Anak Mubarak bawa 97 beg besar ke Britain
LONDON: Anggota keluarga Presiden Mesir, Hosni Mubarak dilaporkan sudah keluar dari Mesir menuju ke kediaman keluarga itu di London, lapor akhbar The Sun, semalam.
Anak lelaki presiden itu, Gamal, 47, dikatakan bertolak dengan pesawat peribadi bersama keluarganya dan 97 beg besar.
Keluarga itu dikatakan menginap di rumah agam enam tingkat milik mereka bernilai £8.5 juta (RM41 juta) berdekatan pusat beli-belah terkemuka Harrods di Knightsbridge, barat London.
Khabar angin turut bertiup kencang bahawa Mubarak dan isterinya, Suzanne, 69, bercadang ke London.
Pengendali bagasi penerbangan Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow berkata Wanita Pertama negara itu, turut dilihat tiba di London.
Mubarak dikatakan mempunyai aset £25 bilion (RM120 bilion) sejak berkuasa pada 1981.
Suzanne, Gamal dan anak sulung Mubarak, Alaa, 49, menjadi simbol kekayaan dan rasuah di Mesir. Suzanne turut digelar Marie Antoinette kerana bersikap umpama ratu yang dipancung di zaman revolusi Perancis.
Wanita Pertama Mesir itu turut memegang pasport Britain kerana ibunya, Lily May Palmer adalah wanita Inggeris dan bapanya berasal dari Mesir.
Lily bekerja sebagai jururawat bertemu jodoh dengan pelajar perubatan dari Mesir, Saleh Thabet di utara London pada 1934. Mereka kemudian berpindah ke Mesir dan Suzanne dilahirkan pada 1941. – Agensi
13 comments
EEEEE.. TAK BAGUS NYAA... RAKYAT BERSUSAH KAT NEGARA, DIA BOLEH LARI :(
BalasPadamperkara macam ini yang akan menambahkan lagi kehangatan pergolakan ni.
BalasPadammasalah pucuk kepimpinan.
Eeee jahat betul sukahati makan harta rakyat. Sebab itulah kena bijak memilih pemimpin, sebab salah pilih karang sendiri jugak yang merana. Ini tidak, bila orang suruh mengundi tak nak lak turun padang, kata x nak terlibat dengan politik. sedangkan secara tak langsung hidup kita ni memang tetap terlibat dengan politik.
BalasPadamMaaf bro ter-emo sat hehe..
http://ohajeyy.blogspot.com/2011/02/akan-ke-mini-gath-di-kb-mall-bersama.html
BalasPadamehehe :D :D
Ada 12 ribu lebih rakyat Malaysia di Mesir, termasuk anak saya. Kita doakan keselamatan mereka semua.
BalasPadamelokny klw jmpe,
BalasPadamkte sula jek..huhu
Terbaru:
TERKINI: KRISIS DAN DARURAT DI MESIR, BUTAKAH KITA?HARGA MINYAK NAIK LAGI PADA 1 FEBRUARI 2011
Pesawat peribadi tu....
BalasPadammacam ade persamaan saje dengan kisah pemimpin kat TUNISIA tu.
BalasPadam-.-' kan bagus kalau dorg guna duet tu untuk rakyat. dah tanak sangat bagi rakyat dorg,bg sini ha kat rakyat malaysia. rakyat malaysia dalam 7 juta. bagi sorg sikit pon boleh dapat rm17 000 tau. itu la bila memerintah ikot nafsu,bukan akal,bukan iman. jawab la ngn tuhan nanti.
BalasPadampatot p bom je umah agam tu..haih~
BalasPadamhuh! kurang asam betul~~
BalasPadamdoakan rakyat malaysia dan umat islam di sana selamat..
BalasPadamstudent malaysia .... dah selamat kah belum mereka?
BalasPadam