Popularkan blog atau popularkan blogger ?

by - Selasa, Februari 22, 2011

 

Dua cara yang berbeza .. Ada blogger tanya aku , bagaimana nak jadi seperti BEN ASHAARI ?  Mau berjaya dalam dunia blog ! Lalu aku pandang ke cermin .. Aku perhatikan cermin itu .. Sudah berjayakah aku ??

Macam pernah yang korang baca sebelum ini , aku terus terang .. aku masih terlalu jauh untuk dikatakan BERJAYA .. 1% pon tidak langsung .. Apa yang aku berjaya cumalah memperkenalkan BEN ASHAARI.COM kepada dunia blog .. Itu saja ! Tidak lebih dari itu !! Tetapi aku sedang menuju ke arah kejayaan itu !! Pasti.. Aku nak nikmati kejayaan itu !!

OK... Popularkan blog atau popularkan blogger .. Mak aih.. Hari tu , aku lepak dengan blogger otai ...Orang lama la .. Kira blognya dah terkenal dalam dunia blog ini .. Dia cakap ngan aku ... Semakin ramai blogger !! Aku kata , satu perkembangan yang bagus ... Semua orang teringin jadi blogger .. Secara tidak langsung , blog sekarang bukan lagi dikhaskan untuk orang yang gemar menyampaikan berita palsu atau khabar angin .. Blog sekarang adalah medium penyebaran maklumat antara yang terpantas tika ini ! Jangan tak tau ... haaa.. aku dah cuba.. ternyata 'merbahaya' !

Tapi apa yang berlaku sekarang ini ialah , mereka buat blog adalah untuk jadi popular !! Tu nombor satu ... nombor dua , kononnya menambahkan duit kocek ! Tapi apa yang berlaku ialah yang nombor dua tu kembali ke nombor satu .. Mereka  nak popular .. Hurm.. kenapa nak popular ? Aku rasa antara sebab mungkin nak muncul dalam media elektronik atau media cetak.. Berbalik juga pada alasan no 1 ! Nak popular ...

Bila popular, apakah blognya akan popular ?? Kita tengok contoh artis majalah dengan artis album.. Artis majalah ni popular dalam majalah jer.. tapi album baru satu ! Tu pon takde atau satu lagu je top.. Lain ? Habuk ... Berbeza dengan artis album... laris.. ada je show sana sini ..Walaupun publisiti takde atau kurang tapi dia tetap masyuk ! Camana tu ?

Apa yang patut berlaku ialah .... popularkan blog ! popularkan blog .. popularkan blog.. Maksud popular ni ialah sebarkan .. sebarkan .. bagi semua tau tentang kewujudan blog korang tu .. bila orang sebut www.benashaari.com , orang tau .. Biar orang tau pasal blog tu dari tau penulisnya .. Yang nak popular ialah blognya .. penulisnya tu biar no 2.. ada rezeki maka ada la ..

Untuk popularkan blog , bukan mudah .. Banyak kerja kena buat .. Macam macam kajian ... Rintangan.. halangan .. mmg wujud semua ni .. Disini , kesabaran , kekreatifan , keunikan serta kebijaksanaan memainkan peranan penting .. Bila blog popular, mereka akan cari tuan punya blog untuk berbincang mengenai blog mereka .. Bukannya mereka cari blogger itu untuk berbincang mengenai blogger itu dan akhirnya blognya tenggelam.. Blogger itu naik adalah kerana dirinya ! bukan kerana penulisannya .. Jadi apakah benar dia buat blog semata mata minat menulis atau mempunyai maksud yg lain ? Sekadar batu loncatan untuk popular ? Tepuk dada tanya selera ...

Kepuasan terletak di tangan korang sendiri.. Mahu bergelar blogger popular atau miliki blog yang yang popular !

You May Also Like

20 comments

  1. two thumbs up untuk entry ni... semakin ke awal pagi....entri bro makin top.. hahaha

    BalasPadam
  2. abg ben,bagi tips cemane nak popular mcm blog abg ben ni?blog bonad suam2 kuku jeee.haha

    BalasPadam
  3. hah!!!

    ok...penilaian dibuat...

    tolak tambah, tambah tolak...

    C-

    BalasPadam
  4. setuju dgn abg BEN...bg ana...x perlu la nk kejar sgt...biar la org kenal blog kita sendiri drpd nak popularkan diri sendiri....kan? :)

    BalasPadam
  5. bagi saye..abang ben dah capai kejayaan tu...sebab smue yang abang ben dpt skang pon..bukan dari hasil orang lain..dari ushe abang ben sndiri kn... :)

    BalasPadam
  6. blog along cenggitu je.. update byk mane pon stil kene pomot baru org jenguk.. heheh..

    btul a tu blog popular baru sronok blogging tu mari.. =)

    BalasPadam
  7. saya setuju 200%..nasib baik masih bagun lagi..kalo tak, tertinggal la entry ni..

    BalasPadam
  8. blog tu lagi penting rasanya...
    baru perasan followers dah 10000++.
    Asyik sangat baca entri Abang Ben.
    Tahniah erk...

    BalasPadam
  9. Sekali En. Ben membebel..terbuka akal dan minda semua. As for me, blog adalah catatan untuk dikongsi bersama dan dijadikan panduan. Yang baik kita jadikan panduan yang tak baik kita jadikan teladan.

    BalasPadam
  10. semuanya bermula dgn niat...niat nk popular, popular la dia, niat nk duit lebih, dpt jugak la dia ;)

    BalasPadam
  11. cemburu kot tgok yg lain da mcm ala2 popular haha..

    BalasPadam
  12. waaa..panjang nyee nasihat...insaf2..sob.sob

    BalasPadam
  13. ramai ade blog
    sbb org lain ade blog....
    zzzz....





    sokong penyebaran...
    pantas ;)

    BalasPadam
  14. Bergantung pada niat seseorang tetapi sebaiknya blog yang popular.
    Kebanyakkan blogger yang mahukan blog ye popular mungkin mahu kongsikan penulisan di blognya.

    "Seseorang itu mendapat apa yang diniatkan dan dilakukannya"

    Menjauhi Perbuatan Yang Mendatangkan Bahaya

    BalasPadam
  15. sangat setuju dengan ulasan BEN. TP pun memang selalu memikirkan tentang hal ni.

    BalasPadam
  16. bila lah agaknya blog www.qasehdalia.com nak populer hehe...

    BalasPadam
  17. blog ben ashaari ni popular sebab tiap mase ade je entry baru...adoi2.tabik spring la same kamu hehehhehe

    BalasPadam
  18. enrty terbaik abg Ben .. i like ,, lagi bersemangat na berblog nieh ... sblum wat , ta terfikir pown psl popular or duit ,, just ske2 jer tgk member punye blog .. then ble dh wat , ramai org bace and komen ,, dan ramai juga yang ske info2 kat blog .. trase diri nie ade tgugjwb untuk terus berkarya dan memberi info ... sronok rse ble ade yg memahami ... my blog is my diary .. my diary is about my life ..
    (^__^)v
    gud luck abg Ben ..

    BalasPadam
  19. bergantung pada niat seseorang tu. Ada sesetengah sekadar nak share pengalaman hidup, ada sesetengah nak lepas geram.

    BalasPadam