Giliran aku di hospital lak..

by - Sabtu, Julai 09, 2016

 

Seminggu sebelum Syawal menjelma , ayah aku mengadu sakit perut.. kembung perut katannya. Akhirnya sebelum Syawal ari tu , aku ngan adik beradik hantar ayah ke hospital. Dan sakitnya bukan kecil.. Doktor kata paru-paru berair.. 1 Syawal , ayah jalani pembedahan kecil. Sehingga kini , 6 botol air digunakan.. semua penuh dengan air dan sedikit darah.. darah mungkin dari kesan luka pembedahan..

image

Raya ke 4..  aku punya giliran jaga lak.. Ari tu kan balik Kelantan. Kesian kat wife. Lama tak jengok orang tuanya.. Lagi pun aku dah janji dan sepanjang Ramadan ari tu , aku berbuka dah di rumah orang tua aku. Berbuka sambil ziarah diorang.. Ziarah ni , bukan bila dah sakit baru nak tengok.. masa sihat tu la kena rajin rajin gi .. Kasi semangat skit.. kan ?

Aku tak jumpa doktor lagi. Nak tau progress ayah aku camana.. Setakat ni , dah 6 botol air digunakan untuk keluarkan air dari paru paru dia ! Hurmm.. 

Untuk pengetahuan.. ayah aku dulu ada kanser berpunca dari rokok. Dan dia menyesal sangat dia merokok ! Walaupun di zaman muda , anak anak nasihat.. dia tak nak dengar.. Hurmm..

Sayangkan rokok atau sayangkan keluarga anda ? Fikirkan la..  Nasihat aku pada perokok di luar sana..

Ingat keluarga tersayang. Bila anda sakit gara gara rokok , anda tak terus mati yer.. Anda dimasukkan ke dlm wad. Bukan sehari dua..Tapi lama jugak yer.. Bila dah jadi gitu , sapa nak jaga anda di wad ? Harap bini? Kerja dia cmna? Cuti ? Anak anak ? Tak kesian tgk nak bini kena g spital hari hari ? Kalau yg bujang.. Harap mak jaga ke ? Kalau kawan kawan tk dpt lawat , sentap.Tp bila kawan kawan nasihat , pandai lak marah..

Jgn pikirkan diri anda saja.Ramai terlibat bila anda sakit. Tu belum kos perubatan termasuk pembedahan.Jangan ingat bila insuran ada , semua ok dah..

Jaga kesihatan sebelum kehilangannya.

You May Also Like

3 comments

  1. Mak SA dh sebulan kat IJN...komplikasi selepas bypass,paru2 berair jugak...dh tebuk 2 kali...masih x ok lagi..x tau la sampai bila boleh ok...paru2 mak langsung x kembang

    BalasPadam
  2. betul. better mencegah dulu sebelum merawat. moga ayah cepat sembuh..

    BalasPadam