Masalah dengan siku hitam , ketiak berdaki, mandi tak bersih , lutut hitam , tengkuk berdaki dan buku lali hitam ?

by - Isnin, April 05, 2021


Kain apa ni ? Haaa.. aku pernah cerita kat dalam ni. Ada baca tak ? Tak baca eh ? Tu laa.. sapa suruh tak jadi pembaca setia blog aku ni. Hahahaha.. Aku kan suka cerita macam macam yang aku baru lalui dan apa yang aku tau. Samada bermanfaat atau tidak untuk korang.. tu terpulang pada cara korang analisa segala maklumat yang aku nak sampaikan la.. Hee.. Jangan marah aaa..

Ok.. aku dah test kain Korea Itali Towel ni. Hari tu aku nampak kain ni dalam Kdrama bertajuk Alice. Nah. memang sedap sental badan dengan kain ni. Aku dah cuba guna pada ketiak , siku, lutut dan buku lali. Kat muka pun kerap gak. Tapi kena sental perlahan lahan. Huhuh..

Apa jadi lepas sental ? Apa fungsinya ? Lebih kepada membuang sel sel kulit mati ! Kalau korang sental pada lengan.. lepas mandi tu , cuba la usap lengan tu. Terasa lembut lain macam. Ni bukan sabun tau.. Kain jer tapi semacam kain dia. Akan terasa sedikit panas bila kena air biasa.

Best sangat rasa lepas guna tu ! Kalau korang rajin google pasal kain ni, korang akan terasa wow ! Katanya kain ni dah mula diperkenalkan sekitar tahun 1962 lagi. Memang tujuan kain ni untuk membuang sel sel kulit mati pada badan kita. 

Aku yang bermasalah dengan siku hitam dan ketiak hitam dek kerana deodrant ni, dah kembali cerah walaupun tak secerah muka Maria Farida tapi ok la berbanding sebelum guna kain ni. Hahahaha.. Takda la segan kat gym ha.. 
 

Mana nak dapatkan kain ni ? Ala.. kat Lazada dan Shoppee ada. Tapi pastikan diimport dari Korea yer. Jangan beli yang tiruan. Heee.. Harga ? Murah jer.. Dan tahan lama. Boleh gunakan pada anak anak yang lasak bersukan.. atau lasak beraktiviti. 

You May Also Like

4 comments