Sambut ulangtahun perkahwinan dengan Hadji Ice Cream !

by - Sabtu, November 21, 2020


Setiap kali masuk bulan November, aku akan pening.. Kenapa ? Aku keliru. Aku nikah 20 ke 21hb eh ?? Apa yang aku boleh buat ialah.. buka kalendar tahun 2008. Tapi aku ada satu lagi masalah iaitu aku nikah 2008 ke 2009 ? Adui laaa..masalah tul aku ngan tarikh ni ! Nasib baik la harijadi wife senang nak ingat... awal tahun ! Huhuh..

Maka aku pun belek la handphone. Senang nak tau.. antara 2008 dan 2009.. mana satu tarikhnya jatuh pada hari Jumaat yakni hari cuti di Kelantan.. Dan aku dapat dah jawapan. Hehehehe.. Aku tenang dan diam. Nak tengok wife ingat ke tak lak. Biasanya dia yang lebih menjeling pada aku. Kononnya aku terlupa atau tak amik tahu la tu. Huhu.. 

Petang semalam yakni 20hb November 2020.. 

Jam 6,30 petang . Wife balik kerja.. Pastu sengih sengih tengok aku yang terbaring layan handphone. Aku saja wat gitu gitu jer.. Kononnya tak kisah la.. Eceh.. 

"Supriseeeeeeee" . Dia tunjuk kek dia beli !! Anak anak serbu ke arah dia. Aku masih lagi terbaring. 

" Tadaaa.. ibu beli kek ! " kaanya. Aku wat muka seposen..

"Suprise kenapa ?? Enibersi ke ??" tanya aku.

"Eh..ingat abang ? Ingatkan tak ingat..." kata dia.

"Ingat..tapi bukan hari ni.. esok haa.. (21hb) ." aku jelaskan pada dia.

"Apa lak 21hb..20hb laa..." dia mula bantah. Aku tau dah perkara ini akan berlaku. Awal awal lagi aku dah buat ulangkaji.

"Bukak phone.Tengok kalender. Tahun 2008 , 21hb November.. Hari Jumaat kita akad nikah." Yer... aku ingat hari je sebab hari Jumaat tu , Kelantan cuti. Hahahaa..

Dia pun bukak..

"Bang..kita nikah 2008 ke 2009..? " tanya dia..

Aku dah tau dah. Dia pun sama cam aku. Memang keliru pun tarikh pernikahan kitorang. Hahahaha.. 21hb tu akad nikah, 22, bersanding di Kelantan dan 29hb tu pulak majlis di sebelah lelaki dan 30hb , harijadi aku.. heee..

Tak kisah la.. janji dia dah beli kek dan aiskrim kegemaran aku. Yang memang akan aku cair punya bila tengok walaupun aku tengah diet ! Hahahaha... Ais Krim Durian ! Dan pertama kali aku makan dari jenama Hadji Ice Cream ni. Tempatan punya buatan. Dan memang sedap ! Hancur diet aku. Durian dia memang terasa laa... Harga pun berbaloi jer. 

Anak anak berebut makan kek. Aku tengok je la. Senyum. Alhamdulillah.. 12 tahun dah perkahwinan kami. Pejam celik pejam celik jer.. Hidup dalam keadaan sederhana. Bertolak ansur. Terutama dalam keadaan sekarang ni , sangatlah getir. Perlu ada persefahaman dan bijak dalam mengatur pelan perancangan masa hadapan. 


Sedap aiskrim dia. Dan kesedapan ais krim tu membuatkan aku terlupa.. aku dah kawin 10 tahun ke 12 tahun ? Huhuh... 

 

You May Also Like

3 comments

  1. Happy anniversary Aben dan isteri... semoga terus bahagia melayari bahtera pernikahan dalam rahmat dan kasih-sayangNya...

    BalasPadam
  2. Semoga bahagia selamanyaa.. Sedapnya aiskrim

    BalasPadam