Kenapa aku sorok muka wife aku di media sosial ?

by - Rabu, Disember 30, 2020

 


Ada yang pelik dan tertanya tanya.. Mengapa aku beria sangat sorok muka wife ? Pengalaman aku dalam dunia media sosial ni cukup membuatkan aku berhati hati. Maka disebabkan pengalaman lepas itulah , aku berhati hati bila membuat posting ke media sosial. 

Antara paling utama ialah keselamatan. Wife aku penjawat awam. Aku tak nak libatkan urusan media sosial aku dengan dia. Korang pun tau kan.. ada orang ni hati dia lain skit. Suka benar bila komen , sabitkan orang sekeliling kita. Yang takda kaitan pun , dia nak libatkan sama ! Nah.. ini cukup tak sihat.. 

Kebelakangan ni.. sikap membawang di media sosial memang tak terkawal. Sedikit tersasul , abis satu keturunan di selongkarnya ! Pakat pakat sebar dan bercerita dengan gembiranya. Sebab tu aku berhati hati. Bukan nak sorok pun. Takda apa nak disorokkan.. kan kan ? 

Nasib baik aku dah post gambar beribu.. kalau tak , mungkin muka aku pun akan diblurkan.. Huhuh.. Sekarang ni, segala tindak tanduk kita akan dijaga oleh 'malaikat media sosial.' Kena hati hati. Malaikat Media Sosial ni, gempak. Takda dosa. Orang lain punya dosa je dia nampak.. Huhu.. 

You May Also Like

4 comments

  1. Kannn .. betul sangat ni Ben. Ramai jer yang suka membawang tak kira tempat dan judge orang sesuka hati mereka. Takut pon ada dengan masyarakat harini. Mcm takde kerja lain .. Huhuhuhu

    BalasPadam
  2. indeed . sbb tu jarang2 afiq buat posting gambar dgn family . lebih nya pada makanan atau gambar hiking . bukan takat gambar je bahaya , share location rumah lagi lah one off benda bahaya .

    BalasPadam
  3. Yaa Ben, sama juga aku, tak kerap dan terlalu show off gambar Suami dan anak-anak..ada certain post aje.. dan untuk diri aku juga, tahun mendatang, aku nak limitkan tersiar muka aku di semua laman sosial.. takpe laaa kalau ada job terpaksa aku tolak, tiba masa untuk jadi macam MAT GEBU hahahaha.. janji apa yang kita buat mendatangkan kebaikkan buat kita dah keluarga kita..
    Yang dah terlepas beribu-ribu tu takpela.. harap tidak ada yang terlalu menampak aurat aku huhuhu..

    BalasPadam