Drama Gegar Vaganza 8 berterusan !

by - Isnin, Januari 17, 2022

 

Minggu lepas aku tonton GV8 ala ala jer. Kenapa ? Sebab dah tau sapa bakal terkeluar. Dan betul pun ! Semalam , aku tonton pusingan separuh akhir GV8. Melihat pada muka muka yang ada , memang dah boleh tau la sapa yang bakal terkeluar. 

2 orang terkeluar. Abang Shidee dan Ani Mayuni. Aku tak sempat nak tengok Shidee nyanyi. Tapi Ani Mayuni , bagi aku.. dah berikan yang terbaik. Takda rezeki. Adibah Noor pun.. Suki Low. Aku tak tengok sebab dah tau diorang bakal ke final. Cuma yang aku tak puashati hati ialah.. lagu lagu untuk diorang bawa ketika di final terutamanya Adibah Noor ! Kenapa lagu dia macam... bukan untuk kasi dia menang gitu ! Haaa.. Lagu tak da umph gitu ! 

Dan lagu lagu untuk Azan Screen.. memang lagu dia boleh makan. Ok la.. Cuma macam tak adil untuk penyanyi lain gitu. Aweera tu bagus. Ada gaya. Ada aura. Tapi aku kurang berminat dengan bunyi 'mat salleh' dia tu. Tak nampak gaya dia sendiri menyanyi. Belajar dari Amy Search. Identiti sendiri. Baru padu.

Oh ya.. komen Bunda.. Bunda ni memang suka penyanyi tarik tinggi tinggi eh ? Hahaha.. Kalau korang perasan la.. dia mesti nak suruh jerit punya ! Kalau mendatar , bagi dia cam.. biasa jer. Dah boleh jangka apa dia nak komen. Padahal penyanyi Indonesia ramai  yang sedap sedap  tanpa perlu jerit tinggi pun. 

Tarikan semalam... nasib baik ada Amy Search ! Terus terasa semacam punya daya tarikan. Penuh bisa lagi walaupun sudah berusia ! Harap undang dia nyanyi untuk final nanti. Baru Peeewittt ! 
Aku sokong kenyataan Aznil Nawawi ! 



Apa pun.. good luck untuk semua. Terima kasih pada Astro dan penganjur yang sudi up semula penyanyi penyanyi lama untuk mereka kembali bersinar ! Drama tu, biasa la kan. Nak cari makan. Baru best ! Hahahaha.. Tak suka.. leh tonton berita jer. Kisah benar berskrip. 

You May Also Like

2 comments

  1. Hahhaa... drama GV oklah boleh layan lagi

    BalasPadam
  2. Hebat Astro. walaupun dah masuk ke siri 8, saya langsung tak pernah tengok Gegar Vaganza ni sejak siri 1 . hahahha. tahu pasal update gegar vaganza ni pun, sebab Ben duk update

    BalasPadam