Neelofa trending di Twitter lagi..

by - Rabu, April 28, 2021

Tengah pikir... 

Wahh... hangat betul penangan Hajah Neelofa ni yer. Ingatkan selepas kes langgar SOP tu, dah boleh reda dan netizen boleh rileks dari mengumpat bagai tapi tidak.. Heheee.. Gara gara sekeping gambar burger yang dikatakan diambil di Google, dimuat naik olehnya di Insta Story.. telah membuatkan Neelofa sekali lagi jadi perhatian netizen di media sosial. 

Ikutkan aku malas nak follow tapi cam menarik pulak isu panas kali ni. Katanya dia nak tolong settlekan kompaun RM50 ribu yang dikenakan pada peniaga burger , baru baru ni. Penjelasan ada selepas tu melalui Insta Story tapi netizen tidak mahu percayakannya lagi.. berdasarkan reputasinya yang lepas. Namun masih ramai bersangka baik dan menerima penjelasannya. 

Apakah benar dia nak tolong selesaikan masalah abang burger tu ? Bukan apa.. selepas kes abang burger tu, ada satu lagi peniaga turut dikompaun RM50 ribu dan peniaga tu rela dipenjara katanya. Takda duit kot nak bayar. Huhuh. Kalau aku pun , tak mampu nak bayar. Lagi pun masuk penjara, takda rekod jenayah pun. Heee..

Harapnya Neelofa pun sudi bantu la peniaga colek ni dan juga peniaga peniaga lain jika mereka turut dikompaun. Murah rezeki Neelofa. Alhamdulillah.. Bukan senang nak dapat selebriti yang bagus begini di Malaysia. Sejak berubah ni, lain macam aura dia. Kan kan ? Baguslah.. Ditambah lagi dapat suami yang baik. 

Rasanya Neelofa dah boleh buat satu  lagi pertubuhan NGO untuk membantu insan insan yang memerlukan terutamanya di Kelantan memandangkan dia menjadi ikon di negeri tu. Idea bagus ni.. kan kan ? Moga jadi kenyataan.. 


Selain Neelofa , ada juga insan lain sudi nak membantu abang burger ni seperti Caprice yang buka tabung bantuan. Huhu.. 

Ps : Nak letak no acc bank tak ? Maksud aku untuk bantu mereka ni la.. 

You May Also Like

2 comments