Baru aku faham kenapa diorang pakai cermin mata macam tu !

by - Selasa, Disember 08, 2020

Siap dah spek jauh dekat tukar gelap aku. Buat kat Eyes Vision Group di Sungei Wang Plaza. Kos , RM400 jer untuk kanta. Dengan masalah silau aku, rabun...harga kanta gitu memang ok sangat ! Dah boleh baca buku dengan jelas gitu. Hahaha.. Jangan nak perli aih... korang nanti cecah 40 pun , sama gak. Tu pun kalau cecah.. Haa ! Bersyukurlah panjang umur. Huhuhuh.. 

Ok.. ketika aku nak pakai tu, terasa cam pening. Kau nak kena seimbangkan kanta tu ! Bahagian atas untuk pandangan jauh, manakala bawah tu untuk rabun dekat. Huhuh.. Bukanlah tak nampak bila dekat tapi kena amik jarak sedikit bila nak membaca huruf yang dekat dekat ni ha.. Huhuh.. 

Dan tau apa masalah dia ? Nah... bila guna spek gini.. kau tak boleh dah guna cam spek lain lain  ! Maksudnya, cara nak tengok tu dah berbeza. Spek tu kena rendahkan sedikit baru boleh nampak dengan jelas untuk pandangan jauh. 

Hahahaha.. Kira macam orang tua tua pakai la. Ala ala profesor dulu dulu laa..  Baru aku tau kenapa diorang macam tu. Hahaha.. 



Nak tak nak.. aku kena terima je la.. Atau kalau ada duit , buat pembedahan plastik  lasik. Haa, tak perlu sibuk dah nak pakai spek ! Huhuh.. Segalanya jelas. Cuma ada kekurangan sedikit la.. kata mereka yang pernah buat. Tu korang kena carik sendiri la apa sebab.. 

You May Also Like

4 comments