Mencari kelas tuisyen online terbaik untuk anak anda ?

by - Selasa, Disember 29, 2020

Qhaliff , tahun depan darjah 3 dah. Setahun ni, pembelajaran melalui online memang dah boleh dia terima. Selepas abis kelas, dia dah boleh buat kerja sekolah sendiri dan dibantu oleh aku dan juga ibunya. Nak tak nak, ibu bapa turut kena 'belajar' bersama. Satu kebaikan untuk anak anak juga. Belajar bersama ibu bapanya. 

Tapi rasanya macam tak cukup je kan ?  Ditambah lagi dengan ada mak ayah dah lupa juga sesetengah pelajaran. Maka ibu bapa cam aku ni, tercari cari kelas tambahan untuk si Qhaliff. Zahra buat masa ni memang ada keas tambahan dah sebelah malam. Seminggu dua kali. Cuma untuk Qhaliff ni je takda. Aku mencari gak untuk dia.. 

Ada kawan syorkan pada aku.. FlyHigh Training Centre. Kelas ni ada dua. Secara online dan juga ada kelas fizikal. Buat masa ni, mereka buat secara online. Jika  kes Covid 19 nanti dah menurun atau stabil, boleh la ke kelas fizikal.  Tapi nampaknya anak anak lebih selesa secara online. Heee..Tak kisah la kan. Mana mana ok asalkan anak anak nak belajar.

Semalam aku try masuk salah satu kelas online FlyHigh Training Centre ni. Subjek Sains untuk tahun 4. Ramai pelajarnya. Tapi terkawal. Cikgu pun beri keterangan dengan mudah untuk difahami. Terang dan jelas. Bagus ! Terpikat lak aku ! Bukan terpikat ngan cikgu tapi kelas online Fly High Training Centre ni. 




Antara latar belakang guru guru yang mengajar di FlyHigh Training Centre.

SAINS Prem A

Profil Cikgu Ridzuan
  • Jurulatih Utama PPSMI
  • Penulis Modul Sains Tahun 4, 5 & 6
  • Penceramah Bebas atas Jemputan Sekolah-sekolah Seluruh Negara
  • Bekas Penceramah BH  DIDIK
  •  Pembimbing kelas Premium dan Elite FHTC


UPKK

Profil Ustazah Siti Zubaidah
  •  Guru KAFA Berpengalaman
  •  Pemeriksa Kertas UPKK Sejak 2018 
  •  Penyelaras Peperiksaan UPKK 
  •  Guru Celik Jawi & Solat
  •  Guru Quizziz UPKK 
  • Guru Program Meroket UPKK dan mempunyai 'track-record' cemerlang dalam pencapaian  anak didik dalam UPKK 2019
  • Guru Panel Fly High Training Centre
  • Guru kelas dalam talian UPKK sejak Mac 2020

B.MELAYU Prisma 

Profil Cikgu Asri 
  • Guru BM
  • Penulis Modul DBP
  • Penceramah Bengkel UPSR sejak tahun 2000
  • Pengajar Kelas Berkala UPSR & Sekolah Menengah
  • Pembina Item Soalan UPSR
  • Penerima Anugerah Silver Inside Universiti Malaya Modul SPEKTRUM untuk sekolah rendah dan menengah

MATHS Prem A

Profil Cikgu Hj Zulkifli
  • Guru Cemerlang Matematik
  • Guru Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
  • Guru (SEAMEO- RECSAM) specialist
  • "Higher Order Thinking and Creative  Problem Solving"
  • Guru Dual Language Program( DLP )
  • Pembimbing kelas Pemium dan Elite FHTC

B.INGGERIS Prisma

Profil Teacher Manisah
  • Berpengalaman memberi ceramah sejak 1996
  • Jurulatih Utama BI Peringkat Negeri Selangor
  • Pembina Modul BI Jabatan Negeri Selangor
  • Pembimbing kelas Premium dan Elite FHTC
 Cikgu Ghalib 
  • Munsyi Dewan
  • Panel Penulis Buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah(TDESR) & Tatabahasa Dewan Sekolah Menengah(TDESM)
  • Penulis Buku DBP
  • Tenaga Pengajar KELAS BERKALA UPSR, PT3 & SPM
Cikgu Shukry Supaat
  • Jurulatih Utama Kebangsaan Sains
  • Penggubal Kebangsaan Modul 
  • Pengajaran Sains Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Penceramah Teknik Menjawab Sains UPSR
  • Penulis Ulasan Sains Akhbar Pendidikan
  • Penulis Buku Model Soalan Sains UPSR
  • Tenaga Pengajar TV Pendidikan PKP

GB Shahril Othman
  • Guru Cemerlang Matematik
  • Jurulatih Utama Kebangsaan
  • Guru Inovatif Kebangsaan
  • Penulis Buku Matematik KSSR
  • Tenaga Pengajar  TV Pendidikan PKP
Setakat ni , kelas online di FlyHigh Training Centre ni ada untuk Tahun 3 dan 4, Tahun 5 , Tahun 6  dan Tingkatan 1. Gambar di bawah ni adalah jadual untuk tahun 2021. 





Rasanya belajar secara online buat masa ni adalah jalan terbaik buat anak anak kita. Diorang pun nampak lebih suka buat gitu buat masa ni. Tak perlu nak keluar umah dan dedahkan dengan risiko Covid 19 atau abiskan masa dengan TV mahupun gajet ! Kan kan ? 

Terkini FLYHIGH dah upgrade dengan adanya aplikasi yang lebih memudahkan anak belajar online. Ni aku kongsikan 8 sebab ReLY Aplikasi Kelas Online Terbaik  berdasarkan dari pengalaman dia sendiri. 

Kalau nak tau lebih lanjut , korang boleh :
Whatsapp : 011 56998919

You May Also Like

1 comments

  1. Saya nak belajar..supaya saya bijak dan pandai dunia akhirat

    BalasPadam