Farm In The City , Seri Kembangan

 

Tercapai jugak hasrat aku sekeluarga nak ke tempat ni ! Dan lebih menarik lagi , pergi sebagai blogger ! Haaaa Kiranya dapat layanan istimewa skit.. Heee.. Tu bestnya jadi blogger .. Terima kasih Virtual Malaysia dan pihak pengurusan Farm In The City.

Ok ok .. Terus terang la kan .. Bukan sebab nak balas budi tapi aku lama dah tertarik nak pergi sini setelah diberitahu rakan aku yang di Seri Kembangan ada tempat menarik untuk beriadah bersama keluarga.

Hurm.. Sebenarnya la kan.. aku yang cukup teruja nak pergi sini ! Hehehehe .. Suka aku gi tempat gini berbanding dari tempat tempat cam theme park tu.. Aku lebih rileks dan enjoy gini ..

Ok.. apa ada dalam ni ? Perghh.. macam macam ada .. Dan banyak tempat rehat disediakan . Jadi takde la nak kelam kabut sangat.. Pokok pokok pon melindungi dari panas terik ..

Macam macam aktiviti dibuat dalam ni ! Memang korang akan penat dan enjoy punya !! Serius woooo .. Budak budak pon happy jer.. Dan takde pun bau busuk binatang .. Ada tu ada laa .. Tapi takde la ketara sangat sampai perlu pakai penutup hidung.. heee ..

Aku tak sempat amik banyak gambar sebab kena dukung Qhaliff ! Tak sempat jugak aku nak main dengan ular sawa tadi.. huhuhu.. Berpeluh dukung Qhaliff je aku .. hehe.. Wife pon , tak larat sangat nak berjalan lama tadi .. Balik awal kitorang .. hee..

Ok , camana nak ke sini ? Guna Waze , set ke Farm In The City , Seri Kembangan. Kalau takde Waze , pergi je menghala ke Giant Seri Kembangan atau pasar borong selangor .. Dekat belakang area tu jer .. Haaa.. Guna la waze senang .. hee..

Harga ? Aku terlupa nak tengok tadi.. Sorrryyyy .. Atas RM30 gak laa .. Rasanya aaa …

9 ulasan:

  1. lebih kurang zoo la ni kan.. :)

    BalasPadam
  2. Nampak menarik tempatnya... Boleh la singgah nanti :)

    BalasPadam
  3. burung2 kat situ jinak sangat!!! bila letak je makanan atas tapak tangan, berduyun2 datang. rasa nak kidnap sekor bawak balik hostel haha best2!! =D

    BalasPadam
  4. menarik! memang nak buat lawatan untuk budak budak tadika. thanks abg ben! terbaik la

    BalasPadam
  5. bleh pegi ni.. selalu g SK tp xpenah tau menda ni ada hihihi

    BalasPadam
  6. mmg best pun..dah beberapa kali pergi. sangat sesuai utk budak2 kenal binatang secara dekat :)

    BalasPadam
  7. waaa bestnya.. boleh pergi nanti

    BalasPadam
  8. Saya pernah tulis artikel tentang ini di utusan malaysia. http://www.utusan.com.my/utusan/Pelancongan/20130921/pl_01/Terokai-Farm-In-The-City :)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009