Salam Aidilfitri 2016 : Suatu Pengorbanan Kecil Tapi Besar Buat Ku.

by - Rabu, Julai 06, 2016

 

image

Tibanya Aidilfitri , bermakna perjuangan selama sebulan telah berakhir namun perlu dipertingkatkan di bulan bulan mendatang. Aidilfitri membawa erti Kemenangan pada mereka yang ‘berperang’ melawan hawa nafsu , memperbanyakkan amalan tanpa kira waktu dan secara jujurnya , aku tewas.. Masih lagi tewas !

Namun begitu , aku bersyukur pada Allah.. telah datang pada aku satu petunjuk dariNYA yang memberi peluang sekali lagi pada aku untuk membetulkan arah tujuan hidup aku yang selama ini aku pohon dariNYA. Moga aku tidak sia-siakannya sekali lagi… kali ini !

Buntu.. Dan aku akhirnya membuat keputusan yang agak nampak ‘kejam’ tetapi aku punya alasan tersendiri kenapa dan mengapa ! Aku perlu lakukan walaupun ianya mencalarkan nama aku sendiri tetapi aku perlu juga adil dan saksama. Bukan mudah sama sekali.

Mungkin ada yang memandang remeh atau sengih.. Mungkin dia tidak berada di situasi aku. Apa lagi perlu aku lakukan ? Adakah yang berlaku pada hari ini kesimpulan untuk semua pengorbanan selama ini ?

Aku meneliti sedalam dalamnya.. Aku tersenyum. Kali ini aku perlu lakukan. Hurm… Aku tdak mengharapkan sesiapa memahaminya. Dari dulu hingga sekarang , sememangnya payah untuk memahami tindakan aku. Namun aku telah buktikan sedikit demi sedikit , apa yang aku lakukan dari dulu hingga kini.. ianya berbaloi !

InshaAllah..

Selama Hari Raya buat semua rakan rakan tersayang.. Teruskan beri sokongan pada aku dan blog ini.. dan aku akan terus menulis.

Maaf Zahir Dan Batin.

You May Also Like

2 comments