Hadiahkan anak anda dengan Komik Abu Nuwas !

by - Isnin, Disember 22, 2014

 

“ Hadiahkan pendidikan , kesannya berkekalan ! “ .

Ada benarnya juga ! Asyik belikan mainan atau permainan video .. Terasa membazir lak.. Nasib baik Qhaliff lom reti membaca. Teringat sewaktu aku kecil dulu.. ayah aku  rajin bawak aku gi ke pesta buku dan komik berpendidikan begini sememangnya sasaran aku ! Tapi baik aku kumpul dari sekarang .. Bila dia dah tahu membaca , pastinya koleksi buku buku ini akan jadi miliknya .. dan adiknya jugak ! Heeehee..

Ok , komik Abu Nuwas karya AhmedFani ni bersiri. Pastinya menarik untuk dijadikan koleksi untuk bacaan sekeluarga. Kualiti kertas , lukisan dan gaya bahasa yang mudah difahami membuatkan aku tertarik untuk berkongsi dengan korang semua.

Komik Abu Nuwas – Kisah Kisah Alaf Baru #1

Tertarik dengan kenyataan di dalam gambar di atas..

“ 100% keuntungan jualan komik ini akan digunakan untuk membiayai program-program kebajikan.Khusus untuk meningkatkan tahap pendidikan anak yatim , fakir miskin , asnaf dan yang kurang berkemampuan. “

Maknanya , jika kita membeli .. secara tidak langsung kita telah menyumbangkan bantuan dalam bentuk kewangan pada mereka yang tidak bernasib baik..

Camana nak membelinya secara online .. Mudah je ! Klik SINI. Harga baru RM13 jer pon .. Tak la mahal mana sangat.. Kertas , lukisan berkualiti.. Boleh simpan untuk jangka masa yang amat lama ! Berbaloiiiiii sangat !

Sebaik baik hadiah.. hehehe ..

InshaAllah , akan memberi manfaat buat anak anak kita .. satu hari nanti !

www.projekiqra.com | www.abu-nuwas.com| www.fanikatun.com

You May Also Like

7 comments

  1. Bagus komik ni..sebab komik macam ni akan memberi pendedahan kepada kanak2 mengenai kisah zaman Rasulullah dan para sahabat..Bole jd kan bed time story.. =) Baca msa dorg nk tido..

    BalasPadam
  2. besnyer ben.. boleh beli untuk anak-anak akak ni ..

    BalasPadam
  3. Abu Nuwas la Ben...
    Abu Nawas tu lain dah jadinya..hehe..
    Anyway, tq 4 your support on Projek Iqra' :-)

    BalasPadam
  4. @E Y C H A heehee.. Abu nuwas ni adaptasi dr cerita abu nawas - Hikayat 1001 mlm..

    BalasPadam
  5. Dh order pun...tertarik dgn cara penyampaian & ilustrasi yg berwarna...

    BalasPadam