Bersenam dah tapi payah betul nak hilang lemak ! Guna je MMX Amino Shred ni !

by - Isnin, Julai 12, 2021

Sebelum guna MMX Amino Shred


Memiliki badan sado bukanlah impian aku. Hahahaa.. Aku tak nak la tahap berketul ketul tu. Payah nak jaga. Memadai je dapat badan ala ala atlit walaupun bukan atlit. Nampak kemas dan jitu. Eh.. hahaha.. Walaupun sekadar duduk di rumah , sebagai lelaki kacak.. kita kena jaga penampilan kita agar isteri kita tak getar jiwa mereka bila melihat pelakon Korea ! Haaaa... Kan kan ? Hahaha.. Aku gurau je. 

Segalanya untuk kesihatan. Tapi alang alang dah bersenam, nak la nampak keberhasilannya , kan ? Tapi masalahnya ialah bersenam dah tapi payah betul nak hilangkan lemak lemak di bahagian perut terutamanya. Pinggang tu satu hal lagi.. Orang kata love handle ? Haaa.. Stress tengok tu !

Tak susah sebenarnya. Haahaha.. Dan dan kata tak susah eh ? Tapi betullah.. Korang kena jaga makan dan bersenam ikut rutin yang betul.  Fokus pada pembakaran lemak ( kardio) dan bila part bersenam u, kena fokus lebih skit pada bahagian yang kita nak hilangkan... Ini khas untuk mereka yang dapat bentuk badan yang lean ! Tapi awas !! Penjagaan makanan tu amat penting sekali. Gula, garam , minyak , lemak dan sebagainya. Bersederhana. 

Faktor umur pun memainkan peranan. Kalau bawah 30 an tu , metabolisma tinggi. Kebanyakkan la. Maka mudah untuk membakar kalori. Bagi yang tak beberapa nak tau fungsi metabolisma ni, boleh baca kat SINI yer..

Ok.. ada yang tanya aku bagaimana aku jaga badan ?  Sejujurnya tak la jaga mana pun. Nak kata cantik pun jauh sekali la. Tapi dengan usia aku skang ni yang mana aku dah jaga sejak dari umur 20 an lagi , ok la kan ? Ada la sesekali memboroi dek kerana wife lahirkan anak. Terpaksa fokus pada keluarga dulu. Bila dah besar anak , baru boleh kembali jaga badan. Utamakan mereka terlebih dahulu. 

Haaa.. lebihkan protein semulajadi. Fiber tu penting juga tau ! Ayam , ikan , telur mesti ada dalam diet harian. Sayur pun. Manakala buah buahan , aku buat  dalam bentuk cecair. Aku buat jus detox jer. Senang nak kasi kat anak anak juga. Alhamdulillah. Dan bagus untuk buang toksin dalam badan. Kalau nak kurus, part ni kena amik tahu yer..

Dan suppliment tambaha yang aku amik ialah MMX Whey Protein. Dah bermacam macam jenis whey protein aku cuba. Tapi yang MMX Whey protein ni memang sangat sesuai dengan aku. Whey protein ni banyak kegunaan dia. Jangan ingat untuk besarkan otot je tau. Haaa ! Ramai salah anggap part ni. Kang ingat asal nak sado jer, amik whey protein. Huhuhu.. Boleh baca kat artikal aku yang lepas ni.. Baca Whey Protein Mampu Turunkan Tekanan Darah Tinggi


Haaaaa... Bagi mereka yang dah bersenam tapi payah betul nak hilang lemak tu... aku leh cadangkan satu produk ni. Aku dah cuba beberapa jenis fat burner yang ada di pasaran. Kesan sampingan yang aku sering rasa ialah sakit kepala yang amat sangat ! Sangat tak sesuai yer ! Haaaa.. 

Kemudian satu hari ni.. aku mencuba satu air tin yang dijual di gym. Setiap kali aku gi , aku beli setin air yang kononnya boleh kasi shred ! Haaa.. Pertama kali tu aku nak cuba dan terus tertarik. Maka setiap kali aku ke gym tu, aku beli. Memang ada nampak kesannya sebulan dua selepas tu ! Aku pun mencari info mengenai produk tu. Dan kemudian aku dapati kandungan yang ada dalam produk tu, sangatlah bagus ! L-Carnitine ! Pergh.. aku tak tau pun pasal menda ni. 

Dan menariknya , aku tak sakit kepala langsung dan bacaan tekanan darah pun normal jer. Maka aku berkeyakinan L-Carnitine ni sesuai aku amik selepas bersenam. Banyak kelebihan pada mereka yang bersenam ni yer. Boleh baca mengenai L-Carnitine dan apakah ada kesan sampingan ? Boleh rujuk di dua artikal ini.. 

Rujukan untuk L-Carinitine : 


Ok.. 2 minggu ni aku guna MMX Amino Shredd dari Nutrion Pro ni. Tapi bukanlah aku amik hari hari yer. Aku amik 3 kali seminggu. Ikutkan dari aturan dia, sehari tu nak kena amik 3 kali baru menjadi ! Heee.. 





Kelebihan MMX Amino Shred ialah satu satunya gabungan pembakar lemak tidak meransang dengan asid amino yang sesuai untuk mereka yang inginkan badan yang lean. Amat sesuai digunakan selepas latihan bagi mengoptimumkan pemulihan otot juga. 

Kandungan BCAA di dalam MMX Amino Shred ini mampu meningkatkan metabolisma seterusnya membakar lemak secara semulajadi. Kandungan 2 dalam 1 ini menjimatkan. Tak perlu nak beli berasingan dah. 

Dan pastikan pasangan dia ada juga yer ! Kang kurus je.. tak cun lak ! Guna MMX Whey Protein juga untuk pastikan pemulihan otot yang cukup maksima agar dapat bersedia untuk sesi latihan yang lain pulak. Kalau tak, nanti keletihan dan otot pun tak sihat. Sesuai untuk lelaki dan perempuan yang nak turunkan berat badan. 

Tak susah pun nak minum. Satu scoop jer dan campurkan dengan air suam sebanyak 200ml-300ml. Kemudian shake guna shaker. Hehehe.. senang ! Ambil 3 kali yakni pagi selepas sarapan, selepas belatih dan selepas makan malam.  Ada satu perisa buat masa ni iaitu Epal hijau yang sedap !

 
Korang boleh dapatkan MMX Amino Shred ni dan juga MMX Whey Protein di web rasmi Nutrion Pro. Juga boleh dibeli melalui  Shopee and Lazada. Boleh juga terus ke outlet Nutrition Pro yang berhampiran anda. Rujuk Senarai Outlet Nutrion Pro.

Instagram  Nutrion Pro : https://www.instagram.com/nutritionpro.my/

You May Also Like

2 comments

  1. menarik nie tapi tu la nak diet pun berat bangat..haha

    BalasPadam
  2. aku kena ambik kot sebab semakin berusia kadar metabolisma kita memang akan jadi semakin rendah. tu yang lamberttt jer nak kurus

    BalasPadam