Beli emas bagus dah ! Simpan emas , bagus dah ! Zakat emas dah bayar tak ni ?

by - Khamis, Disember 31, 2020

 

Tu diaaa ! Ni emas pinjam untuk bergambar je ! Hahaha.. Bukan wife aku punya tau !Tak payah bernak rompak aku !   Tak berbaloi ! Haaa.. Tapi pemiliknya , yakni kawan aku.. memang suka beli emas. Katanya simpanan masa hadapan. Dan memang orang perempuan sekarang menyimpan emas. Er. sebenarnya dari zaman tok nenek kita lagi dah giler bab emas ni. Sememangnya aku akui walapun dulu agak berat nak terima ! Tak nampak akan kelebihannya sehinggalah Covid 19 memunculkan diri itu hari. Heheheh.. Timbul pulak rasa menyesal tak simpan jongkong emas dari kecil lagi. Hahaha..

Ok ok... Aku tau , korang memang banyak duit. Beli emas tu bagus dah. Tapi dah bayar zakat emas tak? Haa ??? Tak tau kena bayar ? Eh... ingatkan kena bayar zakat fitrah je eh ? Hahaha.. Zakat pendapatan tak layak nak bayar sebab gaji kecil.. eh ? Tapi emas boleh beli banyak banyak ? Owh... duit tabung gitu..




Tak kisah la apa pun alasan korang.. Emas dan Perak ni , jika korang ada buat harta , kena bayar zakatnya. Aku pernah nasihatkan seorang kenalan. Dia simpan banyak emas perhiasan ni. Tapi bila aku tanya pasal zakat emas , dia tak tau pun wajib kena bayar. Dia kata semua dia pakai ! Hahahaha.. Aku kata kat dia.. gi pusat zakat dan bertanya. Ingat.. harta harta kita ni leh jadi bebanan untuk kita di akhirat kelak ! Dan dia pun pergi laaa. Alhamdulillah... dia tunaikan kewajiban dia. Menariknya... rezeki dia berganda tahun ni. Makin  banyak pulak emas dia. Sapa kata kita muflis bila bayar zakat ? 

Jom tonton video dibawah ni dulu.. 


Sedutan infomasi dari laman sesawang Lembaga Zakat Selangor... 

Dalil Al-Quran:  “Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka kabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”  (Surah At-Taubah : Ayat 34)


Sabda Rasulullah s.a.w: “Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”. (Hadis Riwayat Muslim).



Kategori Emas  : 
  1. Emas Perhiasan Wanita - Iaitu emas yang digunakan untuk perhiasan badan wanita, perkakasan atau perabot sama ada digunakan sekali-sekala atau berterusan. Emas perhiasan wanita wajib dizakat apabila jumlah beratnya melebihi ‘uruf(adat kebiasaan). Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram (kadar uruf semasa).

  2. Emas Bukan Perhiasan - Iaitu emas yang dimiliki bukan untuk tujuan perhiasan sama ada dalam bentuk matawang, jongkong, tempa, barang kemas dan seumpamanya. Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan wanita. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram.

  3. Emas Bercagar - Emas yang digadai adalah milikan sempurna dan wajib dizakatkan setelah ditolak nilai pinjaman dan upah simpan.
Pelaburan Emas Fizikal Haram ? Eh... Camana tu ? Haaa... Jangan ingat  asal pelaburan emas , semua halal tau ! Ada yang haram di sisi agama juga ! Kena hati hati dan ambil tahu juga. Camana tu ? Meh sini baca... 

Pelaburan emas tanpa fizikal adalah tidak patuh Syariah ! Ini kerana ianya menggunakan nilai harga emas semasa sebagai sandaran pelaburan mereka kerana pihak institusi sebenarnya tidak memiliki emas secara fizikal.

Hukum pelaburan seumpama ini adalah tidak sah dan haram. Ia termasuk dalam kategori jual beli sesuatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli sesuatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya. Akadnya batil kerana tidak mencukupi syarat termeterai akad dari sudut kelayakan bertransaksi dan subjek yang diakadkan.

Segala keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan ini adalah haram. Jadi ianya tidak wajib dizakatkan.Walau bagaimanapun, modal atau pokok pelaburan adalah harta yang halal. Oleh itu, jika ia melebihi Nisab, maka zakat wajib dikeluarkan sebanyak 2.5% daripada jumlah modal tersebut.

Manakala dalam keadaan Akad Fasid kerana tidak mencukupi syarat sah / rukun jual beli , tetapi diakhiri dengan berlaku proses qabd (pindah milik), maka diwajibkan zakat ke atasnya kerana status pemilikannya adalah sempurna. Iaitu wajib zakat (atas kedua – dua prinsipal dan keuntungan) untuk transaksi yg akadnya fasid tetapi disertai qabd.


Amacam ? Faham tak ni ? Kalau tak faham , boleh je hubungi Lembaga Zakat Selangor untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai bahagian bahagian yang korang tak paham tu. Jangan buat buat paham kalau tak paham ! Haa.. boleh sesat jadinya. Heee.. 

Ok.. Camana nak kira zakat emas tu ? Meh.. klik je gambar di bawah ni.. Tapi kalau korang mudah pening cam aku ni.. Hee , aku lebih suka pergi terus ke Cawangan Pusat Zakat LZS yang berhampiran dengan aku. Aku kena bertentang mata baru boleh paham terutama bila melibatkan harta ni. Hahahaha.. Tak mo pendam dalam hati dan biarlah membayar dengan ikhlas.. gitu ! Heee..



Anda adalah HERO !! 

Jangan risau mengenai zakat anda itu. Setiap sen direkodkan dan dimanfaatkan sepenuhnya pada mereka yang memerlukan. Anda adalah hero mereka. Di kala pandemik ni, ramai yang memerlukan bantuan. Dan inilah tugas Lembaga Zakat Selangor. Mencari dan membantu meringankan beban mereka dengan wang zakat anda. 

Terima kasih pada anda ! Semoga zakat anda diberkati Allah. 



Ada banyak cara memudahkan untuk pembayaran zakat. Samada ke kaunter , atau juga melalui online. Segalanya dipermudahkan. Apa lagi alasan kita untuk tidak membayar zakat ? Semoga zakat anda diberkati Allah dan juga dimurahkan lagi rezeki.

Laman sesawang Lembaga Zakat Selangor : https://www.zakatselangor.com.my/zakat-emas/




Terima kasih buat Frontliners negara kita ! 






You May Also Like

2 comments

  1. Ya betul .. Dah beli emas banyak2 tu bawak2 la berzakat. Barulah rezeki berkat..

    BalasPadam
  2. Simpan emas tu bagus tapi nak lebih berkat, keluarlah zakat kan?

    BalasPadam