Sukan malam pembunuh senyap ? Gulp !

by - Selasa, Oktober 29, 2019

Baca artikal penuh di SINI  

Aku pasti sangat ramai yang tersenyum riang bila baca artikal ni. 'Share' jangan cerita lah ! Seronok wehh ! Ada alasan tak perlu bersenam di malam hari. Nak bersenam , siang jer. Haa , alasan baek punya ! Dan boleh sambung makan kaw kaw di malam hari sebelum tidur seperti ular sawa !! Huhuh..

Tak kisah la.. Masing masing punya badan. Tapi apa yang aku nak kongsikan ni bukanlah untuk menafikan cerdik pandai kesihatan punya orang punya pendapat pun. Rasanya macam perlu ditambah sedikit la.. Kalau tidak , alasan ni akan digunakan untuk mereka yang malas bersenam. Tapi akan habiskan masa di kedai makan ! 

Aku dah berusia 43 tahun. Yer , aku tahu.. nampak macam 33 tahun je kan ? Hehehe.. Aku mula berworkout di gym ketika usia 22 tahun. Masa tu , badan aku dah macam.. hurm... perut boroi semacam gara gara kerja sebelah malam , melantak nasi kandar ayam madu ! Fuh.. sekali makan sampai 2 ketul ayam !! Di malam hari lak tu ! Stress kerja katanya. Yang menyedarkan aku makin gemuk ialah baju melayu aku. Bila nak pakai , tak muat !! Masa tu berpeluh ketiak ! Sejak tu, aku mula bersenam dan jaga makan. 

Siang sibuk dengan kerja. Maka aku ada malam hari jer ! Stress di lepaskan di gym. Balik rumah , penat dan tidur nyenyak.  Yer , ada kalanya tak cukup rehat. Dan kena tahu, bila tak cukup rehat.. jangan sesekali paksa diri  di gym. Workout ala kadar. Kasi keluar peluh jer.

Pernah gak la aku tengok orang di gym. Kononnya nak jadi jaguh. Tunjuk hero. Pastu muntah kat luar pintu ! Ada yang nak pitam. Kenapa ? Tak tau kemampuan diri sendiri. Di gym , jangan tunjuk hero apatah lagi baru nak mula. Perlu tahu teknik dan disiplin. Jangan main belasah. Sama juga bila bersukan di luar ! Bila usia dah lebih 30 an , badan tak macam orang berusia 20an ! Atas padang bola tu.. ko berlari laju , walhal selama ni berjalan kaki jer.. tiba tiba kau bantai sprint ala ala Usain Bolt.. mau jammed jantung woiii ! Sesak nafas pastu tak tau nak buat apa.. terus rebah ! Pastu salahkan sukan malam lak ! Eh ??? 

Ada satu posting viral dua tiga hari lepas.. 

" Baru ini saya terbaca ulangan berita yang kurang tepat dan menggelirukan. Senaman pada waktu malam memudaratkan kesihatan tubuh badan manusia oleh Dr Zubaidi Ahmad. Saya kira ianya mungkin pendapat peribadi Dr Zubaidi memandangkan ianya tidak berasas dan bercanggah sama sekali dengan fakta sains dan kesihatan. Senaman pada waktu malam tidak memudaratkan kesihatan malah mempunyai banyak kelebihan dari aspek kecergasan kardiovaskular, kekuatan dan ketahanan otot, kelenturan serta ketangkasan. Seseorang perlu melakukan senaman, menurut “Physical Activity Guidelines” seorang dewasa perlu melakukan 2.5-5 jam senaman seminggu, bergantung kepada usia dan faktor kesihatan lain. Senaman berintensiti tinggi (HIIT) atau berintensiti sederhana bertempoh lama sesuai dan memberi impak yang tinggi. Di Malaysia, senaman paling sesuai dilakukan dalam suhu terkawal, waktu petang atau malam di mana suhu lebih rendah, dan kadar pencemaran udara berkurangan untuk mengelakkan permasalahan komplikasi suhu tinggi seperti “heat stroke” dan dehidrasi atau kekurangan air. Mengaitkan kematian mengejut dengan aktiviti bersukan adalah tidak tepat sama sekali kerana kematian berkait penyakit jantung bergantung banyak faktor internal dan eksternal lain. Lebih banyak kes kematian dilaporkan akibat tidak bersukan. Bagi sesorang yang berusia 40 tahun ke atas, saringan kesihatan tahunan penting untuk mengetahui tahap kesihatan seseorang, sekira mempunyai risiko kesihatan tertentu, senaman mampu mengurangkan gejala tersebut. Pastikan intensiti senaman tidak keterlaluan, minum secukupnya, kenakan pakaian/peralatan sesuai, suhu sekitaran tidak keterlaluan serta tahap polusi udara rendah.

Antara kebaikan senaman ialah mengurangkan risiko penyakit berkaitan sistem peredaran darah. Menurut Dr Zubaidi senaman boleh mengakibatkan darah tinggi dan penyakit jantung adalah tidak benar. Senaman antara lain mengaktifkan sistem parasimpatetik vagus yang mengurangkan kadar denyutan jantung rehat yang mana mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Sebenarnya kadar penyakit metabolik seperti obesiti adalah tinggi di kalangan individu yang tidak melakukan senaman.
Senaman menggunakan tenaga melalui pembakaran sumber tenaga utama seperti lemak. Kelesuan otot dan sistem saraf akan berlaku bagi akitiviti bergantung kepada intensiti dan tempoh. Lazimnya kelesuan pulih selepas rehat dan pengambilan makanan. Ransangan kelesuan adalah penting bagi adaptasi badan untuk meningkatkan faktor kesihatan yang disebutkan di atas. Kelesuan juga meransang pengeluaran serotonin dan kemudiannya melatonin di bahagian otak yang memberikan kesan mengantuk dan megurangkan tidur “rapid eye movement”. Senaman yang bertempoh lama terutamanya mampu meransang tidur yang berkualiti dan menyegarkan badan apabila bangun.

Senaman pada waktu malam tidak memudaratkan kesihatan sepertimana yang dinyatakan oleh Dr Zubaidi Ahmad. Tidak melakukan senaman sebenarnyalah pembunuh yang nyata!!!

Dr Ashril Yusof
PSSE, Universiti Malaya "

Nasihat aku... bersukanlah untuk menjaga kesihatan. Kita sakit , kita tanggung. Begitu juga bila bab makan.. Bersederhanalah..

You May Also Like

4 comments

  1. Sangat mengelirukan doktor bercanggah pendapat hahahhaaa...
    Tapi Mrs. A and the gang selalu jer...main netball malam-malam lagi best cuaca tak panas.
    Setuju dengan pendapat Ben yang tak bersukan tu lagi bahaya sebenarnya.

    BalasPadam
  2. ternampak juga pasal komen dr zubaidi tu, tu la rasa mcm pelik gak... apa yg ptg senaman nak tak nak kena buat, dan seblum buat kena la warming up dulu.... tak apa la sedikit asalkan senaman berterusan...

    BalasPadam
  3. Dulu pernah tanya soalan ni pd doktor. Dia kata xsalah. Tp kadang2 cara kita yg salah. Kena konsisten bersenam. Itu yg terbaik tak kira siang atau malam.

    BalasPadam