Ibarat longkang tersumbat, begitulah badan aku ! Sebab tu aku ke My Physio & Rehab Centre , Kota Warisan ni !

by - Rabu, Disember 30, 2020

Kali kedua aku gi ke My Physio & Rehab Centre Kota Warisan Sepang ni. Bukan senang nak puaskan hati aku bila bab badan aku ni. Hahahaa.. Bila sesuai dan kena dengan cara , memang aku akan jadikan dia pusat sehenti aku. Hahahaha.. Maklumlah ,  usia bukan muda dah walapun rupa kelihatan muda. Hehehe. Mana taknyaaaaa.... aku gi gym sejak umur 22 tahun. Sekarang dah 44 dah usia aku. Berpuluh tahun gi gym tapi tak servis badan. Setakat urutan tradisional tu, bukan beri impak maksima pun. Huhuh.. 

Bayangkan.. badan aku ni macam longkang tersumbat ! Terasa otot tu macam sengal. Ngilu dan bila wife aku urut, banyak tempat sakit terutama belakang badan dan lengan. Asalnya aku ingat disebabkan otot yang membesar.. rupanya tidak ! Hahaha.. Adeh la... 

Setelah berpuashati untuk pertama kali , aku repeat untuk kali kedua. Kali ni aku nak fokus pada lengan aku. Masalah pada lengan ni ari tu dah hilang tapi kembali semula. Setiap kali aku main chest di gym. siku aku seolah olah tersangkut ! Tak dapat beri perfomance terbaik gitu. Ececece.. Tapi serius, sangat menganggu. Hilang mood aku nak workout. Maka aku abiskan masa tengok awek dalam gym je la.. Eh.  Hahaha.. Awek pun takda dalam gym.. Hahahah. Jantan je penuh. 

Yang kedua.. physiotherapy kat sini bukan biasyer biasyer yer ! Memang penuh pengalaman dan ilmu di dada. Walaupun perempuan , tapi tenaga cam sekawan gajah ! Haaaa.. Jangan coba coba nak main mata. Naya je nanti ! Hahaha.. 

Aku cakap je masalah aku.. dia tengok dan selesaikan. Untuk masalah lengan aku ni, deep massage tak mujarab sangat. Puan Amira , selaku perawat aku.. kasi Dry Needling. Teknik ni digunakan untuk mengurangkan kesakitan disebabkan oleh trigger point atau dipanggil muscles knot.

Kelmarin dia buat juga di belakang badan aku. Tapi aku tak nampak la camana rupa jarum dan cara dia buat tu. Hari ni , aku tengok sendiri dengan mata kepala aku. Depan depan. Tiba tiba rasa nak pitam tengok dia goyang goyangkan jarum tu ! Hahahaha.. Digasak gasaknya otot lengan aku macam tu jer. Erk... Macam tengok orang bersalin weh ! Hahaha.. Berpinar jap. Tapi aku control ayu. Apa giler abam sado takut jarum ! Hahahaha.. 

Sebelum tu.. kita layan gambar di bawah ni. Kalau nak ke sini, korang boleh je Waze terus My Physio & Rehab Centre , Kota Warisan. InshaAllah jumpa. Kalau tak jumpa , sila gi jumpa doktor mata dulu. 


Physiotherapy yang kelihatan lembut tapi macam Bruce Lee ! Diorang nampak je halus halus tapi bila buat kerja.. pergh.. macam melipat kain je weh ! Hahahaha. Bayangkan, aku belum selesai treatment, ada patient lain lak. Tak berhenti weh orang datang.. Tapi kena buat appointment la. Ternyata mereka menjadi pilihan untuk mendapatkan rawatan. 


Antara rawatan yang ditawarkan kat sini. Ada banyak lagi. Korang boleh dapatkan info lanjut di laman web mereka atau boleh whtsapp terus jer. Senang cerita ha.. Dan aku ke sana buat 3 ni dulu. Ternyata sangatlah memberi kesan. Tapi rawatan bukanlah sekali dua jer tau. Satu badan ke buat ..bukanlah sehari. Merangkak balik rumah nanti !! Haaa... 

Merangkak ? Maksud aku.. cam ari ni aku pinggang.. akan terasa sengal atau sedikit sakit selepas buat tu. Bukanlah sakit cam sakit berdarah atau kena belasah. Sakit dia cam sedap gitu ! Hahaha.. Rasa cam nak mintak bantal dan terus tidur situ. Haa.. Tu baru pinggang. Kalau dia buat satu badan ? Mau berumah tangga aku kat situ. Hahaha... 

Best ! Sangat selesa badan selepas sehari dua..









Bila korang tengok video di bawah ni... korang jangan takut ! Dia punya rasa cam semut halus singgah di bibir jer. Haa.. Tapi dia punya sedap rasa selepas tu.. Bayangkan tangan aku yang sakit dua minggu ni , dah lega selepas beberapa jam buat rawatan. Masalah aku ialah.. aku tak buat regangan sebelum workout ! Streching.. worm up dan worm down ! Terus belasah main. Otot terkejut beruk. Tu jadi macam tu. Huhuhh...


Nasihat aku.. kalau korang selalu guna badan korang tu dengan hardcore.. sibuk kerja hingga stress atau punya masalah dengan badan.. gi la fisioterapi. Jangan tunggu masalah tu jadi berat seperti tangan jadi kebas , leher sakit , tulang belakang bermasalah.. baru nak gi. Masa tu , memang dah berat dah ! Boleh rawat tapi banyak sesi la kena ulang pergi. Huhuh.. 

Dan aku.. memang nak pergi lagi. Nak buat sebelah kiri lak. Sebelah kanan dah selesai. InshaAllah dalam masa terdekat. Baru seimbang badan aku. Huhuh.. Mantap untuk beraksi 15 kali sehari. Ehhh ???


Whatsapp : 012-3183630

You May Also Like

7 comments

  1. Bila dipikarkan mmg betul apa Ben bgtau ni... Kena manjakan juga satu badan akibat stress kerja... Eirna yg x sampai 40 ni pun dh habis berbunyi krik2 satu badan.... 😁

    BalasPadam
  2. Menarik! Teringin nak cuba yang cucuk2 jarum ni, tapi risau pun ada... sebab masa Covid ni. Selamat ke? Huhuhu.

    BalasPadam
  3. Kena try gak la pegi sekali hehehe. Nak tgk camno

    BalasPadam
  4. Bagusla bjat phisio ni.. Tapi seram tengok jarum tu.. Hehehe

    BalasPadam
  5. Wah betul, sometimes we need to go to physio to straighten out posture and joints. I need that too coz i wear heels very often now i am having back pain.

    BalasPadam