Jadi mak andam .. muhahaha... Tak de la.. jiran aku ni .. saja menyemakkan diri sat...
Published with Blogger-droid v1.7.4
Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43] [44] ..
Tanpa nama singgah kembali.
Terima kasih Ben .. Di luar jangkaan saya sama sekali .. Tak sangka akhirnya Ben berani meluahkannya .. Itulah yang sepatutnya dibuat dari dulu. Jangan bila kehilangan , terasa menyesal. Bila di tangan , dilempar-lemparkan !
" Arghhh... sapa dia ni ??? Adawiyah tak baca ke ??? Malu aku bila pembaca aku tanya sapa Adawiyah ni .. Kang ada yang ingat aku syok sendiri .. Haih.. susah susah.. tapi tak pe la .. Dah terlanjur aku lepaskan entri tu , maka biar je la begitu. ". Bisik kecil hatiku.
Bukan mudah untuk meluahkan kata CINTA .. Untuk melepaskan rasa SUKA , amatlah mudah .. Tapi CINTA bukan satu permainan. Bukan satu pertaruhan. Ianya melibatkan hati , maruah , pengorbanan serta keimanan.Bukan sekadar ucapan I LOVE YOU , bermakna sudah jatuh cinta ..
Penantian suatu penyiksaan. Akan aku miliki hatumu itu , wahai Adawiyah. Apa sekali pun rintangannya , akan aku tetap rentasi. Aku nekad Adawiyah. Aku tak kira kawan mahupun lawan , kali ini .. kau akan aku jadi milikku ! Selamanya ...
Akan aku bersemuka dengan Wan Kembung nanti ! Akan aku minta hatiku kembali ! Dia bukan barang mainan ! Dia adalah CINTA ku ! Kalau nak bergaduh pun , bergaduh la.. Kalau nak hilang kawan pun , hilanglah. Terlalu banyak sudah pengorbanan aku pada seorang kawan selama ini. Tapi tidak yang ini.
Malu akan aku tolak ketepi.
"Wan , jap lagi jumpa aku dekat cafe. Bawak Riana sekali. Adawiyah pun. Antara soal hidup dan mati. "
Send ..
-SAMBUNG-
Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43]..
New Post
Adawiyah ,
Hadirmu sejuta makna ..
Dikala hidupku penuh duka ..
Adawiyah ,
Senyuman umpama mentari pagi ..
Menyinari hidupku ini ..
Adawiyah ,
Andai kau ku miliki ..
Lautan api aku renangi ..
Adawiyah ,
Terimalah hati ini..
Sesuci embun pagi ..
" Aku harap kau membacanya .. ". Selamat malam sayang ..
Publish !
Itu saja cara yang boleh aku fikirkan. Kalau nak berdepan dengan dia , sahih aku akan ke wad ICU. Bila melibatkan hati , aku pasti mati ! Walaupun sepatutnya aku kena berani tapi aku sememangnya penakut untuk meluahkan perasaan..
Log Out
-SAMBUNG-
Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] ..
" Naper Ben nak jumpa Adawiyah ? ". Adawiyah memandang aku dengan penuh tanda tanya.
" Siang malam , Ben memikirkan perkara ini. Ya , benar.. kita masih belajar .. Masa depan adalah penting.. Tapi ... Ianya akan lebih bermakna jika ... Adawiyah .. sudi bersama dengan ... Ben.. ". Tergagap gagap aku melafazkannya.
Aku nekad ! Aku perlu luahkan sebelum terlambat. Aku tahu Wan hanya sekadar bermain perasaan dengan Adawiyah dan Adawiyah sekadar teman biasa.
Bagaimana aku mengetahuinya ? Aku kenal sangat Wan tu. Dia takkan mudah nak bercinta dengan perempuan. Perempuan baginya umapama rantai ! Jika terjebak dengan cinta , maka digarinya hidup-hidup.. Hilang segala kebebasan. Ini bermakna , dia tidak mencintai Adawiyah dan ini peluang bagi aku untuk melepaskan segalanya isi hati.
