Akan ku miliki hatimu itu .. (35)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] ..

 

" Iskhh.... kalau dah tidur tu , tak ingat dunia !!  Abang , bangun laaa .. Lain kali lepas subuh tu , g la jogging ke bersenam ke.. Ni tidur balik ! Mana la tak boroi perut tu.. ". Jerit adik aku.

 

" Boroi boroi aku , kacak gak tauuu !! " Aku balas semula.

 

Aku tak tahu la jantina sebenar adik aku ni.Fizikalnya perempuan. Tapi serupa jantan garangnya. Peliknya , ramai pulak lelaki berkenan.Agaknya dengan aku je garang kot ?

 

"Huarghhhhhhhhhhh.... ngantuknyaa... ". Aku pegang pipi aku.Haih , nasib baik mimpi.Kalau tak , sahih huduh rupa aku ! Kalau dua dua tu tak nak , tak per la.. Aku cari je lain. Bukan susah pun. Internet ada .

 

" Ada sapa sapa sedang mencari calon suami ?? Kelayakan yang dicari adalah seperti berikut ..

  1. Cantik
  2. Berduit takkan abis sampai bila-bila serta tiada hutang dengan PTPTN
  3. Beriman berbudi bahasa
  4. Punya hati dan perasaan
  5. Takkan jatuh hati dengan Wan Kembung ?

Jika ada menepati piawaian yang  ditetapkan seperti di atas , sila hubungi saya dalam masa terdekat. Calon-calon akan ditapis. Sila klik SINI untuk download borang atau lawatilah laman web www.caricalonkaya.gov.my .

Terima kasih. ".

 

Mengelamun seketika aku dibuatnya sebab geram dengan Wan Kembung serta dua kekasih hatinya .. Dua ????? Tambah lagi empat ! Pergh.. dia ni guna jarum jenis apa pon tak tahulah.

 

" Mandi pon sodap. Karang nak keluar tengok diorang dating pulak.. Adeh...  Tak pe la , kawan punya pasal. Asal diorng bahagia , sudah la... Biar aku je yang merana.. Sudah begini lumrah perjalanan hidupku... ". Mengeluh sebentar aku mengenangkan nasib diri.

 

"Ben , kau nak tumpang aku tak ? Adawiyah ngan Ariana ada sekali ni ?? "

 

Sms yang baru aku terima dari Wan. Ada hati ajak aku tumpang ?? Aku rela naik lrt laaa !!

 

"Tak pe..Duit baki sekolah dulu ada lagi. Aku naik lrt je. Jumpa kat Klcc nanti. Aku nak seat hujung sekali. Kalau boleh jauh dari korang .okeh ? ". Balas aku.

 

"Okeh ! Roger and out .. ". Pantas Wan balas.

 

" Okeh ????? Dasar kawan buaya tembaga cap Afrika betul ! ". Boleh dapat tekanan darah tinggi aku begini ..

 

-SAMBUNG-

15 ulasan:

  1. Phewww ingatkan intro yg atas tu..semuanya 1-34 tu mimpiii!!! urut dada kejap..hehehehehehhe

    suspen betullllll!!!!

    BalasPadam
  2. nseb mimpi. klu btmbuk btu2 td x ke naya..

    BalasPadam
  3. fuhhh!! nasib baik mimpi...
    ingatkan dah betul2 gaduh tadi!

    BalasPadam
  4. 36... 36....
    37....37....
    38....38....
    menunggu dan terus menanti...

    BalasPadam
  5. Lagi, Abang Ben! Hehe.. Makin interesting.. Tak dapat jangka ending macam mana.. ^^ Hebat tol Abang Ben! Tabik spriinnnggg!!

    BalasPadam
  6. addicted baca..huhu..senyum sendiri.. :)

    BalasPadam
  7. yeayyyy!!da habes pun baca:)tunggu sambungan lagi..hehe

    BalasPadam
  8. see, mimpi semata mata.. yeayy! hummm *spechless* =))

    BalasPadam
  9. tgh sabar menanti nie...

    huh!!....dasar buaya tembaga cap Afrika betul...bak kata abg Ben...

    kalau di drama kan mau habis bantal busuk di ramas dan dibelasah sbb geram kat wan buaya tembaga...

    like...like...sambung lagi abg Ben...
    menunggu dan terus menunggu...

    BalasPadam
  10. hahaha laaa mimpi jeke . patut la cam pelik tetibe ben jadi berani.hahaha ...


    memang patut pun duduk jauh2 dari diorang ..semua tak tau menghargai permata..nak juga kaca ..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009