Teluk Kemang : Destinasi percutian hujung minggu !

 

Anak anak boring di rumah ? Jom beriadah di tepi pantai !

image

Wahhh.. Terkejut aku melihat perubahan Teluk Kemang yang terletak di Port Dickson , Negeri Sembilan ni .Er , kali terakhir aku ke sini , 20 tahun lepas.. hehehehe.Masa tu  , seingat aku kawasan Teluk Kemang ni biasa biasa jer.

Tapi hari ni , Teluk Kemang berjaya membuka mata aku ! Waduh.. Pasni , setiap minggu confirm ke sini la jawabnya.. Yelah , Teluk Kemang dari rumah aku cuma dalam 40 minit je gitu.. Tak jauh mana pon la kan ? Heheheh ..

image

Bersih pantai dia.. Terkejut gak aku.. Huhuuh.. Tempat makan ? Perghhh.. banyak woooo ! Pilih je mana nak makan ! Huhuhuh.. Tak sangka aku , sini menarik sekali untuk beriadah bersama keluarga.

imageimageimage

Panas ? Jangan risau.. Sewa je tapak khemah ni.. Ada banyak harga.. Kena pandai pandai tawar.. Boleh dapat hingga RM25.. hehehe ..

imageimage

Aktiviti pantai , memang meriah ! Ada banyak pilihan.. Asalkan bawak duit jer.. Heehehe.. Kalau nak jimat , tengok je la… hehehe … sambil makan pisang cheese ! Huhhhu..

imageimageimageimage

Tak nak main kat pantai , boleh main kereta atau motor khas untuk anak anak kecil atau jom berkuda .. hehehe ..

image

Pastinya , Teluk Kemang tidak akan mengecewakan anda punya la ! Sini juga ada resort untuk disewa .. Apa lagi kan ? Esok cuti lagi .. jangan bazirkan masa dengan lepak di rumah jer.. Bawak anak anak atau ajak kawan kawan jenjalan kat sini .. Heee…

2 ulasan:

  1. As'salamualaikum Abg Ben, setuju.....!!
    Teluk Kemang mmg menarik untuk aktiviti santai bersama keluarga.
    Tiap sabtu malam minggu ada pasar malam. Best!
    ** tak sangka terserempak ngan Abg Ben tadi kat PD. ** ;)
    Lupa lak nak minta sign autograph td. Huhuu~

    BalasPadam
  2. Eh sejak bila ada signboard laluan tu. hahaha lama gak la x jejak sini

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009