Salahkah beri anak anak gadget ?

by - Selasa, Julai 19, 2016


Gadget… aku merujuk pada telefon pintar dan juga tablet. Bukan permainan video game cam Playstation tu eh.. hehehe.. Aku tak pernah kasi kat anak anak aku main game.. Walaupun Qhaliff pernah mintak nak main PS4.. aku tak kasi ! Game memang boleh kasi gian ! Hurmm..
image
Ketiga-tiga ni aku punya.. Bukan aku punya.. tapi ‘orang’ kasi pinjam jer.. Guna je , katanya.. Hehehe.. Maka Satu aku bagi Qhaliff guna , Zahra guna satu dan aku guna la satu lagi.. Sorang satu ! Fuhhh… Giler laa !
Ada pakar mengatakan tak bagus kasi anak anak bawah 12 tahun gadget ni ! Aku setuju ! Kalau bagi pastu biar dia main sorang sorang , itu aku tak setuju.Sebaik baiknya bagi dan mereka duduk sebelah kita , kita pantau 100% .
Ini zaman teknologi moden. Aku sendiri pon serba salah kasi atau tak. Yang pertama.. mengikut pengalaman aku la.. kebanyakkan budak budak yang ‘diluar kawalan’ tu sebab takda pantauan sama sekali ! Kemudian diorang tak bersosial. Hanya main gadget tu jer ! Permainan lain tak !
Qhaliff dan Zahra . macam macam ada. Di rumah , mereka akan punggah permainan mereka.. Huru harakan rumah dulu.. bermain bersama hingga penat. Kemudian mintak susu dan tengok tv. Kalau tv dikawal oleh mak ayah , baru diorang mintak gadget ! Itu pun kalau aku ada rumah. Kalau takda , diorang jgn mimpi nak tengok tab sama sekali !
Secara jujurnya.. Qhaliff banyak belajar cakap omputeh melalui Youtube. Memang ada baik dan ada buruk. Terlalu banyak buruk dari baik sebenarnya Youtube ni. Takda kawalan ! Sebab tu kena pantau sangat sangat ! Jangan kasi lesen tengok sorang sorang .
Zahra.. kalau tengok abang dia main tab , dia pon nak. Kalau abang dia tak main.. dia pon tak kisah ! Mengikut si abang.. Mas anak tidur , memang nak main  tab dulu tapi…
“ No tab ! “ . Kata mak dia ! Aku senyum je.. Kalau diorang payah nak tidur , maka buat aktiviti.. cam main flash card.. Terus terang , aku banyak kali dah beli flash card. Memang akan hilang atau rosak. Kali ni kena jaga elok elok. Huhuh..
image
Bukan mudah nak besarkan anak anak di zaman penuh cabarann ni. Kita sekat mereka , mereka boleh jadi ‘jakun’. Kalau beri kebebasan , mereka boleh jadi ‘ Sazali’. Bagi yg berkemampuan , boleh jer hantar ke tempat asuhan yang bagus bagus.. cam HeGuru contohnya..  memang bagus ! Sediakan duitnya saja.
Satu lagi.. kalau kita biar mereka bersosial dengan teman teman di depan rumah, risau satu hal lak.. Kena culik ! Hurmm.. Dan zaman ni , mana ada dah diorang nak main permainan tradisional. Nak main bolasepak , padang pon takda ! Abis kawasan lapang dinaikkan shopping mall , rumah dan sebagainya. Dah tu ? Kat mana diorang nak main ?
Hurm… jawapannya , kena keluarkan banyak duit utk besarkan anak anak atau pindah je ke kampung yang sebenarnya kampung !
Sebagai Mr.Mama .. aku kena besarkan anak anak dan juga cari duit untuk keluarga ini. Satu cabaran yang amat memeningkan kepala aku. Tahun depan , Qhaliff dah nak dihanar ke taska. 5 tahun dah dia. Duit lagi.. fuh !
Sori.. lari tajuk.. Salahkah beri gadget pada anak anak ? Bagi kat anak anak ke , mak anak ke.. ayah anak ke .. selagi mana reti nak guna , tau nak berenti .. ok jer ! Mak ayah pun salah guna gak kekadang ! Kannnn ! Jangan dok salahkan anak anak jer ! Yang penting , pemantauannn.. pantauuuu ! Bukan bagi dan biarkan ! Tu pasal jadi macam macam kes.. termasuk kes kes yang korang pon tauuu !
Kerajaan juga perlu memainkan peranan ! Kawal harga taska ! Harga kekadang macam.. hurmm.. Taska milik kerajaan bukan semua tempat ada ! Kannnn ! Haaa ..
Semua pihak mainkan peranan ! Yang punya kepakaran .. bila buat ceramah atau bengkel , letak la harga masuk akal skit ! Bukan semua orang mampu pergi ! Sesekali , sedekah.. Nak kejar kekayaan pon , sampai bila kan ?

You May Also Like

9 comments

  1. saya juga sepakat kepada anak dibawah 12 tahun selayaknya tidaklah diberikan gadget, sebab masih banyak hal yang lebih penting diberikan kepada anak dibawah 12 tahun tersebut.

    mohon ijin follow blognya ya bang....follow balik ya.

    salam silaturahmi dan salam sehatserta ceria selalu

    BalasPadam
  2. tak slh asalkan ada had nya..jgn smpai biarkan ank sorang2 lain gadjet 24jam..smpai bnda lain pun xnk buat..

    BalasPadam
  3. tulah...bila baca pasal bahaya gadget ni, takut nak bg anak pegang tab atau smart fon. Tapi kalau tak bagi langsung, zaman budak2 ni mmg zaman teknologi..bila dah bagi, nak pantau, takut kita yang tak menyempat. Hmm....

    BalasPadam
  4. setuju. cm kawasan sy ni.. mentang2 la kawasan luar sana tu mostly org kaya.. yang biasa2 cm sy ni tkesan sekali. mhl2 belaka tadika pun. adoyainye pun..

    BalasPadam
  5. susah nak jawab ni.
    anak buah aku sama cam qhaf.
    cpat blajar bcakap dgn video kanak-kanak yg ada skang.
    tgk pada masa dan tempat jugak le nk bagi gajet pd diorg,
    sama mcm kita ler,
    perlu ke pakai gajet smpai lupa org sekeliling :)

    BalasPadam
  6. bawah 12 tahun better jangan beri main gadjet sangat. terdedah kepada kerosakan saraf. terlalu lama dengan gadget sahaja. boleh beri tapi dengan kawalan ibu bapa.

    dari segi kekerapan, apa yang dilihatnya dan lain2.. kalau asyik dengan gadget sahaja.. uihhh susah gini abg ben.. anak saya main hp hanya bila weekend bila saya balik.. dia nak tengok lagu kanak2. itu sahaja... selebihnya weekdays memang xlah..

    BalasPadam
  7. Anak-anak kecil zaman sekarang ni memang advance..sy sendiri mengaku silap sy y memperkenalkan gadget pd anak..sekarang memang dh mcm keperluan dh bg si kecil..takut pun ada.sekarang ni memang kawal sgt penggunaan gadget pd anak sy..dia masih boleh gunakan gadget utk belajar..kid mode on

    BalasPadam
  8. apapun gajet...yang penting jati diri iaitu panduan agama kita yang jadikan benda tu bermanafaat

    BalasPadam