Tahniah Butik SELLECTION sempena Ulangtahun yang ke 3 !!!

by - Isnin, April 26, 2021

Teringat pertama kali aku ke Butik Sellection sebulan yang lepas. Ketika di sana, aku yang tak biasa masuk butik barangan berjenama begini agak kekok. Dulu biasa la ke Star Hill atau KLCC tu untuk cuci mata tengok barangan berjenama ni. Tapi mampu tengok dari luar je la. Segan nak masuk. Hahahaa.. 

Tapi selepas tu baru faham bagaimana Sellection ini mampu memikat pelanggan pelanggan samada melalui online atau pun offline. Malah ramai saja yang menjadi pelanggan tetapnya. Walaupun ketika Perintah Kawalan Pengerakkan (PKP) , mereka masih berjaya membuat jualan malah semakin meningkat lagi secara online menerusi Facebook, Instagram dan juga web Sellection.

Bagusnya, pelanggannya terdiri dari pelbagai lapisan. Malah selebriti terkenal, VIP, orang kebanyakan tak putus putus keluar masuk butik Sellection ini. Mereka berpuashati dan ada yang kembali samada melalui online atau pun offline ! 

Apakah rahsia kejayaan Butik Sellection ini ?

Kerjasama sepasukan dan juga suntikan semangat yang senantiasa dari pemilik butik Sellection ! Nah.. ini yang jarang nak aku dengar. Teamwork sangat penting. Jika pemimpin itu sekadar memberi perintah sebagai boss , memang out la bisnis ! 

Tapi jika sebaliknya... pemimpin turun padang dan turut bersama staff yang lain, insyaAllah... mereka pasti berjaya ! Itulah yang dilakukan oleh mereka. Sama sama dalam memperjuangkan perniagaan jualan barangan yang asli dan berkualiti dari luar negara ini.

Kejayaan datang bukan sekelip mata ! 

Menyingkap rahsia kejayaan Puan Rafidah yang membina legasi Sellection, beliau sudah pun melalui pelbagai fasa sebelum berada di peringkat yang selesa namun perjuangan belum lagi selesai ! Katanya ini baru permulaan. Masih punya misi malah jauh lagi dari KEJAYAAN ! pada 1 Mei 2021 nanti , genaplah 3 tahun pembukaan Butik Sellection di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Tu dia aihhh ! Semangat macam ni patut ada dalam diri tak kira dalam apa jua bidang sekali pun. Jangan cepat berpuashati dan mendabik dada ! 

Keratan tajuk artikal dari MSTAR yang menceritakan penghijrahan Rafidah dari Motreal, Canada  sejak 2014 telah membuka peluang kepadanya untuk memajukan perniagaanya sebagai personal shopper


Pengalaman hidupnya di Canada banyak mendidik beliau untuk menjadi ketua atau pemimpin yang baik. Senantiasa ceria walaupun dalam kekalutan. Beliau pernah melakukan empat kerja dalam satu masa termasuk menjadi pembantu hotel , tukang kemas serta pembantu dapur dengn pendapatan CAD$10 sehari sebelum mendapat pekerjaan tetap sebagai Software Tester di sebuah syarikat di Motreal. Walaupun dah ada kerja tetap, dia masih melakukan kerja kerja sampingan bagi mencari pendapatan tambahan Sebab tu aku tak hairan , orang sepertinya boleh berjaya malah boleh pergi lebih jauh lagi... sedikit masa nanti ! 

Antara cabaran beliau di Montreal ialah menjual mufin pisang yang mana resepi mufin pisang itu direkanya sendiri dengan menggunakan tepung bebas gluten. Bukan mudah untuk menjual mufin pisang di sana ditambah pula beliau bertudung , ada yang memandang pelik dan skeptikal terhadapnya. Namun itulah guru baginya. Mereka yang melalui pengalaman begini saja mampu melawan segala ujian untuk berjaya !

Hasil dari jualan mufin pisang itulah beliau melabur ke barangan berjenama. Dari situ timbul idea untuk menjadi personal shopper  apatah lagi video demo  mengenai pelbagai beg tangan di kongsikan di laman sosial mendapat sambutan dan berjaya mengumpulkan sejumlah pengikut. Ditambah lagi dengan perkongsian artikal mengenai dunia fesyen di blognya , menaikkan lagi namanya seterusnya mewujudkan Sellection ! 

Pada 1hb Mei 2018, secara rasminya Butik Sellection dibuka kepada semua rakyat Malaysia. Butik pertama milik Puan Nor Rafidah Khairuddin ini terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Pelbagai barangan berjenama  dari USA, Kanada , Eropah dijual dengan harga mampu milik malah boleh dibeli dengan bayaran ansuran !

