelaah dunia blog ni.. Terlalu luas ilmunya .. takkan abis.. Jangan ingat bila kita dah capai tahap tertentu maka kita dah boleh dikatakan berjaya ? Oh tidak sama sekali !!

Selagi bernafas .. selagi itu kita kena usaha .. Apa yang aku buat selepas itu , adalah apa yang korang nampak aku sekarang .. Korang nampak apa ??? Korang nampak BEN ASHAARI ler ... hehehe... okeh ?

Share
Tweet
Pin
Share
44 comments

 

Ada tadi aku berbalas msj kat tembok FACEBOOK dengan adik comel , Nur Athirah Ismail .. hurm... masih bersekolah .. dia kata takde masa nak update blog .. bz bz bz .. hurm.. maka aku bagitau je la.. buat satu entri sehari.. cukup untuk memberitahu pembaca setia yang blog ini masih lagi 'bernyawa' dan tidak akan bersawang walaupun bz !

Bukannya susah untuk update satu entri sehari.. Kalau mampu bukak laptop dan tengok perkembangan terkini di FACEBOOK atau berchatting sebentar , apa salahnya sebelum itu luangkan sedikit masa untuk 'bercerita' dalam blog ? Jangan lupa , kalau blog dah ada pembaca setia , jangan biarkan mereka ternanti nanti .. kalau tak , pembaca setia dah curang .. haaa.. sapa susah ? Terpaksa blogwalking semula ...

Satu entri yang cukup ringkas tapi padat .. Buat kesimpulan apa yang berlaku hari ini ..Takkan satu hari nganga depan bantal ? Mesti ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama .. contoh bunuh lipas.. Pijak lipas tu ke..tapi orang kata pijak lipas.. haaa.. dah ada satu cerita .. Atau tadi makan nasi.. nasi tumpah ke lantai.. orang dulu dulu kata .. haaa.. ada cerita kan ?

Ye .. aku tau korang bz.. aku tak .. aku banyak masa .. sangat banyak masa .. sebab tu aku boleh update blog berkali kali sehari .. Tapi kalau korang duduk dengan aku , maka tau lah di mana masa yang aku curik tu untuk update blog .. Masa tu ada .. kita kena pandai uruskan .. okeh ?

Ok... saja nak umum secara ringkas.. seorang rakan blog kita dah tukar domain .. > http://mimie1678.com/

Share
Tweet
Pin
Share
29 comments

 

Penat minda .. entri terakhir untuk hari ini .. pasni .. hurm.. tamo dah update ...

OK... 10 blog yang memerlukan penelitian pembaca semua.. Rasa rasa , header mana yang menarik mata korang ... haaa... sila tinggalkan komen dan mereka akan membacanya.. ehem.. terbatuk lak..

  1. FaKArePa!n
  2. cik ciput
  3. ina
  4. yana :))
  5. Haziq Yaacob
  6. ciK waNi
  7. cinonex coreyan
  8. iLINA
  9. Azwani
  10. azwin nalisa

Jangan lupa... Apa ???? Komen la pasal header diorng ... diorg nak tau mana paling cun diantara 10 ni ... okeh ? TQQQQ...

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (10)
    • ▼  April 2026 (2)
      • Hilangkan gerd dan anxiety !
      • Konsisten itu mahal harganya !
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes