Akan ku miliki hatimu itu .. (36)

by - Khamis, September 15, 2011

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] ..

 

" Jom makan dulu Ben .. Kang lapar pulak dalam panggung tu .. ". Wan ajak makan sesudah aku menunjukkan muka pada mereka bertiga.

 

Cantik Adawiyah petang tu.Berbaju kurung pink.Rambut dilepaskan.Sayangnya.Aku terlewat untuk melafazkan kata cinta padanyakah ? Eh , kenapa pada dia ? Bukan Riana ?? Aku rasa aku dah jatuh cinta pada Adawiyah dan bukannya Riana.Riana mungkin  aku sekadar suka melihat tingkahlakunya. Itu yang menyebabkan aku suka pada Riana dan bukannya jatuh cinta.

 

Perlukah aku meluahkannya ? Bagaimana pula dengan Wan ? Bukankah Wan kekasihnya ? Takkan aku nak berebut. Perlukah aku melepaskan saja ? Tapi bagaimana aku nak mengadap muka mereka hari-hari ?? Tentu aku cemburu sekali ..

 

" Woiiii...petang-petang mengelamun ??? Terpana tengok Adawiyah ke ?? Tu laa.. dulu jual mahal ! Orang nak kat kau , kau lak tak nak ! Haa... Padan muka aku dah kebas ! ". Selamba je Wan melepaskan kata-kata itu. Malu terpancar di wajah Ada.

 

Aku buat tak dengar saja kata-kata Wan itu.Saja nak pekena aku.Tapi kalau benar camana pulak ? Kot benar Adawiyah suka kat aku tapi aku yang jual mahal ? Bila dikebas orang , baru aku ternganga. Apa masalah aku sekarang ni sebenarnya??

 

" Aku ok jer... jom la.. Lapar gak ni.. ".Aku menghala ke gerai nasi ayam penyek. Pilihan utama aku kalau makan di KLCC.

 

"Ben , jom kita pergi beli nasi ayam penyek. Ada nak amik lele. Ben suka ayam kan ? ". Adawiyah tersenyum.

 

" Camana minah ni leh tau aku suka makan nasi ayam penyet ??? Misteri ni ?? Takkan dia follow blog aku dari mula kot ? Haih.. Jangan biarkan idup aku diselubungi misteri ! ". Aku bermain dengan perasaan aku sendiri.

 

" Jom.." .Aku melemparkan senyuman pada Adawiyah.Dan dengan segera Ada bangun untuk berjalan seiring dengan aku. Sempat aku menjeling pada Wan. Merah mukanya.

 

" Ben , marah dengan Ada ke ? ". Ada menatap muka aku.

 

Gulp.. Malu ! Aku tak boleh ditenung perempuan sebegitu rupa.Sangat malu bagi aku. Aku pandang ke arah lain.Kemudian barulah memandangnya seketika.

 

" Siapalah Ben nak marah Adawiyah , kan ? ". Aku membalasnya lalu tersenyum.

 

" Ben suka kat Adawiyah ke ?" . Ada mengerutkan dahinya.

 

" Er... kenapa Ada tanya begitu ?? Nak masuk meminang Ben ke". Aku tanya pada dia semula.

 

" Jawab laaa... " . Adawiyah mengeraskan suaranya.

 

" Tak...". Balas aku lalu meneruskan langkah kakiku.. Meninggalkan Adawiyah yang telah mematikan langkahnya lalu menundukkan wajahnya...

 

-SAMBUNG-

You May Also Like

14 comments

  1. hoh?????????/ suke ke tak ni??? ggrrr..hahahahha

    BalasPadam
  2. alaaa,nape TAK plak ni...geram jeee..

    BalasPadam
  3. TAK...bukan suka tapi cinta..lalalalala

    BalasPadam
  4. Hurmmm..tak suka la pulakkkkkkk!!! aiyoooooooo

    BalasPadam
  5. napa tak ngaku???oo..tidak....lagiii~hee..

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. arghhh..potong stim le...cepat sambung

    BalasPadam
  8. alaaaaa knp ben ckp tak? humm laen kali ben syum je laaa.. tpi syum dgn penuh makna.. then bru laa bermula bibit bibit cintaa.. acewahhh! sy lak yg xcted! ngee~

    BalasPadam