Perempuan.. Malu tapi mahu..

by - Jumaat, Oktober 04, 2019

Abis kerja aku ari tu di Sungai Wang , aku singgah di satu butik jam ni. Sini memang jual jam berjenama dengan harga mampu beli. Dah 2 jam aku beli kat situ. Hari tu, jam Qhaliff pun beli kat kedai tu gak. 

Lepas aku bagi jam pada Qhaliff , wife tanya.. Dia punya takda ke ? Hahahaha.. Nak jugak rupanya ? Tapi dia tarik balik kata katanya. Mintak aku tukar bateri jam lamanya. Memadai dah. Jimat ! Aku senyum jer. Yelah , 10 tahun kawin dah kot. Takkan nak guna jam lama ?? Aku memang nak kasi jam tapi dia tak nak. Tak reti nak jaga. Selalu letak merata rata.. Sebab tu aku tak belikan. Rantai tangan emas pun dah pernah cicir. Hurmm.. 

Aku singgah dan tengok jam perempuan. Staff tu tunjuk dua jenis. Aku kenal perangai wife aku ni. Takkan nak jam yang sporty dan menyerlah warnanya. Maka aku tolak warna yang bagi aku cantik dan amik warna yang lebih anggun dan kewanitaan. 

Tanya harga.. dia kasi harga kos dan sedikit untung. Aku senyum jer. Tak nak tawar sebab aku ada plan lain pasni di butik tu ! Hahahaha.. 



Tadaaa.. aku ingat nak suprise di rumah. Tapi cam tak sabar lak nak kasi tau yang aku dah beli jam kat dia. Yer , terpaksa pekakkan telinga dengar dia bebel ! Alaaa.. bukan selalu pun ! Dan harga pon mampu beli ketika tu. Tak salah kan ?

Di rumah... ececece.... dalam tak nak , tak nak dia tu.. tanya gak.... Mana jam ??? Hahaha... Pastu dia cakap cantik... Welll !

Nasib satu bini jer ada..

You May Also Like

6 comments