Perlukah aku berbunyi udang untuk dapatkan bantuan juga ?

by - Jumaat, November 06, 2020



Selesai sudah perbentangan Bajet 2021 atau Belanjawan 2021. Satu per satu aku dengar. Manakah bantuan layak untuk aku yang bergelar blogger ni ! Bukan apa.. aku pun kena bayar cukai pendapatan untuk 5 tahun. Tahun ni , macam tak layak pulak nak bayar. Hahahaha.. Pendapatan terjejas sama sekali.  Zakat pendapatan pun, rasanya tak lepas gak nak bayar. Adehh..

Moratorium seperti yang diharapkan , takda ! Tapi boleh la buat rayuan kat bank katanya. Bukan apa.. aku ada komitmen besar untuk keluarga aku walaupun aku bergelar suri rumah. Huhuhu.. Tanggungjawab tetap aku kena pikul. Bukan lepas tangan woii ! Haaa..

Nampaknya kena gi bank untuk buat permohonan part tu. Aku juga terkesan dengan Covid 19 ni.  Sebelum ni boleh la juga survive. Tapi tak pe la.. Rezeki Allah luas. Aku dah cukup senang 10 tahun. Sekarang ujian untuk aku. Sedikit je pun. Jangan banyak mengeluh !!! 

Sekarang.. kena congak semula perbelanjaan di rumah. Nak kurangkan mana yang boleh dikurangkan. Sementara nak tunggu segalanya kembali pulih.. dah boleh kembali berbisnes.. InshaAllah. Aku bernasib baik la sebab wife penjawat awam. Kalau tidak ??? Terpaksa la aku buat bunyi udang tiap tiap malam... Huhuh... 

Oh ya.. SOP tu memang untuk rakyat je ke ? Takda la.. tanya jer... 

You May Also Like

2 comments

  1. TERKEJUT JUGAK AKU BILA BLOGGER OTAI PUN TERKESAN DENGAN PANDEMIK NI. SEMOGA TERUS KUAT DAN DIMEWAHKAN LAGI REZEKI BEN SEKELUARGA

    BalasPadam
  2. semoga dipermudahkan urusan Ben sekeluarga. Ramai gak yang bising pasal bajet 2021.
    Kebanyakan mengharapkan kerajaan permudahkan urusan dgn memberi Moratorium. Nampaknya tiada. Hanya diberi gula2 on-off. blhlah dr tiada apa.

    BalasPadam