Tolong benarkan kami sekeluarga menaiki kereta di musim PKPB ni !

by - Ahad, November 15, 2020

Masuk dah minggu ke 3 , PKPB di Selangor.. Ada 3 minggu lagi nak kena harung. Jika kes tidak menurun atau tiada perubahan, mungkin akan penduduk Selangor atau Lembah Klang , akan mulakan tahun baru... berPKPB ! Marilah kita berhuhu bersama sama.. 

Kesian kat anak anak. Diorang dah 'keras' kat rumah. Belajar online , buat kerja rumah , main bersama... bergaduh berjemaah semua dah ! Main gajet ? Mak diorang tak kasi. Kalau kasi pun , ada masa dia. Sejam sebelum keluar main badminton , malam sejam selepas belajar. 

Nasib petang petang , boleh bersiar siar di kawasan taman perumahan dan juga berbasikal. Tapi hari hari , di tempat sama pun boring gak kan ? 

Semalam , katanya MKN dah benarkan dalam satu kereta 3 orang. Wah... untunglah yang ada anak sorang. Boleh bersiar siar ke sana sini bersama kereta. Yang lebih dari sorang camana pulak ? Huhuh.. Budak budak ni ari tu, aku bawak naik kereta gi 7 Eleven.. tau apa diorang kata ?

" Wahh.. lamanya kita tak naik kereta... " kata si along. 

Tu dia... Kalau 3 minggu lagi.. silap haribulan pakat naik kereta dengan keluarkan kepala. Nak menikmati permandangan ! 

Aku harap... MKN atau kerajaan boleh benarkan satu kereta satu famili. Bukan nak pergi mall atau sebagainya.. sekadar nak keluar berjalan jalan. Dalam pada sama , kita boleh support PETRONAS.. kan kan ?

Jika budak budak ni terkurung.. aku pun ikut terkurung la. Maklumlah , aku kan suri rumah.. Duduk rumah , jaga anak jer... Huhuhu.. Nak keluar gi kerja. kerja takda ! Hahahaha... Padan muka aku. Nah.. duduk rumah, main selfie selfie je la.. 


Gambar aku tu kenapa ? Hahahaha.. Tekanan mental.. Lama tak antar anak gi sekolah. Ecece... antar anak ke , nak tengok cikgu cantik ? Eh... 

Oh ya.. nak cari side income tanpa modal ? Boleh baca kat SINI...

You May Also Like

4 comments

  1. dah lama tak makan kfc 😭😭 rasa gembira dah dilonggarkan syarat

    BalasPadam
  2. blh je nak jln2.. kak bawa 1 kereta, aben bawa 1 kereta.. haaa.. semua boleh keluar, jumpa kat satu tempat .. tapi berani ke nak bawa anak2 keluar tuuu?

    BalasPadam
  3. hahaha parah dah tu abg ben

    BalasPadam