" Tapi Ben .. Wan ? ". Adawiyah serba salah.
" Ben akan bersemuka dengannya. Tak rela dah Ben hidup begini setiap hari .. Setiap malam terbayangkan Adawiyah. Merenung gambar Ada .. Ah.. terus terang , Ben merindui Ada ! Dan Ben perlukan Ada dalam hidup Ben .. ". Aku berterus terang dengannya.
" Maafkan Ada , Ben.. Ada tak dapat terima.. " Adawiyah mengelengkan kepalanya dan pergi meninggalkan aku.
Entah kenapa tiba-tiba lagu Spring muncul di benak aku ...
" Hanya Tuhan yang mengerti hati dan perasaanku ..
Di tengah malam syahdu hatiku merindu ..
Sampai hati kau pergi tanpa pedulikanku lagi ..
Aku berdoa agar engkau bahgia .. "
" Huh.. aku tak sanggupp.. aku tak sanggup kalau ditolak sebegitu rupa .. Ahhhh .. " . Aku membayangkan jika aku berdepan dengan Adawiyah untuk berterus terang dan apakah yang akan berlaku ! Oh tidak .. Aku tidak rela ditolak begitu saja..
Biarlah aku membujang !
-SAMBUNG-
Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] ..
" Wan , aku perlu cakap sesuatu dengan kau .. ".
"Hurm.. cakap je la.. Sejak bila lak kena mintak kebenaran dari aku untuk bercakap ? Adoi.. ISA pon dah dilupuskan.Jangan risau.. Takkan kena ISA punya kalau kau salah cakap. Cuma kena saman je la.. hehe.. Aku gurau je la bro..U my preng , kan ? ".
Dengar bahagian tu yang buat aku lemah . Aku bab kawan ni , mmg susah skit. Orang kata , ' die hard ' punya la... Sanggup tinggalkan awek kerana kawanlah ! Tu orang kata la. Tapi aku tak lagi sebodoh itu.
" Sebenarnya aku nak cakap dengan kau pasal Adawiyah. " . Aku cuba berlagak cool.
" Oh , kekasih gelap ku itu.. Kenapa dengan dia ??? Dia curang dengan aku ?? Siapakah lelaki itu ?? Berani dia !! ". Wan mengenggam penumbuk .
" Hek ler mamat ni.. Dia curang tak pe ?? Hampeh !! Camana la dia ni boleh jadi kawan baik aku ???? ". Bisik hati kecil ku ini.. Eceh.
" Haaa.. kenapa dengan Adawiyah .. " . Wan tanya semula pada aku.
" Dia cari kau tadi. Aku terserempak dengan dia kat cafe lepas makan. Kau dah blah masa tu.. ". Aku menipu dia.
" Laaaaaaa.. tu jeee ??? Aku ingatkan ada hal penting sangat la tadi. Kalau takat nak jumpa tu , esok esok je pon tak pe. Aku tengah usha awek baru neh !! Jambu siut !! Ok.. aku gerak dulu.. Apa apa , aku roger eh.. Kalau jumpa Adawiyah , kim salam sayang kat dia . ". Wan pergi tanpa menoleh langsung. Salam pon tak bagi. Hampeh punya kawan. Perempuan punya pasal , kawan ditinggalkan.
Aku nak kata apa dah. Dah mereka pilih si Wan tu sebagai kekasih hati. Yang ada baik cam aku ni , tak nak pulak jadi pilihan. Nasib nasib..
-SAMBUNG-
Haish... sampai hati .. Baru beberapa bulan isteri mengandung , dah fikir nak kawin lagi ?? Alasan sbb terabai ? Sampainya hatimu wahai suami ..
Seorang isteri yang sedang mengandung , amat sensitif perasaannya. Suami yang pegang telefon bimbit lalu memandang isterinya kemudian berlalu pergi pasti mendatangkan syak wasangka..