" Saya menjual barangan ini kerana saya ingin memberikan peluang kepada rakyat malaysia yang ingin memiliki barangan berjenama dengan harga mampu milik. Saya juga mahu memberikan pengalaman istimewa kepada pembeli seolah membeli terus dari butik dan outlet. Walaupun saya seorang penjual, saya juga adalah rakan alam maya anda. 😊 Saya sentiasa menambah koleksi barangan dan cuba memberikan perkhidmatan terbaik agar dapat merealisasikan impian pembeli semua. Saya memiliki ramai pelanggan tetap. Alhamdulillah. " - Rafidah Khairuddin, pengasas Sellection.


Begitulah sedikit sebanyak mengenai Sellection dan  latar belakang kejayaan pengasasnya , Puan Nor Rafidah. Ianya mampu memberi inspirasi kepada mereka yang berjaya dalam bidang perniagaan. Tidak mengunakan marketing yang mengarut sama sekali ! Segalanya diusahakan atas pengalaman kehidupan yang jarang orang nak perolehi. Sangat mencabar ! 

Tidak lupa pada suaminya , Encik Abdul Hadi Wisman yang menjadi tulang belakang kepada beliau dalam perjuangan perniagaannya ini. Bermula di Montreal seterusnya di Kuala Lumpur. suaminya itu sering memberikan semangat kepadanya. Terbaik ! 







Untuk pengetahuan , Butik Sellection mengadakan live di Facebook dan Instagram setiap hari. Kena rajin masuk la kalau nak tengok barangan terkini dan juga tips tips menarik dari Puan Rafidah sendiri dan juga teamnya. Bagi aku berbaloi la kalau korang kaki handbag ni ! Hahaha.. Aku suka je tengok tapi adakalanya menjauhkan diri sebab tak tahan tergoda tengok beg beg untuk lelaki terutamanya Heheeee..

Sekali lagi.. tahniah buat Butik Sellection atas pencapaian dan ulangtahun ke 3 ! Buat Puan Rafidah dan suami , teruskan perjuangan sehingga SELLECTION mempunyai jenama sendiri dalam dunia fesyen. Aku bangga dapat sendiri duduk berbual dan mendengar sendiri pengalaman mereka dalam dunia perniagaan ini. Aku yakin, jika mereka di puncak satu ketika nanti.. mereka tetap seperti ini kerana mereka bermula dari bawah....bawah sekali dan tau, jika angkuh dan ego di dalam diri.. bakal membuatkan mereka jatuh ke bawah.. 


Tahniah, Puan Rafidah ! 


You May Also Like

15 comments

  1. Suka tengok design bag di Sellection. Banyak sangat pilihan dan puas hati. Bukan mudah nak berjaya dalam business ni tapi di mana ada kemahuan..di situ pasti ada jalan

    BalasPadam
  2. Tahniah.. Bukan senang nak senang.. Kagum dengan Puan ragidah tak pernh putus asa.. Beg tu semua lawa.

    BalasPadam
  3. husband and wife mmg complement each other kan . mmg respek lah tengok dia orang bisnes

    BalasPadam
  4. Terinspirasi baca pengalaman founder butik Sellection ni. Tapi bahaya masuk butik ni.. Daripada window shopping boleh jadi real shopping.. hahhahaha

    BalasPadam
  5. Terinspirasi baca pengalaman founder butik Sellection ni. Tapi bahaya masuk butik ni.. Daripada window shopping boleh jadi real shopping.. hahhahaha

    BalasPadam
  6. Selamat Ulangtahun Butik Sellection

    BalasPadam
  7. Tahniah Puha Rafidah. Kagum lihat orang kita berjaya camni. Pastu teringin nak beli handbabg berjenama kat sana 🤩

    BalasPadam
  8. disebalik kejayaan mesti ada ceritanya kan. best baca

    BalasPadam
  9. Orang yang kerja keras pasti berbaloi hasilnya. Suka effort dan semangat mereka

    BalasPadam
  10. Bangga ada orang Melayu kita berjaya macam ni. Tahniah Puan Rafidah dan butik Sellection.

    BalasPadam
  11. Tahniah Puan Rafidah dan suami. Tak lupa buat Butik Sellection
    Dah rasa experience beli handbag kat sini memang satu kelainan, staff friendly kita tak kekok. Enjoy shopping!

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah tahniah .. jd satu idola buat yanie untuk terus berusaha 💪 insya-Allah

    BalasPadam
  13. Lawa lawa koleksi beg kat Sellection

    BalasPadam
  14. Apa nama blog sis rafidah ek? Nak baca lah blog dia

    BalasPadam
  15. Sikit sebanyak kena ambik jugak aura kegigihan Puan Rafidah dan suaminya nih . Tak kisahlah kita dalam bidang apa tapi jangan pernah putus asa, jangan stop mencuba dan jangan kisah pada pandangan dan kata2 orang kepada kita terutamnya kata2 dan pandangan yang negatif. Tahniah Sellection kerana semakin dikenali .

    BalasPadam