Cara mudah untuk memanfaatkan Ramadan ini !

by - Ahad, April 11, 2021


 Aku terbaca posting ni di Twitter. Sangat berguna buat aku dan mereka yang nak memanfaatkan Ramadan yang bakal tiba kelak. Kita dah melalui Ramadan yang agak 'perit' tahun lepas. Satu yang tidak dijangka sama sekali kita akan lalui. Aku sendiri , hadapinya di Kelantan. Tersangkut di sana. Tak boleh pulang ke ibukota. Tapi rezeki buat sang isteri. Hahaha.. Bukan apa.. aku kan mencari rezeki dengan bergantung pada projek harian. 

Tapi tak pe la.. semua tu, ada hikmatnya. Betul.. memang banyak hikmahnya. Aku sendiri pun sebelum Covid 19 amat takut dengan keadaan dunia sekarang yang semakin lalai dan alpa. Aku rasa korang pun macam tu gak. Mungkin ada yang tak kisah.. ada yang mengeletar melihat manusia semakin jahil.. semakin berani.. malah ada yang makin seronok dengan dunia ni ! Astagfirullah Al Azim. Ampuni kami, Ya Allah ! 

Ramadan seberang jalan. Kita tau, semakin ramai orang susah di zaman Covid 19 ni. Ada yang kais pagi, makan pagi. Ada yang kais pagi , makannya belum  tentu ! Ada yang tak sempat kais , makanan dah terhidang atas meja. Mana satu aku ? Mana satu kamu ? 

Jika kita tergolong dalam insan insan yang beruntung... apa kata kita manfaatkan Ramadan ni dengan cara yang sangat mudah ! Camana ? Kita berinfaq ! Jika kita punya syarikat.. jika punya pekerja... ni masanya untuk kita ambil peluang ni ! Atau tidak sekali pun punya syarikat.. tapi berkemampuan.. kita cari rumah rumah kebajikan.. atau kawasan perumahan yang kita tau , mereka hidup bukanlah senang seperti kita.. manfaatkan ! 

Daripada Abdullah ibnu Amru RA, bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda: “Memberi makan dan memberi salam kepada orang engkau kenal serta orang yang engkau tidak kenali.” (HR Bukhari dan Muslim) 

Terbaca satu artikal posting di internet : 

Ada seorang pakcik ini, umur sudah dekat 75 tahun. Namun badan sihat, muka ceria dan rezeki murah. Apa saja yang dia nak, semua Allah mudahkan. Keluarga bahagia, cucu-cucu semua hafiz-Hafizah. Bahkan ada jadi Maulana besar di Seri Petaling. MasyaAllah.


Ada orang tanya, apa rahsianya? Pakcik itu pun kongsikanlah. Beliau beritahu;

Sebenarnya dahulu hidup saya susah juga. Kemudian ada seorang ulama pesan pada saya, selalulah jamu orang makan kerana Allah. Tanpa perlu suruh orang itu doakan pun, pasti Allah akan bagi rezeki yang luar biasa. Allah bagi keluarga bahagia. Allah tak bagi kaya tetapi Allah bagi senang. Semua yang kita nak, dapat.

Allah bagi umur panjang, fikiran tenang dari duniawi, akhirat jadi matlamat, tubuh badan sihat walaupun umur macam ni tapi Alhamdulillah masih lagi dapat keluar dakwah dengan orang-orang muda.” Katanya.

Itulah pengajarannya. Bila kita gembirakan orang kerana Allah, Allah akan gembirakan kita. Ada pula sesetengah orang yang kurang cerdik, kerana nak gembirakan manusia, dia sanggup cari mur ka Allah. Orang macam ini biasanya hidupnya semp1t dan tak tenang. Ini kerana nak cari redha manusia, sanggup dia abaikan perintah Allah.

Manusia yang cerdik ialah yang mencari redha Allah, walaupun di sana ada manusia tak suka. Allah pasti akan angkat orang sebegini dan memuliakannya. - Satkoba.bbn.my


Nah.. kita punya wang.. Kita punya masa.. Nak tunggu apa lagi ? Takkan nak tunggu malaikat maut depan mata baru kita nak kelam kabut derma harta kita ? Tak sempat dah masa tu ! Sementara bernafas inilah kita amik peluang. Sementara  ada masa inilah , kita manfaatkan ! 

Ayuh.. Kalau kita tak tau , kita bertanya. Paling mudah ialah beri makan pada orang lain jer. Bukan susah pun. Kita cuma perlu keluarkan sedikit harta kita dan ikhlaskan hati kerana Allah ! Bagaimana ? Korang boleh berinfaq melalui Projek LAPOWEY ini ! 



Semoga bermanfaat ! Ingat... Takda orang yang jatuh muflis dek kerana rajin bersedekah..












You May Also Like

2 comments

  1. Sama sama kita manfaatkan ramdhan yg bakal tibe ni InsyaAllah 😊

    BalasPadam
  2. Bulan ramadan dijanjikan pahala berlipat kali ganda..

    BalasPadam