Qhaliff dah bersuara.. Dia nak baca blog aku !

by - Rabu, Julai 07, 2021


 Aku duduk sebelah dia. Update blog aku. Dia pula sedang belajar kelas tambahan bersama FlyHigh Training Centre.  Mata pelajaran kegemaran dia, Sains. Ada beberapa kelas yang dia amik dan ternyata banyak perubahan positif. Alhamdulillah..

Tiba-tiba dia bersuara.. " Daddy , nanti nak baca blog daddy yer. " . Aku tergamam seketika. Alamak. Dia nak baca ? Adoi laaa... masalah ni ! Hahahaha.. Camana nak jawab eh. Takkan nak kasi. Tapi kalau kasi pun, rasanya tak sesuai untuk dibaca oleh dia sebab gaya bahasa dan tatabahasa, struktur ayat yang ke laut dalam. Bukan sesuai untuk dibaca oleh golongan yang baru nak memahami karangan. Hahahaa.. Kang  dia tiru ! 

" Qhaliff baca kang kat handphone Qhaliff. Bukak je link blog daddy. Ok ? " jawab aku. 

" Terima kasih , daddy. " tersenyum dia. 

Semalam.. Dia tanya aku , di depan mak dia. " Daddy, kenapa dalam blog daddy ada tulis... bla bla bla.." . Aku terkedu. Aku pandang wife . Wife cakap memang Qhaliff lama dah dok baca blog aku. Aku tepuk dahi ! Adeh.. Baca sungguh la dia pun. 

Tak sangka dulu aku dok bercerita pasal dia. Sekarang dah kena skip cerita pasal dia. Risau lak nak cerita pasal anak anak. Kang merajuk jika tak kena cara. Yelah , nampak cam berat sebelah atau lebihkan yang lain. Sekarang ni pun dah pandai sentap. Hahahaha.. Dok tanya kenapa asyik dia je kena suruh buat kerja. Yang lain tak. Walhal yang lain kena suruh gak. Hahaha.. Tapi mestilah dia lebih sebab dia anak lelaki dan abang long ! Perlu ada tanggungjawab. Jangan dah besar baru nak belajar ! Huh...

Oh ya.. kalau koranng ada anak yang perlukan kelas tambahan , aku syorkan join FlyHigh Training Centre ni.  Memang berbaloi la. 

Boleh hubungi








You May Also Like

3 comments

  1. hhheheehhe comei ayat qaliff.... kak mieja dah rasa...anak-anak dah remaja, dah tak bagi menulis pasal mereka

    BalasPadam
  2. tak mustahil satu masa nanti Qhaliff jadi blogger.

    BalasPadam
  3. Salam, anak2 memang permata hati ibu dan ayah. Semoga menjadi anak yang soleh.

    BalasPadam