Best ke Avani Gold Coast Resort ,Sepang tu ?

by - Khamis, Disember 31, 2020

Aku sekeluarga ke Avani Gold Coast Resort, Sepang kelmarin. Mak aku ajak join adik aku sekeluarga. Ada bilik kosong. Diorang saja amik lebih. Aku join je la memandangkan takda apa apa perancangan. Lagi pun aku gi malam tu dan balik keesokkan harinya. 

Avani Gold Coast Resort , Sepang.. lama dah nak menginap kat sini tapi tak berpeluang lagi. Lagi pun dari rumah aku cuma amik masa 40 minit jer. Tak jauh pun. Tak terasa cam travel lak. Hahaa.. Dekat sangat. Lom sempat kentut abis, dah sampai. Eh.. hahaha.. Gurau gurau.. 

Ok..Sebelum ni aku pernah ke Pantai Bagan Lalang. Resort ni memang kelihatan cantik dari tepi pantai. Dan Alhamdulillah.. sebelum 2020 berakhir , aku merasa la gak semalam kat sini. Ternyata resort ni bukan calang calang resort ! Haaa..

Apa pendapat aku mengenai Avani Gold Coast Sepang ni ? 

Lokasi :  Menarik. Pantai yang landai dan sesuai untuk mereka yang suka main pasir.

Tempat parking : Ada parking valet. Kena bayar. Harga boleh tahan la gak. Tak nak bayar , parking kat luar hotel. 

Layanan Staff : Bagus. 

Bilik : Puashati ! 

Makan Pagi : Aku tak sempat nak makan berat sebab lewat masuk. Layan gym dulu. 

Kemudahan : Ada gym. Kolam renang. Kalau korang baru kawin , sini syok untuk honeymoon. Jalan jalan belah malam memang best dalam resorts ni. Kalau ttak nak makan dalam hotel , bersepah restoran makanan laut di luar hotel tu. Takda masalah bab makanan kat kawasan ni. 

Harga : Sejak bila harga hotel atau resorts ni tetap ? Hahahaha... Kalau beli online leh dapat murah. Walk in , memang berdarah la harganya.. Heee..

Permandangan kat sini bila matahari naik dan terbenam.. Memang boleh bikin jatuh cinta ! Tu jika cuaca cantik la.. Heeee... Kesimpulannya.. nyesal aku tak rembat pakej murah ketika PKP ari tu. Hahaha.. Dan aku akan kembali ke sini lagi.. sekeluarga. Sorang sorang tak leh la.. Kang bini suspek aku kawin lain lak. Hahahaha.. 







 

Singkat tapi dah mencukupi. Kalau nak duduk 3 hari 2 malam.. pastikan korang datang berdua.. Baru berbaloi. Kira cam honeymoon la. Kalau sekeluarga.. ok gak la.. kena cari aktiviti aktiviti menarik. Ketika aku gi ni , Sepang Red Zone. Aktitviti untuk keluarga terhad. Mandi kolam pun 30 minit jer. Kena booking dulu... Tak leh main terjah. Hahaha... 

Rajin rajin tengok pakej yang dijual oleh agen travel terpilih. Hati hati juga yer.. Risau kena tipu. Pastikan mereka berlesen dan baca juga review yang ada. Google juga mengenai agen travel tu gak tau.. heee.. 


You May Also Like

1 comments