Jangan sesekali pandang ringan bab makan malam !

by - Jumaat, Januari 21, 2022

Wife terpaksa cuti hari ni. Sejak awal pagi semalam, dia diserang angin. Perut jadi kembung dan pinggang jadi sakit. Punca ? Skip makan malam ! Alasan, penat nak makan atau diet ! Aiyooo ! Diet bukanlah tak makan langsung. Ramai masih tak faham. Malam ni penting untuk kita makan ! Tapi makan malam ni bukanlah kena makan banyak banyak. 

Sampai ke petang dia sakit. Akhirnya aku paksa dia ke klinik. Pagi tu dah ajak tapi dia tak larat. Aku paksa dia makan skit. Dia kata takda selera. Nasib baik ada Very Good ! Aku bancuh dan beri dia. Dia minum. Senang. Perut terisi sedikit. Jangan dibiarkan kosong walaupun kita tak sihat. Kena makan juga. 

Di klinik, doktor kata memang angin. Ini kali kedua dia ke situ. Doktor beri dia amaran ! Jika buat lagi perangai begini, dia boleh dapat GERD atau perut berlubang ! Dalam erti kata lain, dia boleh dapat kanser ! 

Aku nak kata apa dah ? Selama ni bebel dah tapi dia ada je alasan bagai. Ni dia baru je berhenti minum kopi susu yang dibeli kat Starbuck tu haa.. Dia kata tak manis dan kalori rendah. Sekali baru baru ni, check glukosa.. nah, naik melambung tinggi berbanding aku yang dah masuk 3 minggu amalkan oats. Cantik je bacaan dan paling best , berat badan aku turun 2 kg ! Aku cuma amik oat pagi dan malam. Tengahari , aku makan je nasi. 



Dan satu lagi.. bila makan malam, elakkan makanan yang pedas pedas ! Bahaya sangat ! Di kala muda ok la lagi. Bila usia tu dah lebih 30 an , jangan diamalkan. Sangat sangat tidak sihat. Kalau teringin sangat , makan untuk rasa je dah la.. Kalau boleh elakkan.. elakkan je.

Bukan apa.. kalau kita sakit, bukan kita boleh bangun pastu terus gi klinik. Kita berperang dulu dengan kesakitan. Silap silap , kena angkut dengan ambulan ! Dalam pada tu, tahu kan yang ahli keluarga kita akan turut bersengkang mata untuk jaga kita ? Haaa.. jangan ingat kita sakit , kita tak susahkan orang yer..Tu belum lagi bab duit ! Kos perubatan.. sekarang ni sangatlah mahal ! Jika kita kaya raya.. ok la. Kalau nak harap insuran pun, bukan semudah tu. Banyak prosedur gak nak lalui. Sebelum masuk dan sebelum keluar! 

Jika boleh elakkan.. kenapa tak elakkan ? Amalkan gaya hidup sihat ! Esok nak gi Aeon... Cari buah dan sayur untuk bikin jus. Asid dalam badan tinggi.. banyak makan protein ! Jangan main main yer.. Mati memang mati.. tapi sebelum mati, jangan susahkan orang ! 



You May Also Like

3 comments

  1. Betul tu.. bila dah masuk 30-an, makin senang nak sakit. Tak boleh salah makan sikit...

    BalasPadam
  2. perut berlubang... ingatkan dulu2 orang tua kata main-main je...

    BalasPadam