Exco, Adun Kelantan naik gaji ! Weeeee...

by - Selasa, November 10, 2020

Tu dia aih... Di kala ramai kehilangan kerja... yang di kota kembali ke desa.. dok garu kepala mana nak cari duit nak bayar hutang piutang.. tiba tiba ada berita bagus punya ! Gaji ada naik ! Hehehehe.. Alhamdulillah.. rezeki diorang. 

Ada yang kata Adun dan Exco Kelantan ni sebenarnya guna duit gaji diorang untuk tolong rakyat. Wah.. terbaiklah ! Tapi kenapa tak wujudkan satu elaun khas untuk diorang jer? Yang mana duit elaun tu khas untuk membantu rakyat. Maka dengan ini , gaji mereka tak la kacau. Boleh la kasi kat keluarga. Diorang pun nak hidup.. kan ? Faham... 

Dan katanya untuk selaraskan dengan Adun negeri negeri lain. Gituu.. Aku takda masalah. Jika diorang benar benar buat kerja... tak de amik 'projek tepi'  , maka sememanglah mereka layak. Gunakanlah tanpa was was.. 

Jika tidak.. fuh... jenuh nak menjawab nanti. Kan kan ? 


Harap dengan kenaikan ini , mereka dapat mengeluarkan lagi idea idea bernas bagaimana nak membantu rakyat Kelantan yang kehilangan kerja dan juga mengurangkan lagi kadar kemiskinan di negeri tu. Masalah air dan jalanraya tu , sedang diperkemas..katanya. Alhamdulillah. Peruntukan dari Persekutuan dah banyak kan ? Heheheee.. Terbaik. 

Semoga dengan kenaikan ini, mereka akan terus bekerja dengan lebih baik. Demi untuk rakyat dan juga negeri Kelantan. 

Positif betul pemikiran aku. Heee... Jangan positif Covid 19 dah la.. Huhuhu..

You May Also Like

4 comments

  1. Seperti penjawat awam, naik gaji naik gred maka lebih besar tanggungjawab bukan cuma lebih cakap yang bertambah. Begitu juga mereka, naik gaji moga lebih bertambah tugas yang digalas lunas sebaik-baiknya. Bukan untuk exco adun negeri Kelantan sahaja malahan untuk semua negeri.

    BalasPadam
  2. Macam tak caya Ben yang tulis ini positif sangat ayat tu 😛

    BalasPadam
  3. I love this post and the way you also thought of it before writing it down.

    BalasPadam
  4. semoga drp sumber yang mereka ada juga blh jalankan kegiatan ekonomi dgn rancanak, mereka beli rakyat juga utung.

    BalasPadam