iREHAB , pusat pemulihan fisioterapi dan strok sehenti di Kuala Lumpur - BEN ASHAARI

Rabu, 30 Oktober 2019

iREHAB , pusat pemulihan fisioterapi dan strok sehenti di Kuala Lumpur

Lawatan aku bersama sama dengan rakan blogger #KBBA9 selama dua jam ke iREHAB di Subang Jaya baru baru ini , sedikit sebanyak telah membuka mata aku akan kepentingan fisioterapi ni terutama pada mereka yang memerlukan rawatan melibatkan anggota tubuh badan. Sebelum ni aku pandang enteng atau sebelah mata bab ni. Bagi aku, orang yang memerlukan fisioterapi ni , mereka yang alami kecederaan teruk ketika bersukan atau kemalangan. Tapi tak pernah ambil tahu bagaimana fisioterapi ini dilakukan dan juga kepentingannya !

Teringat lagi sewaktu arwah ayah aku selepas rawatan kanser , dia rajin buat fisioterapi demi memastikan dia kembali segar dan kuat terutama dari segi fizikal dan mental. Ternyata fisioterapi banyak membantu dia. Kalau dia nak buat sendiri , memang tak la...

iREHAB terletak di kawasan yang sangat mudah nak parking dan tidak sesak , iREHAB ni mudah cari dengan aplikasi WAZE. Maksud aku ialah , waze je nak ke sini. Confirm jumpa tanpa sesat ! Tapi pastikan alamat yang tertera tu betul la yer. Kalau tak , nanti di hantar ke tempat lain lak. 

   

Untuk pengetahuan, tempat letak kereta di sini kena guna kupon MPSJ yer. Maka sila dapatkan kupon di agen berhampiran untuk elakkan disaman. 

Di Subang Jaya ni , korang kena tahu yang mana ada dua premis tertera iREHAB. Satu untuk iKID ( untuk rawatan melibatkan kanak-kanak ) dan satu lagi iCENTER , untuk orang dewasa. Pastinya aku akan ke premis khas untuk orang dewasa. Ketika aku tiba di situ, kelihatan ramai patient mereka keluar masuk pusat itu dibantu oleh staf iREHAB dengan mesranya. Takda nampak muka kelat masam gitu. Hati pesakit pun leh tenang dan rileks ketika buat rawatan. 



Untuk pengetahuan korang , aku ke sana juga ada sebab. Pertama , masalah pada leher dan kedua ialah bahagian belakang badan. Yer , aku nak buat fisio buat pertama kalinya. Dan sejujurnya aku bagitau korang , ketika buat fisio ni la baru aku nampak di mana masalah aku ! Perghhh... banyak juga  masalah aku dan juga ilmu yang aku terima ! Ini membuatkan aku lebih berhati hati ketika bersukan atau aku boleh kehilangannya ! Huhuh.. 

Ok.. bermula dengan aku.. untuk mengenalpasti di mana dan apakah punca masalah sakit leher aku dan juga belakang , maka assessment dilakukan yang bertujuan mengenalpasti kedudukan dan juga punca kecederaan. Physio yang bertugas ketika ini mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun. Maka sekejap je dia tau apa masalah aku. 



Ketika aku membuat artikal ni ( beberapa hari selepas ke iREHAB ) , leher aku lebih selesa dan masalah di belakang lutut sudah semakin ok. Namun aku masih perlu lagi ke sana untuk buat beberapa lagi rawatan susulan bagi memastikan ianya tidak kembali lagi. 

Untuk pengetahuan, ramai ahli sukan dalam dan luar negara datang mendapatkan rawatan fisio di sini kerana kemudahan serta teknologi yang digunakan dikatakan yang terkini dan memberi kesan positif pada mereka. 


Selain itu rawatan fisioterapi untuk mereka yang bersukan , di iREHAB ni juga turut menyediakan rawatan terapi yang lain seperti strok , kecederaan saraf tunjang , kecederaan pada otak , pediatrik , vestibular dan sclerosis. Program program ini memerlukan kepakaran dan juga bantuan mesin yang bersesuaian yang mana di iREHAB , sudah 10 tahun berpengalaman mengenainya. 

