40 sen pun nak berkira ??

by - Isnin, Disember 22, 2014

 

Kali kedua aku singgah makan di kedai yang baru buka , berhampiran dengan taman perumahan tempat aku tinggal. Masakan , bagi aku memang standard orang melayu punya la.. Sedap !

Aku ajak makan situ semalam , sejurus tiba dari Gambang. Nak hilangkan penat dulu sebelum balik ke rumah. Pada mulanya aku nak tapau jer. Malas nak makan kat situ tapi wife ajak gak. Katanya sampai rumah nanti dah tak larat nak makan.. Penat sangat.. Aku menurut je la..

Aku order nasi ayam.. Untuk aku dan Qhaliff. Terpaksa tambah satu lagi sepinggan ayam sebab ayam untuk Qhaliff tu ada sambal dan kicap. Qhaliff nak kosong jer ..

Wife , amik nasi campur. Ikan keli , sayur dan tempe masak cili. Air milo ais untuk Qhaliff , milo panas dan nescafe ais untuk wife. Takde orang lain kat situ melainkan kami di waktu itu.. Hampir menuju maghrib. Kedai mamak berhampiran , penuh dengan pelanggan. Agaknya kedai baru ni agak tersorok sedikit. InshaAllah boleh maju lagi kalau mereka sabar dan kekalkan kualiti masakan sekarang ni..

Abis makan .. mintak adik tu datang kira. Adik ni peramah gak la orangnya.. Masa kali pertama datang beli 2 bungkus nasi ayam .. Dia amik masa 15 minit untuk siapkan sedangkan orang takde .. Dia dok bercerita pasal kedai yang baru dibukak tu.. Pastu cerita pasal kedai mamak yang di depan tu.. Cerita tak best la..Hehehe .. stendek laa bisnes kaannnn ..

Aku mintak adik tu kira.. RM27.40.. Aku tak kisah part harga tu tapi terkilan part dia tunggu aku keluarkan 40 sen ! Ikutkan harga yg aku makan tu tak la sampai gitu sekali ! Ini bukan kali pertama aku makan kat luar ! Aku confirm dia salah kira tapi aku malas nak pertikai.. Cuma sayangnya , 40 sen tu kalau dia sedekahkan jer ..pasti aku akan datang lagi ke kedai tu !

Bisnes makan ni sebenarnya paling mudah nak dapat pelanggan ! Jangan kedekut ! Biarlah untung sedikit dari rugi banyak ! Apa salahnya niatkan part sen tu sebagai sedekah ..

Teringat entri lama aku pasal makanan ni .. Sayangnya , payah nak jumpa kedai macam ni di bandaraya yang dikatakan cukup moden ini .. Hurmmm .. Baca sendiri di SINI dan jangan lupa tengok tang komen sekali ..

You May Also Like

2 comments

  1. Salam bro, bab makan jangan berkira bro, jadi darah daging, 40 sen jangan dipertikai, itu hak dia, lainlah kalau dia kata "...40 sen tk payah bang, sy halalkan!"

    BalasPadam
  2. @hafza salam ... Kalau nak pertikai, saya pertikai yg RM27.. Bukan 40 sen ! Sebabnya tak masuk akal makan sedikit tu , tapi harga sejumlah begitu..

    Dan .. Tujuannya saya ialah utk didik peniaga kecilan ini utk tidak berkira dengan pelanggan mereka terutamanya yg dah mula nak jadi pelanggan tetap .. Belajar utk tacke pelanggan.. Kalau 40 sen pon berkira , baik beli barangan kt pasar dan masak sendiri ! Maka , apa jadi dgn peniaga bangsa kita ni ?? Cari bisnes lain la kan ?

    BalasPadam