Entri Pertama aku dalam dunia Blog ...

by - Jumaat, Februari 25, 2011

 

Bertarikh 17/9/2009

Pengenalan

Salam . Akhirnya ada juga ruangan untuk aku meluahkan perasaan aku. Satu ruangan dimana pandangan aku akan dibaca dan dikomen oleh orang lain. Itu pun kalau sudi nak komen.

Selang beberapa hari lagi akan tibanya Aidilfitri. Dan ini bermakna kali pertama juga aku beraya di rumah ibu mertua aku iaitu di Kelantan. Tak tau la macamana keadaannya lagi.Nak mengharungi jalan raya yang sahihnya penuh dengan kereta memandangkan ramai warga kelantan yang mencari rezeki di perantauan. Pening kepala dah tentu. Dijangkakan aku akan bertolak pada esok , yakni Jumaat persamaan 18 Sept 2009 , selepas solat Jumaat. Ramai yang berkata waktu itu mesti penuh dengan kereta.Bagi aku , tidak mengapa sebab yang penting , sampai ke destinasi dengan selamat.Perlahan-lahan bergerak asal selamat.

Yang aku tak puashatinya , hubungan darat ke pantai timur ni. Amatlah tidak memuaskan hati.Terlalu berbeza dengan laluan ke utara dan selatan. Bagi aku , ini tak sepatutnya berlaku.Memang terdapat perbezaan politik tetapi pihak yang berwajib kena la prihatin.Sekurang-kurangnya buatlah tempat rehat yang selesa untuk pemandu berhenti berehat. Nasib baik aku gunakan kenderaan sendiri. Bagi yang gunakan perkhidmatan awam ? Bila berhenti kat perhentian sementara , nak masuk tandasnya pun kena fikir berkali kali !!

Takkan masa nak pilihanraya baru nak tabur janji n baru nak buat itu ini ! Buat je la ! Guna duit rakyat gak tu .Bukannya guna duit pemimpin-pemimpin yang memerintah !! Bila dah selesa, pengunjung / pemandu atau penduduk tempatan pasti akan berterima kasih dan mereka tau sapa yang buat semua tu. Bila tiba masanya diorang pasti akan terpikir sapa yang membangunkan kawasan itu. Sedih betul bila mengenangkan perkara ini. Yang bagusnya , yang nak ke pantai timur ni majoritinya melayu. So fikirlah sendiri.. Yang pastinya , seminggu aku berhari raya di sana...

 

Manakala yang pertama dapat komen ialah entri ini .. dapat 2 komen !! .. hehehe .. Pon bertarikh 17/9/2009 ... Hari tu 2 entri je aku buat ...

 

Keinsafan

Semalam aku ke Alamanda , Putrajaya untuk membeli sehelai dua baju dan seluar. Punya la ramai orang. Tak kira bangsa dan agama.Aku pun mencari la sesuatu yang aku berkenan . Punya la terpusing-pusing mencari baju. Sebelum nak pergi beli , aku dah set otak aku nak cari baju brand Esprit. Selesa gile bila pakai. Tapi bila tengok harga , erm...aku boleh beli banyak baju dengan harga tersebut. So berpusing-pusing la dalam Alamanda tu..kuar masuk kedai kat situ.Tak jugak ada yang berkenan...last last singgah kat butik levi's..beli la sepasang seluar slack jenama dockers..dah berkurun aku nak beli n akhirnya baru dapat..sehelai je ..tu pun dah kira mahal giler.

Baju ? Erm..nk cari yang sesuai yang boleh dikenakan ngan seluar tu..cari punya cari..dapat gak la..jenama sukan malaysia..boleh la.....Dapat la dua helai..tu pun jenuh mencarinya. Kesian kat wife aku dok mengikut je...Part aku selesai ..

Part wife aku lak...dia cari barang dia..huhu..tau la perempuan..apa lagi nak dicarinya ..make up ! adoiyaiii....biaq p la ...Bila dia dah dapat barang dia , teruskan la berjalan jalan..

Sampai la kat carrefour ...Rambang gak mata aku tengok barang tapi wife aku sering mengingatkan aku , ' orang lain nak beli susu anak pun tak mampu ! ' adoi....Banyak benda la aku nak beli tapi tak boleh nak beli disebabkan perintah khas dari wife aku..tak pe la...untuk masa depan gak kan...

So aku pusing-pusing kat situ...Tertiba aku ternampak satu mamat Nepal ni..kecik kecik je orangnya..tersenyum jee kat muka dia..senyuman dia seolah baru dapat bonus 10 bulan gaji !!! aku sendiri tersenyum tengok dia..Aku tengok dia dok memilih kasut . Aku peratikan je la...Dia pilih macam pilih ikan sambil tersenyum..Aku tengok kat papan tanda harga ! RM5 sepasang ! Murah gile tu...adoi....camana dia boleh pakai kasut begitu murah sedangkan aku yang pakai jauh lebih mahal dari tu pun masih lagi sakit kaki ! Aku rasa kesian sangat kat dia. Rasa mcm nak je pergi kat dia dan ajak dia g shopping sekali ngan aku..pilih la apa nak aku bayar ! tapi kalau aku buat begitu aku akan spoilkan dia lak..dia akan sedap pakai kasut mahal n pasni sure nak beli yang mahal je..Apa yang aku mampu buat , aku hanya mampu bersyukur atas rezeki yang aku terima selama ini..Tak la banyak mana tapi still boleh berbelanja , bersedekah dan beri pada orang tua..Aku sendiri pun beli t-shirt semalam dalam harga rm3.99 sepasang..pakai g gym n duduk umah je..

