Aku ditegur oleh seorang perempuan di FB akaun yang satu lagi. Kalau aku spesis mata keranjang , pastinya aku akan melayan baeeekkkkk punya... Jangan tolak ikan kan ?
Tapi malangnya , mana ada awek nak tegur baeeekk punya di internet ni .. Cun pulak tu... haaa.. camanakah ? Hehehe.. Syukur , Alhamdulillah .. aku punya pengalaman dalam dunia internet ni..
Kalau ada perempuan yang cun tiba tiba tegur , maka periksalah profilenya.. Pasti akan ada yang ketara sangat kepalsuannya. Itu mesti akaun palsu.. Kalau pandai , mesti boleh pikir tak mana palsunya itu.
Sekiranya betul tu akaun dia .. Pasti punya agenda lain .. Nak jadi penipu besar ke.. Nak jadi penyangak ke... Ke nak jadi ibu ayam.. Haaaaaa.... Bukan apa , perempuan yang punya rupa yang cun dalam dunia maya ini , ada satu ego.. Ego yg mana dia tau dia punya aset yang cukup tinggi yang membolehkan 'semut' tertarik dengannya..
Ini bukan dilakukan oleh perempuan yang punya fizikal yang menarik sebaliknya lelaki pun begitu. Mengambil kesempatan pada perempuan-perempuan yang yang sunyi dan mencari teman hidup. Lalu syaitan-syaitan nilah yang akan datang , mengoda dan menipu mereka !
Dan seperkara lagi , awasi akun-akaun palsu di FACEBOOK . Gambar kita boleh dicuri dan digunakan oleh mana mana individu yang tak kenal erti dosa dan pahala...
Tutorial Tukar Facebook Navigation Bar Versi Yang Lama ! | Tanpa Terapung
" Wah ... kau dari mana?? ".
" Keluar dengan awek laa.. apa lagi .. ".
"Seronok benar kau eh.. Keluar ngan kekasih hati tu la yer.. ? ".
"Eh .. tak la.. ni awek baru .. !! ".
" Waduh.. bestnyaaa... kan ? ".
" Owh.. tentu sekali !! Kau ada ?? Takde kan ?? ".
" Tu la. aku tak mampu nak ada cam kau tu haa .. Syukur alhamdulillah , aku berjaya menjauhkan diri dari dosa dosa mendatang bila berpasangan begini .. Semoga aku terus berjaya menahan gelora nafsu serakah yang mana kenikmatannya hanyalah sementara sedangkan balanya seumur hidup .. Alhamdulillah. .aku mencemburuimu kerana tidak takutkan dosa .. Aku takut ya amaatt.. !!
" Pinjam kopiah sat.. "
Kehidupan ini satu perjalanan hidup si musafir ..
Walaupun tahu di mana akhirnya perjalanan namun ada yang gagal ..
Kompas diberi ..
Peta dibekalkan ..
Namun naluri menjadi pegangan ..
Perjalanan ini penuh liku-liku ..
Hanya yang tabah serta berkeyakinan pasti bertarung ..
Mereka yang lemah dan berserah , kaku di tengah samudera ..
Membiarkan diri dihanyut pergi ..
Perjalanan ini diberi dua kata peransang ..
Dosa dan pahala. .
Syurga dan neraka ..
Baik dan buruk ..
Realiti dan Fantasi ..
Perjalanan ini akan berakhir ..
Bila tiba masa berakhir ..
Maka bermula perjalanan sebenar ..
Syurga atau neraka ..
Menanti kita ..
Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14][15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28][29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42][43][44] [45] [46] ..
" Haa.. tu diorang sampai .. ". Wan bersuara. Jantung aku berdegup kencang.
" Assalamualaikum .. Hi Wan , Ben ...". Riana memberi salam. Adawiyah melemparkan senyuman padaku seolah olah memberi semangat pada aku. Semangat apakah ???
" Waalaikumsalam .. Ana .. Ben .. Eh , sori.. Ada .. ". Aku tersasul.Gugup punya hal.
"Rileks la Ben .. Belum mula dah mengelabah ??? ". Wan perli.
Riana dan Ada tersengih melihat telatah kami. Macam badut pun ada lak aku dengan si Wan Kembung ni.
" Haa , Ben.. apa yang nak disuarakan sampai antar hidup dan mati ni ?? Setahu aku kalau bab jiwang-jiwang ni , aku malas nak dengar .. Bosan nak berjiwang.. Hehe.. ".Wan senyum perli lagi.
" Aik ??? Mamat ni macam tau tau je aku nak bersuara pasal jiwang. Belum nak cakap tapi dah mula gitu responnya. Sahih dia akan menentang punya ! Jadi camana ??? ". Bisik hati aku.
" Ben ? ". Adawiyah memandang aku .
" Adawiyah ada baca blog Ben semalam ?? ". Aku tanya padanya.
"Tak de la pulak .. Kenapa ? ". Adawiyah menjawab.
"Riana ada baca semalam .. Dan ianya ditujukan pada Adawiyah inikah ? ". Riana memandang aku dan seterusnya pada Adawiyah .
"Ya... ". Aku mengangguk.
" Apa cerita ni Riana ?? Ben ?? Ben tulis pasal apa semalam di blog Ben semalam ?? ". Adawiyah tertanya-tanya.
