Merbahaya jika minum susu lebih dari secawan sehari ?? Biar betul !

by - Selasa, April 06, 2021

Terkejut juga aku bila baca artikal tu. Bukan apa.. aku memang dari dulu minum susu terutama yang tinggi kalsium untuk kuatkan tulang dek kerana aku kerap bersenam di gym. Dan Alhamdulillah, sehingga kini takda masalah dengan tulang rapuh. Er. camana aku tau.. aku teka je. Heeee..

Selain kalsium, susu juga membekalkan protein. Sebenarnya , macam macam dah aku dengar bab susu ni. Baik susu lembu atau susu kambing. Ada yang suka susu dari soya. Tak kisah la dari mana sekali pun, tapi penemuan baru ni , sedikit sebanyak membuatkan aku mengaru kepala aku yang tak gatal. 

Kita 'dimaklumkan' sejak kecil lagi mengenai kebaikan susu ni pada tubuh badan kita. Jangan cerita susu ibu ketika lahir tu yer. Tu memang sedia maklum, adalah yang terbaik untuk tubuh badan baby yer.. Diulangi.. baby yer.. Yang My Baby You tu , jangan coba coba lak yer.. 




Ok.. aku petik sedikit dari artikal tu yer.. 

" ..menurut sebuah kajian pada tahun 2014 oleh Michaëlsson, et al., minum terlalu banyak susu sebenarnya boleh membawa mudarat kepada kesihatan ! Menurut kajian tersebut, terlalu banyak minum susu (lebih daripada 3 gelas sehari) bukan sahaja dapat meningkatkan risiko kematian, ia juga membuatkan tulang anda lebih mudah untuk mengalami keretakan.

Malah, wanita yang dilaporkan minum lebih daripada 3 gelas susu sehari juga mempunyai risiko kematian sebanyak 2 kali ganda berbanding wanita yang hanya minum segelas susu.

Walau bagaimanapun, kaum Adam tidak terkesan dengan perkara ini seperti kaum Hawa. Namun, lelaki yang gemar minum susu yang banyak juga menunjukkan peningkatan dalam kes kematian.

Tapi, bukankah minum susu baik untuk kesihatan tulang?

Perkara ini mungkin tidak benar jika anda mengambil terlalu banyak susu. Malah, faedahnya juga akan hilang dan ia tidak mampu lagi untuk melindungi pengamalnya daripada menghidap tulang rapuh ataupun keretakan tulang.

Susu merupakan sumber utama sejenis gula yang dikenali dengan nama D-galactose. Menurut beberapa eksperimen yang dijalankan terhadap haiwan, pendedahan terhadap terlalu banyak D-galactose adalah berbahaya kepada kesihatan.

Malah, dos D-galactose yang rendah juga menunjukkan kesan yang seakan-akan penuaan di dalam kalangan haiwan, termasuklah jangka hayat yang lebih pendek, inflamasi kronik dan juga degenerasi neuron. "

Camana ? Nak percaya atau tidak ? Dalam peti ais aku memang selalu je ada susu ni ! Hahaha.. Dan setiap kali aku nak berpuasa, memang akan amik susu dan dicampurkan dengan whey protein dari BS Nutrition.  Ditambah juga dengan telur sebiji, kacang badam serta kismis mahupun kurma. Kasi kenyang skit perut. Huhu..

Sambungan dari artikal tu lagi.. 

" Menurut sebuah kajian yang diterbitkan di dalam British Medical Journal, keretakan tulang pinggul paling banyak berlaku di negara yang mempunyai pengambilan kalsium yang tertinggi.

Malah, wanita yang minum 3 gelas susu ke atas setiap hari mempunyai penambahan risiko sebanyak 60% untuk menghidap keretakan tulang pada masa hadapan.

Oleh sebab itu, mengapa kita diberitahu sejak kecil untuk minum susu sebagai sesuatu yang sihat?

Sebenarnya, jika diambil secara sederhana, susu dapat melindungi kita daripada penyakit kronik. Malah, pengambilan secawan susu sehari sudah cukup untuk memenuhi rekomendasi nutrisi harian.

Menurut Cleaveland Clinic, jika anda inginkan tulang yang sihat, elakkan minum susu lebih daripada 1 gelas sehari.

Jika anda seorang penggemar susu, sudah tentulah anda akan rasa risau tentang penemuan ini. Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan oleh Michaëlsson, et al. masih mempunyai beberapa kelemahannya yang tersendiri. "

Bersederhana... Tu je sebenarnya. Tapi aku masa zaman muda dulu, lepas gym, memang bedal sekotak terus susu HL. Huhuh.. nasib baik tak jadi apa apa pada aku. Huhuh. Tapi badan naik la. Sebab tu aku payah nak dapat otot di perut. Hahaha.. Yer, memang payah ! Walaupun hari hari. Bila aku kurangkan susu, baru badan aku ok skit.. 

Harapnya ada kajian terkini mengenai pengambilan susu ni. Jika tidak , nampak gayanya... kena ikut?

Sumber artikal  - HelloDoktor.Com

You May Also Like

2 comments

  1. terbaik
    selamat menyambut ramadhan yang akan tiba

    BalasPadam
  2. minum ikut sekadarnya ... walaupun kadang2 lebih secawan.

    BalasPadam