Berbaloi ke gi Zoo Negara ?

by - Khamis, April 01, 2021



Lama dah anak dara aku ni mintak nak gi Zoo Negara. Katanya trip ketika tadika dulu, dia tak ikut. Jadi dia nak gak pergi ! Huhuh.. Ok la. Mak dia tunaikan. Sebab dulu dia tak gi, mak dia yang tak kasi. Hahahah.. Maka dia kena cover segala kos perbelanjaan percutian kali. 

Sebenarnya aku pun teruja gak nak pergi. Maklumlah, anak anak dah besar dan dah berakal. Senang nak kawal dan diorang pun boleh enjoy. Ni masa yang sesuai sebelum mereka dah kenal erti 'boring' ! Kalau dah kenal. benda benda begini bukan lagi idaman diorang. Atau nak pergi bersama keluarga , tak mungkin dah la. Huhuh.. Maka , amiklah kesempatan yang ada selagi mereka masih manja dengan kita. 

Tiket wife beli di Shopee. Harga sama je rasanya dengan walk in. Cuma tak perlu nak beratur panjang untuk beli di kaunter Zoo Negara nanti. Makanan , boleh bawa masuk. Jangan berkelah atau buat BBQ kat dalam tu nanti dah la yer. Wife lebihkan air dan roti jer. 

Parking... datang seawal mungkin. Paling awal pun , dalam jam 8 pagi pun ok dah. Dah boleh dapat parking depan depan. Tu hari biasa la. Cuti umum , aku tak pasti. Sejak dua menjak ni.. ramai ke Zoo sebab nak beri sokongan pada binatang yang ada tu. Sian.. asyik mintak sumbangan je pihak Zoo Negara. Kita berilah sokongan pada mereka. Huhuh.. 

















Best ? Bagi aku best. Binatang dalam ni pun sihat je nampaknya. Alhadulillah. Bersih dan terjaga walaupun ada yang buang sampah merata rata. Huhuh.. Tak paham aku kenapa diorang boleh buang sampah di tempat yang tak sepatutnya. 

Tengok panda , memang lucu la. Ada yang tak hairan tapi kalau korang ada satu perasaan COMEL di dalam hati tu, melihat panda depan mata dan ragam mereka.. memang membuatkan kita tersenyum. Huhuh.. Nak gi China , entah bila kan ? 

Binatang binatang lain.. pon seronok je tonton. Anak anak dapat kenal dan tau camana bunyi binatang tu dari dekat seperti ungka, siamang , singa, harimau , gajah.. dan sebagainya. Biasanya dok dengar dalam tv jer. Hari tu, dengarlah sepuashati. 

Kesimpulan... kalau korang ada anak bawah 12 tahun, bawahlah ke sini. Diorang akan enjoy punya. Penat tu memang penat. Cuaca panas ? Pakai je cermin mata cam aku pakai tu. Ada power. Senang. Tak perlu nak tukar tukar spek. Gi tempah kat Eyes Vision Group , Sungei Wang Plaza. 

Zahra nak pergi lagi. Katanya tak puas. Qhaliff ? No way !! Katanya.. Hehehe.. Dia bukan pencinta haiwan.















 

You May Also Like

2 comments

  1. teringin nak pergi walaupun umur dah 25 hahahaha!

    BalasPadam
  2. nampaknya berbaloi jugakah pi zoo negara nie... boleh kot plan untuk next cuti sekolah.

    BalasPadam