Nasi Lemak Bumbung , tarikan santai sebelah malam di Petaling Jaya.

by - Khamis, Disember 24, 2020




Tu dia.... Posting FB dari sahabat aku , Azeril atau Bampul yang kebelakangan ni banyak melibatkan basikal dan makanan ! Hahahaha.. Thorbaek gitu.. Seimbang. Bersenam dan bedal makanan. Ok la kan. Banyak nampak perubahan fizikal dia. Makin bertambah segak dan bergaya. 

Aku kaki makan. Sesekali memang aku keluar makan malam bersama keluarga. Zaman bujang dulu, Petaling Jaya , Bangsar ni memang port aku makan di malam hari sambil mencari jodoh. Hahaha.. Tengok awek awek ranggi yang kebosanan duduk rumah. Heee.. Dulu laaa.. Sekarang tak dah..

Nampak cam menarik tempat ni. Kalau tengok di Facebook Nasi Lemak Bumbung ni , petang lagi dah ramai orang ! Haaa... Apakah sebab makanan atau saja saja nak lepak santai di sini ? Itu aku tak pasti lagi la. Aku tak rasa makanan kat sini lagi. Tapi berdasarkan selera sahabat aku ni... 



Kata Azeril di posting Facebooknya..  " Unique jugak tempat ni. Bampul first time mai makan sini, my kazen bawak. Its located at a back alley, kat Sea Park. Panjang betoi ‘restoran’ ni, probably dekat 150 - 200 meter panjang jugak la jalan cari meja kosong 😅

This place is famous for, well what else but its nasi lemak panas la. The food i wud say boleh la, sedap tapi takdak la sedap gila. But i just love the cool ambience. Restoran ni mmg ikut SOP covid, PDRM pun ada. Siap ada kipas2 kilang, lampu dan CCTV throughout the alley. So tak panas, tak gelap dan sangat bersih.

Bampul bagi 4 out of 5 ⭐️ "
 
Ahaaa... gitulah ! Dan jangan lupa patuhi SOP bila berada di sini. Oh ya.. jangan merokok pulak yer walaupun di tempat makan terbuka gini. Walaupun tak kena saman, tapi hormati orang lain juga. 

Lokasi :  Jalan 21/11B, Seapark 46300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

You May Also Like

2 comments