Tamat sudah pengajian Zahra di Tadika Arina , Putrajaya.

by - Selasa, Disember 22, 2020

Alhamdulillah..tamat sudah pembelajaran dia di sana. 2 tahun dengan pelbagai kenangan terindah. Dia memang suka gi kelas. Nak bangun pagi pun happy jer. Seronok ada kawan katanya. Cikgu pun baik. Manja dengan cikgu. Cuma dia sedikit kurang nak fokus di kelas sebab suka bermain. Dia macam aku jer.. Hahaha... Imaginasi tinggi. 

2 tahun di Tadika Arina Putrajaya , banyak aku dapat lihat perubahan pada diri dia. Setiap kali balik dari tadika, cara dia berbual dengan aku macam dah matang orangnya. Tapi selepas beberapa jam di rumah.. kembali jadi kanak kanak.. hahahaha.. 

Bab pembelajaran.. sejujurnya aku tak nak tekan sangat. Memadai dia kenal huruf, boleh membaca , mengira dan paling penting.. belajar adab !  Tu yang aku nak dia belajar dan kenal. Belajar adab.. hormati orang tua.. hormati guru.. hormati ilmu ! Apa guna pandai kalau takda adab kan ? Haaa.. 

Masa PKP ari tu pun, diorang belajar online dari rumah jer. Cikgu yang ajar pun begitu komited. Maklumlah, masing masing nak anak murid berjaya , kan ? Dia pun kasi komitmen untuk belajar. Senantiasa bersedia di depan kamera.



Salah satu yang ketara jadi amalan dia. Hasil didikan di Tadika Arina. 

Dua dua anak aku ni, bekas pelajar Tadika Arina, Putrajaya.


Mamat kat bawah ni aku masih pikir.. Nak hantar ke tak dia ? Masih berkira kira lagi. Dok fikir perjalanan rutin harian tahun depan. Abang sekolah pagi.. kakak sekolah petang. Fuh , aku lak.. dah ada syarikat travel nak diuruskan ! Aktiviti blog lagi.. Huhuh... Tapi memang aku nak hantar gak dia sebab nak dia belajar berkawan dan kenal dunia. Ni asyik terperap kat rumah jer.. Huhuh.. 

Korang rasa camana ? 


Untuk pengetahuan korang , Tadika Arina sedang membuat pengambilan untuk tahun 2021. Kalau korang yang tinggal area Putrajaya dan sekitarnya seperti Bangi dan Serdang mahupun Sepang, boleh la antar anak kat sini.. 

Jutaan terima kasih buat Puan Arina dan juga guru guru di Tadika Arina. Semoga Allah berkati anda semua. 

Jika berminat , boleh hubungi mereka di https://linktr.ee/TadikaArina .

You May Also Like

2 comments

  1. Kalau boleh tadika pun bagus juga, untuk belajar bersosial dan berkawan. Walau pun kelas online tapi ada gak rutin belajar setiap hari. Dapat gak tengok muka cikgu & kawan kawan walau tak keluar rumah hehe

    BalasPadam