Ketagihan nikotin : Rokok atau e-Rokok / Vape ?

by - Khamis, Julai 28, 2016

 Dulu , aku antara orang yang anti rokok. Tak nak amik pusing kenapa dan mengapa mereka memilih vape atau e-rokok berbanding rokok sebenar ! Kelmarin , aku ada pergi sertai satu pembentangan satu kertas kerta mengenai e-rokok atau vape ni. Apakah benar e-rokok atau vape ni merbahaya pada perokok dan juga orang ramai ?

image

Ada beberapa info yang menarik perhatian aku. Antaranya , Mereka merokok adalah kerana mereka sudah ketagihan nikotin dan nikotin tidak merbahaya sebaliknya bahan campuran yang terdapat di dalam rokok itulah yang merbahaya ! Menurut info , tiada lagi perokok mati kerana nikotin !

image

Hurmm.. perokok yang bertukar ke e-rokok dan vape adalah kerana mereka ingin berhenti merokok. Ok , aku bicara mereka yang serius nak berhenti. Bukan mudah nak berhenti merokok kerana meraka sudah ketagihan nikotin ! Menaikkan harga rokok menyebabkan mereka mencari alternatif baru seperti rokok yang diseludup. Rokok seludup ni amat merbahaya. Kandungannya tiada pantauan. Ayah aku salah seorang mangsa rokok seludup. Dia dapat kanser lidah !

Disarankan jika nak bertukar ke e-rokok atau vape ni amiklah yang punya kandungan nikotin yang tinggi. Ini kerana nikotin yang tinggi membuatkan rasa ketagihan tu hilang. Kalau tak hilang , dia akan berulang ulang kali hisap !

image

Ok.. kalau vape dan e-rokok tidak dibenarkan hisap , mereka akan kembali ke rokok ! Maka , mana lebih baik ? Rokok atau ??? Dua dua tak baik ?? Memang la.. aku tau tapi sekarang ni isunya mereka nak berhenti merokok. Dari mereka amik rokok haram atau terus merokok ?? Haaaa..

Isu bau atau asap tu , adalah sikap ! Mereka yang melepaskan asap di tempat awam tu , memang tidak wajar sama sekali ! Tapi tu isu lain. Kita tau ramai yang benar benar nak hisap e-rokok dan vape ni adalah sebab nak berenti merokok. Yang nak poyo , berlagak , tunjuk macho tu , isu lain .. ok ?

E-rokok atau vape merbahaya ? Boleh meletup ? Ok .. ini pun isu lain… Isu kualiti dan juga keselamatan penggunaanya seperti juga menggunakan telefon pintar. Ada kes juga telefon pintar meletup kan ? Adalah disebabkan bateri. Ok ..isu lain ! Isunya , bagaimana kita nak membantu perokok mengurangkan ketagihan nikotin seterusnya berhenti merokok !

Apakah kita nak tengok orang tersayang kita terus merokok ? Apakah alternatif yg kita atau mereka ada untuk mengurangkan ketagihan pada  nikotin ni ? Bukan mudah untuk berhenti serta merta ! Ada yang demam atau sakit. Ini kerana mereka dah merokok bertahun lamanya ! Bukan mudah !!

Hurmm.. Maaf ! Aku bukan mengalakkan mereka hisap e-rokok atau vape ! Sekadar memberitahu atau berkongsi pendapat. Aku anti rokok dan juga anti mereka yang vape di tempat awam !

You May Also Like

4 comments

  1. Syukur aku boleh berhenti merokok segera. Kena ada sokongan moral dari org tersayang itu sebaiknya.. kesungguhan.

    BalasPadam
  2. Ada ubat untuk berhenti ketagih rokok dimana kandungannya ada nikotin. Pendapat saya jika guna ubat berhenti ketagih rokok tersebut adalah lebih sesuai.


    P/S: Tambah pendapatan lumayan dengan UBER. Cara daftar >> http://www.uber.hebahkan.com/2016/03/bagaimanakah-cara-mendaftar-untuk.html

    BalasPadam