Selangor teruskan PKPB sehingga 2021 !

by - Isnin, Disember 28, 2020


Termenung. Seperti yang dijangkakan. Selangor dengan masalah kepadatan penduduknya , memang payah nak putuskan rantaian Covid 19. Tak pasti bagaimana kerajaan negeri dan persekutuan bekerjasama menanganinya.. Soal politik di negara ni mendahului rakyat. Realiti. Nak kata apa dah ? Kena terima je la. Nak membantah pun , mampu jerit kat media sosial jer. Lebih dari tu ? Heee... sendiri mau paham je la. 

Sekolah bakal bermula pada 20hb. Nasib baik aku dah beli segalanya secara online. Pakaian dan juga kasut. Senang skit. Nak bawa anak anak gi mall untuk try satu satu memang tidak la. Mungkin ada yang nampak remeh bab Covid 19 ni tapi bila orang yang kita kenali tiba tiba terbaring atas katil hospital dengan alat bantuan pernafasan , terus terasa betapa rapuh kita sebenarnya.

Kes positif di Selangor memang dah dijangka akan tinggi disebabkan jumlah saringan yang memang ramai. Maka tak hairan la beratus setiap hari , kes positif akan beratus punya. Kalau beribu tu, memang dah layak dah Selangor dibuat PKP ! Huhuh... 


Bila PKPB diteruskan , aku kesian kat wife . Tak dapat kami nak balik Kelantan. Perancangan, sebelum sekolah bermula.. kami nak balik sekejap. Tapi dek kerana aku sekeluarga dari zon merah , aku tak nak la merisikokan mereka di Kelantan. Sabar je la kami buat seketika. Tak pe la.. 

Melancong dalam negeri ? Huhuhu... Nakkkk tapi.. tapi... huhu... korang pun tahu kan apa dah jadi sekarang. Masing masing dah jadi pembawa sekarang ni , dalam sedar tak sedar. Nampak sihat tapi tak. Bila check , rupa rupanya... positif. Masa tu dah terlambat dah.. Berantai rantai dah ! Wujud kluster baru. Huhuh.. 

Nak tak nak.. aku sekeluarga.. jika takda hal penting , memang duk diam je la dalam negeri. Bukan tak teringin tapi tak sampai hati nak tambah beban para frontliners. Yang ada sekarang ni pun dah 'tak terlayan'.  

Nasihat aku.. fikir panjang la sebelum nak bergerak ke zon lain... kalau kita dari zon merah ! 

You May Also Like

2 comments