Di iREHAB , mereka ada mesin yang dipanggil LOKOMAT. Mesin terapi ini sudah digunakan di sini sejak 2012 lain. Mesin ini digunakan untuk mereka yang punya masalah dengan aku katakan di atas. Pesakit dipakaikan dengan alatan kemudian diajar kembali bergerak mengunakan kedua kakinya dibantu oleh LOKOMAT.









Jika korang punya orang tua di kampung dan memerlukan rawatan  fisio terutama yang ada masalah seperti strok , kecederaan pada saraf tunjang tetapi sukar untuk datang membuatkan rawatan berterusan , iREHAB menyediakan iHome. Maknanya anak anak mereka tak perlu nak bersusah payah uruskan ibu bapa mereka yang sakit. Di iHome , akan ada jururawat menjaga seperti berada di rumah sendiri ! Pengangkutan disediakan untuk membawa mereka ke iCENTER untuk membuat rawatan fisio ! Segalanya ada dalam pakej yang menarik ! 













Sesungguhnya aku tak tau akan kewujudan pusat begini yang mana ianya diterajui oleh orang bumiputera.  Jika tahu, mungkin arwah ayah aku salah seorang pesakit di sini dan dia pastinya akan terasa lebih terurus dan terjaga terutama dari segi rawatan. Hurmm.. 

Akhir kata , jika korang ada masalah seperti yang aku ceritakan di atas , jangan tunggu semakin teruk baru nak dapatkan rawatan. Rajin rajinlah demi kesihatan diri sendiri ! InshaAllah , aku akan kembali lagi dalam masa 2 minggu untuk rawatan susulan. 



Info lanjut di :

Webhttp://www.irehab.com.my
Facebookhttps://www.facebook.com/IRehabStrokeNeuro/
Instagram :  https://www.instagram.com/irehab_stroke_neuro/
Tel : 03-5631 5698

Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat  ( 9 pagi - 6 petang )
Sabtu ( 9 pagi - 4 petang )
Ahad ( Tutup )

Alamat : No. 147, Jalan SS17/1A, 47500 Subang Jaya
Subang Jaya


12 ulasan:

  1. Bila dah tahu mana punca kesakitan barulah mudah nak buat rawatan susulan. Semoga Ben sembuh sepenuhnya dari kesakitan.

    BalasPadam
  2. teringin nak pergi juga.. kat johor takde ke ?

    BalasPadam
  3. Teringin juga nak mencuba. Kadang2 rasa sakit juga dekat belakang ni. Bagus ada tempat mcm ni. Boleh la cari rawatan altanatif

    BalasPadam
  4. Bagusnya ada tempat macam ni. Fisio bertauliah. 😊

    BalasPadam
  5. Dulu pernah wat physio sebab sakit tulang belakang sampai lumpuh sementara.. memang lepas buat physio dah boleh jalan semula dengan izin Allah. Rasa nk kena g buat lagi.sakit belakang makin terasa lepas umur makin meningkat ni

    BalasPadam
  6. Bagusnya iRehab..kemudahan yang disediakan lengkap. Siap dengan iHome. Pengunjung pasti selesa dan berpuashati.

    BalasPadam
  7. bestnya..kalu dekat nak je yanie try.. kaki ni sakit je lepassenam..huhu

    BalasPadam
  8. Boleh tgk ni.. Try bawa mama iza, sbb di baru lepas operate tangan and perlu rawatan fisio.. Tq sharing aben 👏🏼

    BalasPadam
  9. wooow bagusnya ada tempat mcm ni...mudah sangat...moga sentiasa dimurahkan rezeki..moga aben cepat sembuh ya

    BalasPadam
  10. Baguslah ada pusat iRehab ni, nanti nak jugak ajak husband pergi.

    BalasPadam
  11. Teringin tapi masih takut nak pergi tempat-tempat gini. Takut tak tahan sakit.

    BalasPadam
  12. best ni kalo bawa suami ke sini.Sebab suami banyak nak kena betulkan.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.