" Apakah suamiku itu telah memasang perempuan lain ??? "
Begitulah adanya dalam kepala isteri-isteri yang baru mengandung mahupun sarat mengandung. Maklumlah , badan pon dah ilang bentuk . Bila lalu anak dara ala ala kereta Lotus , leher macam kuda terbang nun Fun Fair punya tu haaa.. Berpusing !!
Awas para suami.. Kasihanilah isteri anda.. Mereka sedang mengandungkan benih anda. Jangan sampai kehilangan mereka .. Atau anda kehilangan anu !!
Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] ..
Aku melihat telefon bimbitku. Tiada sebarang panggilan mahupun sms yang masuk.Perempuan ni benar-benar membuatkan tak keruan. Kenapa aku boleh bersabar dengan dia ? Dulu , aku seorang yang cukup panas baran . Asal ada yang tak kena di mata , aku melenting. Marah tak tentu hala. Cemburu buta ! Tapi kali ni , aku cukup sabar. Dan sangat pelik , kesabaran aku ini diluar dugaan aku sama sekali !
"Jam 12 malam dah. Tadi beria nak call ! Ke g makan dulu ngan si Kembong tu ! FB pon tak online. Kang aku chat ngan awek lain kang.. Haaa , baru ada akai.. Tak pasai pasai aku jadi cam Wan. Buaya tembaga Malaysia ! ". Ngomel seorang diri aku .
No comments are awaiting moderation.
Blog pon sepi. Nak update , takde idea . Kering . Kontang. Habuk berterbangan. Spider berlari-lari. Tikus bekejar-kejaran dengan si kucing. Seolah tiada bertuan blog tersebut .
" Si Anonymous ni pon g dating ke ? Kot ya pun nak dating , bagitau la aku. Tak la aku tertunggu-tunggu di sini .. Hehe ". Aku rasa aku kena amik ubat sakit jiwa dah ni. Ini gara-gara cinta tak berbalas.
" Yearghhhh... akhirnya.. Ada panggilan masuk .. ". Hatiku melonjak riang.
" Hurm.. kenapa dia pulak ??? ". Bekas kekasih la pulak ! Putus terus nafsu nak bercakap.
" Wsalam... khabar baik... Awak ?? ". Aku menjawab panggilan tersebut memandangkan aku tersangatlah boring dan sunyi. Aku terus masuk ke dalam bilik dan meninggalkan laptop di luar.
Sejam kemudian..
" Dulu , beria sangat nak tinggalkan aku.. Sekarang sibuk nak kembali. Tu la , dapat bf baru serupa pelesit. Keje nak kikis duit betina jer !! Yang perempuan tu pon satu hal.. Pantang bergaya skit , MASA DEPAN ! Piraaahhhh .. ". Membebel seorang diri.
Dah pukul satu pagi. Baik aku tidur ! Terpandang aku ke skrin laptop.
" Alamak !! Adawiyah call aku tapi engage pulak !! Adehhh .. masak masak .... ". Aku membaca nota yang ditinggalkan di private message lalu menepuk dahi sendiri !
Menyesal aku cakap lama lama tadi !!
-SAMBUNG-
Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] ..
" Kalau ikut hati aku , balik terus dah ni.. Tapi kesian lak kat Wan. Malu dia dapat kawan cam aku . Dan sah sah diorg kata aku ni tak matang. Rileks Ben.. Kawal emosi. Kasi macho sket tengokkkk.. ! ". Bercakap dengan cermin aku di tandas tadi.
Dalam panggung , aku duduk di sebelah Wan manakala disebelahnya Riana dan disusuli Adawiyah.Terdengar suara-suara halus diikuti ketawa kecil yang membuatkan hati aku sakit sangat. Aku kenal sangat suara tu.
" Ya Allah.. Kuatkanlah iman hambaMu ini. Kang ada gak yang makan tiket wayang ni !! ". Bisik hati kecilku.
"Panggggggg.... ". Akhirnyaaa !! Satu tamparan lelaki hinggap ke muka Adawiyah . Dan penampar itu datangnya dari aku ! Tu la , sapa suruh ketawa kuat-kuat sangat !! Amik kauuuuu ...
