Penyewa dari neraka !

by - Selasa, Oktober 01, 2019


Pagi ni , aku ditag oleh sahabat aku di Facebook. Aku tengok gambar sebelum membaca. Hurm... rumah dia terbakar ke ? Teruk betul tu ? Kemudian aku baca... Gulp ! Takkan kot ? Tapi tak mustahil kerana ianya pernah berlaku pada jiran aku. Cuma apa yang berlaku pada jiran aku tu, aku tak tau la tahap keterukkan tapi teruk gak la. Sampai tiles pun pecah pecah ! Huhuh... Sampah sarap yang dikeluarkan dari rumah pon bikin aku macam tak percaya.. Hurm..

Di Page Penang Kini , dimuatkan satu kisah yang menyayat hati ! Huhuh..

"Lokasi : Flat Bukit Gedong Bayan Baru
Date : September 2019

Sebelum ni dok tengok gamba viral rumah kotor jahanam disebabkan penyewa. Rasa macam tak logik sebab takkan la boleh kotor sangat. La ni dapat tengok sendiri ada manusia gila boleh buat rumah kawan kami teruk sampai macam ni. Total lost jahanam semua benda. Pening kepala oi bila nak start kemas tu. Mana nak mula!

Proses nak dptkan balik kunci dr penyewa pn bkn senang. Kene report polis untuk keselamatan dan upah peguam segala baru bg kunci. Klu tak buat keras mcm tu rumah dia. Dah la sewa tak bayar. Dah dpt kunci bukak2 pintu lagu ni. Haru betui. Satu rumah penuh sampah. "

Aku terkedu macam korang gak la ! Sebab tu la aku tak nak kasi orang sewa rumah aku walaupun aku takda rumah sewa ! Huhuh... Ada manusia , dia tau bukan hak dia dan dia acuh tak acuh jer bab menjaga harta orang ! Pedulik apa dia. Sebab apa ? Sebab dia ingat dia bayar.... 

Entah laa.. Pening kepala woi.. Sapa nak tolong mereka , boleh la beri bantuan kerana kos nak repair rumah tu bukanlah sedikit... Klik di Penang Kini tu eh..

You May Also Like

4 comments

  1. Ya Allah.. teruk beno nampaknya tu..

    BalasPadam
  2. Pergh!! Melampau betul perangai penyewa tu.. Tak patut betul buat macam tu..

    BalasPadam
  3. Ya Allah, perangai hoarder tahap gaban penyewa tu. Gelilah pulak

    BalasPadam