" Ben meluahkan isihatinya pada seseorang." Wan menjawab.
Aku terkejut. " Mamat ni tahu ke ??? ". Aku kembali keliru. Apakah dia berpura-pura buat tak tau atau sengaja nak menyakiti hati aku dengan cuba memiliki Adawiyah ?
-SAMBUNG-
Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14][15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28][29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42][43] [44] [45] ..
" Haaa .. kenapa ? Awat muka cam tertelan siput sedut je ni ?? ". Wan tegur tanpa memberi salam. Kalau tang perempuan , siap buat langkah silat pulut lagi !
" Waalaikumsalam .. sila la duduk. Buat cam rumah sendiri.. ". Padahal kat cafe je nih. Aku buat muka selamba.
" Huih.. yelahhh.. Apa cerita nih sampai beria nak jumpa aku ni ? Ketat jee muka .. Pergh.. Ni mesti kes soal hidup dan mati ni .. kan kan ? ". Wan cuba buat lawak bodoh di saat aku tersangat serius ..
" Nak tanya skit kat kau boleh ? Kau ada apa apa dengan Riana ke ? ". Aku pandang tepat mukanya ..
" Eh , tentulah ada .. Dia kan awek kesayangan aku paling cun. Kenapa kau tanya pasal dia ? ". Wan jawab dengan muka machonya sambil hirup air sirap yang aku order tadi.
"Adawiyah pulak ? ". Sekali lagi aku tanya dia ..
Wan terdiam .. Dilepaskan straw yang berada di dalam mulutnya tadi.
" Hurm.. Kau suka dengan Adawiyah ke ?? ". Wan tanya aku semula.
" Wah... mamat ni nak main psikologi ke ngan aku ?? ". Bisik hati kecil ku..
" Kau dengan Adawiyah , ada apa apa apa ? Cuba cakap betul-betul dengan aku .. ".Aku tanya dia sekali lagi dengan nada serius.
" Yup.".Ringkas jawapannya..
"Ok .. aku nak berterus terang dengan kau. Aku kan panggil Adawiyah dengan Riana ke sini sekarang jugak. Aku dah sms diorang tadi. Kejap lagi , mereka abis kelas dan akan ke sini. Dan aku akan bersemuka dengan korang semua !! ". Aku pandang tepat mata Wan tapi hati aku berdegup dengan lajunya.
Aku tak tau la dari mana aku dapat keberanian sedemikian rupa. Seingat aku , kali terakhir aku bertindak tegas , pada pensyarah aku yang berat sebelah terhadap pelajarnya.
" Kalau gitu , kita tunggu diorang .. " . Wan tenung kembali mata aku dengan wajah yang serius kembali.
-SAMBUNG-
Kenapa aku bangkitkan isu ini ? Ada tak baca kisah blogger RARA ZICKRY ? Aku bukan nak kata yg tak elok pasal dia tapi ambil iktibar .. Sedang kita bernafas dengab elok tiba-tiba .... Korang fahamkan maksud aku ? Dan entri berunsurkan negatif adalah yg terakhir dan tidak apa sapa sapa tau nak padamkan , cmana ?
Fikirkan sebelum klik butang PUBLISH !
Apa nak jadi dgn budak-budak skg ni ?? Jangan bgtau ... Bgtau mereka.. hehe.. Merdekaa sangat eh ??
Bersama aku , si blogger imas.my dan hana ... Si mas nak buat gak .. nampak makin ramai serius berblog nehh..hehe ..
Mereka terlupa melihat ada insan yg lebih teruk diuji namun jauh sekali utk menyalahkan keadaan dan juga ketentuan Ilahi ..Terlalu byk contoh yg ada tetapi mereka 'terlupa' kerana asyik mengingati malangnya nasib mereka ..
Apakah yg berlaku sebenarnya ? Apakah salahnya sendiri ? Kembali ingat dosa dosa lampau.. Apakah yg pernah kita lakukan ? Bagaimana dengan kewajiban kita pada Allah,keluarga mahupun masyarakat sekeliling ?
Apa yg berlaku sebenarnya adalah satu dugaan dariNya. Kita sedang diujiNya dalam pelbagai bentuk .. Sewaktu inilah keimanan kita teruji ! Apakah kita benar-benar memahami tujuan kehidupan kita ?
Andaikata kita ini malang , cuba lihat mereka yg lebih malang dari kita ..Dekatilah Islam.. Hayatilah Islam.. Carilah keberkatan hidup... Jauhi dari segala dosa dan noda...
Tadi , ada seorang blogger berbangsa cina menegur aku di event Sony .. Dia kata dia baca blog aku .. Terkejut aku .. Yelah , blog aku berbahasa melayu 100% dan ada selitkan bab bab agama sedikit.. Jadi , bila ada yg baca tu bukan melayu ianya dah jadi satu penghormatan buat blog aku..
Katanya mmg follow dah blog aku .. Ni kali ke tiga la ada blogger berbangsa cina kenal aku.. Terharu dan bangga ..
Bagus atau tidak , biarlah mereka saja nilaikannnya ..
Cerpan , sambung nanti .. dan akan ada pengenalan utk siri baru..huhu.. telenovela plak..