Nak makan sedap tapi risau gemuk ? Cubalah ke EATSLIM LIFESTYLE !

by - Ahad, Januari 30, 2022

Ada duit tapi risau nak makan makanan mampu menaikkan berat badan dan paling menakutkan ialah... tak nak dapat penyakit ! Yaaa.. aku tau. Begitulah perasaan aku satu tika dulu. Tapi tak kira la.. tolak tepi semua tu ! Bila sakit, kita gi je klinik dan amik ubat ! Kan kan ? Tapi selepas kita tau kesan jangka panjang akan penyakit tu, barulah mula mengelabah ! Lebih lebih lagi bila saksikan sendiri kawan kawan tumbang dek kerana penyakit yang berpunca daripada makanan ! 

Sebenarnya , nak makan sedap ni , tak perlu banyak banyak pun. Adakalanya 3-4 suap pun dah cukup.  Sekadar lebih nak lepaskan keinginan jer pun. Bukan nak makan banyak banyak.. kan kan ? Pastu janganlah selalu. Jarang jarang makan sedap ni , menyeronokkan. Kalau dah selalu sangat, kesedapan tu cam dah takda nikmat ! 

Camana pulak nak makan sedap tapi duit takda ? Boleh je sebenarnya.  Nak makan sedap ni bukan semestinya kena deco deco makanan tu kasi sedap bagai. Bahan masakan tu penting.  Kemudian cara masak. Resepi tu boleh diubah ubah ikut selesa. Paling mudah pun , nasi putih dengan ulam. Pastu ada budu atau sambal belacan ! Fuh... padu ! Tapi nasi tu suku dah la. 

Sebenarnya bagi aku la.. nak jaga kesihatan ni bermula dari pemakanan kita. Bahan yang digunakan dan cara masakan tu paling utama. Cuma masalahnya ialah kepayahan untuk mendapatkan bahan mentah tu kan ? Dan jika ada pun.. kurang pasti akan status HALALnya.. kan kan ?

Baru ni... aku gi ke Selayang untuk ke satu premis ni. Kat situ ada jual produk produk makanan kesihatan samada untuk dimasak dan juga siap untuk dimakan terus ! Haaa.. nak buat tempahan pun boleh kat situ. 

Di situ.. aku teruja tengok bahan bahan yang ada dijual kat situ. Walaupun ada yang kata , kenyang ke makan macam ni ??? Sebenarnya kita kena tau.. kita tak perlu makan sampai kenyang untuk teruskan kehidupan pada hari tu.. kita cuma perlu makan ikut kalori kita dan juga tahap penggunaan kalori kita tu. Sebab tu kena tau berapa banyak penggunakan kalori kita setiap hari. Pastu baru reload semula. Haaa.. baru betul gitu. Bukannya tunggu sampai sangat sangat lapar , pastu makan tak hingat dunia ! 


EATSLIM LIFESTYLE bukan calang calang wooo pemiliknya. Pengalaman hidup dia membuatkan dia nekad untuk membuka EATSLIM LIFESTYLE ni bermula dari secara online seterusnya mewujudkan premis fizikal atas gesaan pelanggan setianya. Dan pada masa yang sama, terasa satu kewajiban baginya untuk membuat awareness pada rakyat Malaysia supaya menjaga kesihatan seterusnya menjaga makan minum mereka.. setiap hari ! Yang ni , korang boleh baca sendiri kisahnya di SINI

Apakah yang membuatkan bahan yang mereka jual ni berbeza dari yang lain ? Pertama... kebanyakkannya mereka buat sendiri ! Kedua, kandungan gula, garam, adalah terkawal. Maka tidaklah manis tapi tetap sedap ! Kalorinya pun rendah jer. Haaa.. aku dah rasa ! Terus termimpi mimpi sampai hari ni.. 





















Macam best kan ? Yer.. makanan  yang ada kat sini semua bukan suruh korang buat kenduri kendara pun. Ianya lebih pada nak makan sedap dengan menggunakan bahan bahan yang menyihatkan. Dan, tidak menimbulkan rasa bersalah sama sekali. Mereka yang ada diabetis , penyakit tekanan darah tinggi dan sebagainya, cubalah kawal dengan diet pemakanan yang seimbang dan betul. InshaAllah berkesan. 

Kalau korang perlukan khidmat nasihat mereka dari segi pemakanan pun, inshaAllah akan dibantu. Maklumat lanjut , korang boleh tengok di laman web mereka; 

Alamat : No. B-G-08, P8 Avenue, Jalan Sh 1/1, Selayang Heights 68100 Batu Caves, Selangor.
No Tel : 03 61278906 / 010 552 4025 / 0182909005
Waze : EatSlimLifeStyle

Tempaha untuk kek majlis pun ada ! Tapi sihat pun kek tauuu ! Haaaa...

You May Also Like

9 comments

  1. Tertarik menarik! Nanti nak try riang ria tu laaa
    Dekat je ngan area rumah Nina ni

    BalasPadam
  2. Bagusnya kedai ni.... Nak. Membeli pun tak ghiisauuu

    BalasPadam
  3. Wokeh., thanks ben. Nanti usha kot2 leh try

    BalasPadam
  4. Terliur tengok keto cookies. So biskut raya tahun ni beli biskut ni okay. Set!

    BalasPadam
  5. Best kat sini , boleh makan dessert tanpa rasa bersalah. Lagi satu Easlim ni sangat memudahkan kita yang nak cari bahan makanan yang sihat dan bagus serta kita akan di guide mengikut cara diet yang betul.

    BalasPadam
  6. Best kat sini , boleh makan dessert tanpa rasa bersalah. Lagi satu Easlim ni sangat memudahkan kita yang nak cari bahan makanan yang sihat dan bagus serta kita akan di guide mengikut cara diet yang betul.

    BalasPadam
  7. Best kat sini , boleh makan dessert tanpa rasa bersalah. Lagi satu Easlim ni sangat memudahkan kita yang nak cari bahan makanan yang sihat dan bagus serta kita akan di guide mengikut cara diet yang betul.

    BalasPadam
  8. Best kat sini , boleh makan dessert tanpa rasa bersalah. Lagi satu Easlim ni sangat memudahkan kita yang nak cari bahan makanan yang sihat dan bagus serta kita akan di guide mengikut cara diet yang betul.

    BalasPadam
  9. Wujud rupanya kek yang soleh dan solehah ya... serius lahhhhh sedap tuuuu.... jommm!

    BalasPadam