Akan ku miliki hatimu itu .. (46)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14][15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28][29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42][43][44] [45] [46] ..

 

" Haa.. tu diorang sampai .. ". Wan bersuara. Jantung aku berdegup kencang.

 

" Assalamualaikum .. Hi Wan , Ben ...". Riana memberi salam. Adawiyah melemparkan senyuman padaku seolah olah memberi semangat pada aku. Semangat apakah ???

 

" Waalaikumsalam .. Ana .. Ben .. Eh , sori.. Ada .. ". Aku tersasul.Gugup punya hal.

 

"Rileks la Ben .. Belum mula dah mengelabah ??? ". Wan perli.

 

Riana dan Ada tersengih melihat telatah kami. Macam badut pun ada lak aku dengan si Wan Kembung ni.

 

" Haa , Ben.. apa yang nak disuarakan sampai antar hidup dan mati ni ?? Setahu aku kalau bab jiwang-jiwang ni , aku malas nak dengar .. Bosan nak berjiwang.. Hehe.. ".Wan senyum perli lagi.

 

" Aik ??? Mamat ni macam tau tau je aku nak bersuara pasal jiwang. Belum nak cakap tapi dah mula gitu responnya. Sahih dia akan menentang punya  !  Jadi camana ??? ". Bisik hati aku. 

 

" Ben ? ". Adawiyah memandang aku .

 

" Adawiyah ada baca blog Ben semalam ?? ". Aku tanya padanya.

 

"Tak de la pulak .. Kenapa ? ". Adawiyah menjawab.

 

"Riana ada baca semalam .. Dan ianya ditujukan pada Adawiyah inikah ? ". Riana memandang aku dan seterusnya pada Adawiyah .

 

"Ya... ". Aku mengangguk.

 

" Apa cerita ni Riana ?? Ben ?? Ben tulis pasal apa semalam di blog Ben semalam ?? ". Adawiyah tertanya-tanya.

 

" Ben meluahkan isihatinya pada seseorang." Wan menjawab.

 

Aku terkejut. " Mamat ni tahu ke ??? ". Aku kembali keliru. Apakah dia berpura-pura buat tak tau atau sengaja nak menyakiti hati aku dengan cuba memiliki Adawiyah ?

 

-SAMBUNG-

12 ulasan:

  1. hahaha ok tunggu next episode.hehe

    BalasPadam
  2. huwaaaaaaa
    semakin rumit kelumit cite nihhhh
    heeee

    BalasPadam
  3. fuhh. penat baca dari 1-46. dari kul berapa entah start tadi. haha. next please! =D

    BalasPadam
  4. Ntah ntah anon tu wan. Wan pulak minat ben dlam diam. Ciss wan kembunggg

    BalasPadam
  5. nampak mcm di wan tu mcm si anon yg selalu membaca je huhuhuhu

    BalasPadam
  6. wah abg beben...pagi2 dah wat sakit jantung...

    BalasPadam
  7. abg ben smbg lg.... excited ni...

    BalasPadam
  8. wahahahaha..x sabaq aihh..igt kan dah dah terlepas bnyk part..rupa nya baru 2...haihhh...cpt sambunggggggg....

    BalasPadam
  9. aikk! wan pun twu? jgn cakap anon tu wan n wan tu gay? hehehhe geliiiii~

    bgs bgs... smkin kompius dgn jln cte.. gud job abg ben.. =))

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009