Akan ku miliki hatimu itu .. (39)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] ..

 

" Kalau ikut hati aku , balik terus dah ni.. Tapi kesian lak kat Wan. Malu dia dapat kawan cam aku . Dan sah sah diorg kata aku ni tak matang. Rileks Ben.. Kawal emosi. Kasi macho sket tengokkkk.. ! ". Bercakap dengan cermin aku di tandas tadi.

 

Dalam panggung , aku duduk di sebelah Wan manakala disebelahnya Riana dan disusuli Adawiyah.Terdengar suara-suara halus diikuti ketawa kecil yang membuatkan hati aku sakit sangat. Aku kenal sangat suara tu.

 

" Ya Allah.. Kuatkanlah iman hambaMu ini. Kang ada gak yang makan tiket wayang ni !! ". Bisik hati kecilku.

 

"Panggggggg.... ". Akhirnyaaa !! Satu tamparan lelaki hinggap ke muka Adawiyah . Dan penampar itu datangnya dari aku ! Tu la , sapa suruh ketawa kuat-kuat sangat !! Amik kauuuuu ...

 

" Woi.. Ko tengok wayang ke mengelamun !! ". Wan menolak bahu aku.

 

" Hah ?? Huhu.. Terkhayal sejenak. Cerita bosan !".Bisik aku pada Wan.  Camana la aku boleh terkhayal cam ala ala cita Final Destination tu.. Nasib baik penampar. Kalau runtuh panggung ? Mau gak aku keluar dari situ dengan segera !

 

Setelah 2 jam berlalu , tayangan tamat dan kami pun beredar dari Klcc. Wan menghantar kami pulang. Aku di belakang bersama Adawiyah dan Riana bersama Wan di depan.

 

" Pelik.. Wan dengan Adawiyah ni skandal dalam diam ke ?? Nampak cam mesra je Wan dengan Riana. Tapi dalam diam , Wan dan Adawiyah keluar berdating.. Hurm.. takkan Riana tak tau kot ?? Tak pe , malam ni aku nak korek n bocorkan pada Riana. Baru padan muka diorang.. ". Bila syaitan mula membisik kata-kata neraka pada aku.

 

" Ben, malam nanti Ada call yer.. " .Perlahan saja suaranya. Dikhuatiri Wan mendengarnya.

 

Aku tidak mengendahkan bisikannya itu. Dan akhirnya tiba di rumah aku. Wan hantar aku dulu !!!

 

" Hampehhh... Beginilah nasib diriku yang malang , oh Tuhaannnn.. Tak boleh bersenang lenang .... ". Sempat menyanyi sewaktu keluar dari kereta. Tanpa mengucapkan terima kasih atau selamat tinggal apatah lagi memberi salam . Ketara sangat aku marah tu ! Hah , peduli apa dah.. Yang penting sakit hati aku ini berbalas !!

9 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.