Siapa bakal Juara ? Anugerah Juara Lagu 35 #AJL35

by - Rabu, Disember 16, 2020


Wah.. dah final dah ? Hahaha.. Adoi laa.. tak ikuti perkembangan langsung aku. Tau tau dah final. Separuh akhir pun tak tertengok aku. Tapi final ni aku rasa cam nak tengok lak. Kenapa ? Sebab peserta final ni mantap mantap belaka. Mesti akan ada pertarungan gempak punya ! 

Sejujurnya.. aku tak tau pun lagu lagu ni ! Tak pernah layan terutama di radio. Maklumlah , lama tak dengar radio. Kalau di tv tu, lagi la.. Hehehe.. Heee.. Tapi aku pasti lagu lagu ni mesti best punya. Dan majoriti yang masuk ni pun , berpengalaman di final. Mesti akan buat betul betul power punya. 

Ahaa.. nasib baik ada insan di Twitter buat kompilasi lagu lagu final #AJL35 ni. Boleh aku dengar dulu dan hayati bait bait yang ada. Maklumlah, ni Juara Lagu. Bukan undian peminat gitu. Huhuhu.. Nanti boleh join 'kontroversi panas' bila keputusan dah keluar. Hahaha.. seperti biasa la kan ? 

Yeargh... dah dengar lagu lagu finalis. Memang dijangka akan PANAS PANAS PANAS ! Persembahan pun mesti gempak gempak ni ! Jauh beza dari final Gegar Vaganza ni ! Hahaha.. dan harap keputusan pun mesti di luar jangkaan nanti. Sila jangan main politik atau jaga air muka yer. Berikan pada yang benar benar layak di malam tu yer.. Huhuh.. 


Pilihan aku ? Hahahaha.. Aku tak tau sebab aku tak tengok persembahan separuh akhir. Persembahan juga memainkan peranan untuk bergelar juara. Tapi ada satu dua lagi menarik perhatian aku. Huhu.. Sapa ? Er.. cam Amir , Azlan , Zizi , Kaka , Wani , Ernie.. eh , semua ok la ! Hahahaha.. 

Tak pasal pasal aku dah tak sabar nak tengok final #AJL35 ni. Adoi la.. kacau tul ! 

 

You May Also Like

3 comments