" Woi.. Ko tengok wayang ke mengelamun !! ". Wan menolak bahu aku.
" Hah ?? Huhu.. Terkhayal sejenak. Cerita bosan !".Bisik aku pada Wan. Camana la aku boleh terkhayal cam ala ala cita Final Destination tu.. Nasib baik penampar. Kalau runtuh panggung ? Mau gak aku keluar dari situ dengan segera !
Setelah 2 jam berlalu , tayangan tamat dan kami pun beredar dari Klcc. Wan menghantar kami pulang. Aku di belakang bersama Adawiyah dan Riana bersama Wan di depan.
" Pelik.. Wan dengan Adawiyah ni skandal dalam diam ke ?? Nampak cam mesra je Wan dengan Riana. Tapi dalam diam , Wan dan Adawiyah keluar berdating.. Hurm.. takkan Riana tak tau kot ?? Tak pe , malam ni aku nak korek n bocorkan pada Riana. Baru padan muka diorang.. ". Bila syaitan mula membisik kata-kata neraka pada aku.
" Ben, malam nanti Ada call yer.. " .Perlahan saja suaranya. Dikhuatiri Wan mendengarnya.
Aku tidak mengendahkan bisikannya itu. Dan akhirnya tiba di rumah aku. Wan hantar aku dulu !!!
" Hampehhh... Beginilah nasib diriku yang malang , oh Tuhaannnn.. Tak boleh bersenang lenang .... ". Sempat menyanyi sewaktu keluar dari kereta. Tanpa mengucapkan terima kasih atau selamat tinggal apatah lagi memberi salam . Ketara sangat aku marah tu ! Hah , peduli apa dah.. Yang penting sakit hati aku ini berbalas !!
" Assalamualaikummmmmmm... kom apa kombat ..bat apa , batman.. man apa , mandol .. dol apa , dollah , lah .. bila dah nak abis daa.. "
"Makcik oiiii... saya datang nak raya niiii.... Eh , takde orang keeer Tadi nampak macam ada orang ?? "
" Haa... ada ponn .. Macik tak kasi saya datang raya ke ???? "
" Wsalaamm.. Nak oiiii .. kalau dengan muka macam tu , sah sah polis pon tahan kamuuuu .. G balik cuci muka tu dulu.... ayooo.. Ingat ni Halloween ke ???
Boleh ke g beraya dengan muka begini ??
Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] ..
"Sayang , beli apa tadi ? " . Tiba-tiba Wan terpancul seorang diri. Riana tiada disisinya. Terkejut aku mendengar perkataan 'Sayang' dari mulut Wan !
Aku buat-buat tak dengar. Sempat menjeling aku pada Adawiyah. Tersenyum malu bila Wan memanggilnya begitu.
"Beli nasi ikan lele ni jer. Ben belanja..".Adawiyah menjawab.
" Apakah sebenarnya yang berlaku ??? Apa maksud kata-kata Adawiyah tadi ? Dia dan Wan cuma apa ??? Cuma pasangan kekasih ? Siap panggil Sayang lagi tu !! ".Bentak hatiku .
Boleh gila aku macam ni ! Dia kata dia sukakan aku .. Eh , kejap .. ada ker ? Hurm.. Dia cuma menanyakan pada aku apakah aku suka padanya tak bererti dia sukakan aku !! Oh , aku terpedaya dengan kata-kata seorang wanita .... Mengapa aku disiksa begini..
Selera makan aku tiba-tiba lebur. Sudu dan garfu aku letak lalu bangkit dari situ.
"Eh , Ben .. Nak pergi mana ? ". Wan bertanya.
" Sakit perut. Rasa nak muntah jer dari tadi. ". Jawab aku sambil berlalu dari situ.
Ya Allah... sakitnya hati aku. Baru nak belajar membuka hati. Nampaknya dia bukanlah insan yang aku tunggu-tunggu selama ini .
-SAMBUNG-