Ramai yang tak sedar sebenarnya negara kita ni , penuh dengan punca rezeki...nak ngan tak nak je mengalinya...

You May Also Like

47 comments

  1. nampak baru di situ... same ngan aku sekarang..he he

    BalasPadam
  2. betul lah apa yg abg ben ckp dlm vlog #2.. entry dulu2 mmg pnjang..

    BalasPadam
  3. okay ape entry ni..cuma waktu tu tkde org yg mcm bro ben nk tlg promote blog2 baru...

    BalasPadam
  4. panjang giler!!!
    luahan perasaan betoi!!!
    gegege...

    BalasPadam
  5. Salam Ben.
    Panjang gak Bro tulis ni ... saya pendek je.. hehehe... entri pertama ... hmmm ada simpan ke lagi ehhh... nanti nak tgk.

    BalasPadam
  6. luahan ati ni...
    sy punye pun mcm tu gak..hukhuk

    BalasPadam
  7. :) mase tu mesti belum taw lagi akan dapat follower sebanyak sekarang ni kan kan??? sampai pemes macam ni hehe (>.<)tahinah A.Ben!:)

    BalasPadam
  8. time tu idea byk nk diluah, lgpon tu smo dh terpendam lama dh. skg ni, ada idea & luahan, tros type. huhu

    BalasPadam
  9. Bermula dgn sedikit..jadi ramai macam sekarang..Tahniah Ben.

    BalasPadam
  10. entri dulu2 walaupun panjang tapi ada input...skang pendek pun ada input..best2..hehe

    BalasPadam
  11. masa ni 'saya budak baru belajar'

    skrg... abg ben lah sifu kami!

    BalasPadam
  12. maknanya saya lagi lama dari en ben dalam blog.saya start tulis blog pada 2006 sempena AIM 2006.Msa tu nama dan url blog lain.. Tapi, sekarang ..saya masih blogger biasa..tapi en ben dah jauh berjuta 2 batu di hadapan...mungkn kerana x ada kesungguhna dan x belajar sesuatu masa tu...

    BalasPadam
  13. as salam..
    wah~
    menggamit memori silam~
    betul.rezeki di mana-mana.

    'duit' pun datang dari-Nya.
    kita tangkap ikan. jual.
    dapat 'duit'. hoh.
    kita tanam pokok, dapat buah.jual.dapat duit.

    duit, duit, duit..

    kalau tak berusaha, mana la nak dapat 'duit'~

    BalasPadam
  14. macam penah baca la entri yg kedua tu....

    BalasPadam
  15. pjg camne pun, tetap ada isi yg bernas dan membuat kita berfikir.syabas bro ben :)

    tapi time mula2, mmg agaknya tak sume org baca abis kot :)

    BalasPadam
  16. nmpk baru dr segi bahasa je...tp isi kandungan macam dah lama....tu lah bakat namanya.....

    BalasPadam
  17. dua entry digabung itu pasal panjang...

    BalasPadam
  18. kalau dulu ayat macam skema je. tersusun. macam tulis dalam diari.

    sekarang pulak nampak lebih santai. lebih mesra untuk pembaca baca. heee

    BalasPadam
  19. haa...ingat lagi 2009..hari raya mase 2 jatuh pd besday saya..20/9/..errr...motif bgtau?hehee

    entry yg kedua tu...penuh dengan nasihat..suka baca :)

    BalasPadam
  20. dulu entry panjang2,...
    skg2,..hamik simple n padat,.heheheh

    http://mylifemimie.blogspot.com/

    BalasPadam
  21. panjangnyaaa..xdan nk bc semua..haha..sy juga pernah buat karangan mcm ni (-_-")

    BalasPadam
  22. walaupun panjang.... bernas dan tidak membosankan...

    BalasPadam
  23. panjangnyer entri...first entri pun dah panjang giler...aku dlu first entry :

    Test...test...test...

    ada ker orang buat mcm aku...hahahhaha

    BalasPadam
  24. panjang ny entry abg dulu . hee
    skang ringkas je . :)

    BalasPadam
  25. cute je baca entri ni..sedikit detail disitu hehe sekarang ni santaiiii..tahniah.

    BalasPadam
  26. entry yg best!.. mesti menjadi salah satu koleksi terindah kan?

    BalasPadam
  27. panjang tol tuk entri pertama..n ayat skema hehe..

    skng lebey cool.. santai jer..

    BalasPadam
  28. panjang. best tp. & ad pengajaran kt situ. Ok wat? heheee. sebab saya suka baca jurnal ^_^

    BalasPadam
  29. dulu segan nak komen entry BA..hehe..lainnye entry dulu dan sekarang yer..rasanya sume camtu gak kot..nak2 yg dah bertahun-tahun dulu mesti lg klakar

    BalasPadam
  30. waa memang panjang.. Bang boleh tak adakan bali archieve 'ben ashaari' ? Nak geledah2 ar nanti.. Sambil baca sambil belajar..

    BalasPadam
  31. entry mula2 bahasa mesti skema sikit. saye pun same... dah lama2 bantai je la bahasa pasar, hehehe..

    BalasPadam
  32. teringat masa buat karangan bm dulu dulu

    BalasPadam
  33. mak aih.... panjangnye.. tp menarik :)

    BalasPadam
  34. haahah,first entri dulu

    ''aku budak baru,ajarkan''

    haahha,gile kelako

    BalasPadam
  35. xde sorg pon komen sebelom 25 feb 2011..hurm

    BalasPadam
  36. bukan sng nak baca n3 bro yg panjang lebar mcm ni...suka dpt juga baca.

    BalasPadam
  37. hihi .. panjang2 n skema tak mcm skarang tp bezz jugak ~

    BalasPadam