AURAT ATAU FESYEN ?

Terlebih dahulu aku mohon maaf kerana topik yang aku nak cakap ( yelah ..tau ...bukan cakap tapi taip ) ni lebih berkisarkan bab menutup aurat wanita ...aku tau aku bukan ustaz atau orang bijak pandai agama..cuma aku tak nak bangsa lain yang seagama dengan aku memandang 'senget ' terhadap bangsa aku yang beragama Islam...

Kedua , aku bukan nk bicara tentang wanita yang tidak menutup aurat....tu kes lain ...yang aku nak bicara ni , yang menutup aurat tapi 'tak tutup' ...aku rasa ramai faham ni...

Adakah zaman skang ni memakai tudung salah satu dari fesyen ? Mesti ada yang kata , apa salahnya bertudung mengikut fesyen atau bertudung tak semestinya tak leh bergaya...Boleh ke tak , mestilah ada batasannya..kalau nak bertudung , buat la betul betul ..kalau sekadar nak berfesyen , kena sedar bahawa anda adalah penganut Islam...dosa pahala bukan hak aku untuk memperkatakannya ...cuma aku sebagai saudara seagama segan bila kawan aku yang bukan beragama Islam hairan apa tujuannya menutup aurat...

Fesyen bertudung skang ni ....atas bertudung manakala baju n seluar lak ketat ! Adakah itu menepati kehendak Islam ? Cuma aku nak tanya je la...tak ke segan dengan orang bukan Islam bila melihatnya ? Apa bezanya dengan mereka yang tidak mengenakan tudung atau tidak menutup aurat ?

Aku tau , mesti ada yang tak puashati..mesti dia kata hak masing masing...hak mmg hak..tapi bila melibatkan agama , kena la berdisiplin....skang ni , majoriti yang buat cam tu , melayu beragama Islam...satu bangsa satu agama dengan aku...takkan aku nak butakan mata je ? nak tegur terus , sapa la aku kan...so aku gunakan blog untuk menyampaikan suara aku...nak ikut atau tidak , terpulang la...yang penting , bahagian aku dah lepas ...

Mmg aku tak nafikan kadang kadang ada dikalangan keluarga terdekat aku termasuk isteri aku 'terlupa' bab ni...aku tetap menegur mereka ...mcm aku kata tadi , bahagian aku dah lepas...nak ikut atau tidak , tu akhirat nanti jawab...


Aku tau risiko aku ..aku akan hilang ramai pembaca blog aku..tapi nak wat camana kan...aku gunakan blog aku ni untuk berhibur dan juga berjihad...takkan aku nak kumpul dosa je kan... ;)

Sekali lagi aku mohon ampun dan maaf sekiranya ada yang terasa ..bukan niat aku nak perli , sindir cuma nak bagitau ...org kafir mentertawakan orang melayu beragama Islam...tidak cukupkah kita bergaduh di arena politik sesama sendiri ? perkara paling mudah , pun kita jadikan satu permainan..satu gurauan...mereka pasti kata , 'CAKAP JE CINTAKAN AGAMA..BERKORBAN DEMI AGAMA...TENGOK PAKAIAN MEREKA TU...TU KE CARANYA ? "


Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31: (maksudnya) “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”.

Allah Lebih Mengetahui

26 ulasan:

  1. tidak pernah terpengaruh dengan rekaan tudung zaman kini. tidak berminat. tudung pakai biasa je. tak membazir beli mahal2 semata-mata untuk bergaya. baju takpe. hahahaha :P almaklumla, tudung blom lagi diletakkan di brand Guess, Armani, kalau ada, pasti ada orang sanggup beli.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum...actually, kita ptt sekurang2 nye bersyukur 'dia' menutup aurat dari mengutarakan persoalan mcm ni...seolah2 menggalakkan 'dia' membuka semua auratnye...bukan berniat untuk menidakkan kata2 yg tercetus dalam blog ini...tetapi kita sepatutnya sekadar bersyukur dan berdoa biar kaum islam kita lebih dibukakan ati dari kite membuka pekung di dada saudara kita sendiri...assalamualaikum.

    BalasPadam
  3. wsalam ..apa kata kita bina sebuah rumah..dimana rumah dibahagian bumbungnya hanya sebahagian siap manakala lantainya banyak retak retak dah pecah ..lalu dibenarkan pembeli rumah itu mendudukinya...adakah dia patut bersyukur dengan rumah yang dia dapat berbanding harga yang telah dibayarnya ? begitu juga dengan si pakai tudung tersebut...niat memakai tudung adalah menutup aurat...kerana Allah..

    Kedua ...adakah ini membuka pekung seseorang ? cukupkah sekadar berdoa tetapi tidak ada teguran ? saya nampak seseorang mencuri..lalu saya berdoa pada Allah supaya si pencuri itu memulangkan barangan yang dicuri...tidakkah sepatutnya kita pergi menghalang atau mejerit meminta tolong ?

    BalasPadam
  4. ~ hem..pung tak penah terpengaruh ngan cara pesen skang nih..

    BalasPadam
  5. Anonymous

    Waalaikummusalam , saya tak berapa sokong dengan konsep bersyukur anda tu . Ianya iabarat seperti contoh saja erk

    Aku berzina dengan seorang gadis dan kemudian aku bersyukur aku hanya berzina jer tak membunuh gadis tu. Dan rasa untuk insaf tu langsung tidak ada.

    Biar kita membuka pekung di dada untuk tujuan yang baik .

    Kubur kita lain-lain tapi Padang Masyar tetap sama.

    BalasPadam
  6. AURAT @ fesyen...so macam mana pulak dengan aurat lelaki, bila u cakap ''bahagain aku dah lepas'' pastikah anda?..sebb dalam blog anda sendri pun..selalu u tunjukkn body u pada umum..ade yng hanya pakai singlt..bukan kah itu tidak menuntut aurat sebenarnya???..dan ade jugak sy tengok isteri anda memakai bju kebaya ketat?? sy pernah terbaca dalam 1 artikel..sebenya berkebya ketat juga tidak boleh? cam mana tu ?cuba jawab???sy harap anda fikir fikir kan la sebelm menulis tentang agama dalam blog anda!! wasalm..

    BalasPadam
  7. beritahu saya , mana aurat lelaki ?Dari mana ke mana ? singlet ? buka aurat ke ? bukankah aurat lelaki dari pusat sampai ke lutut ?

    Kalau anda perasan....saya ada tulis ini ..

    Mmg aku tak nafikan kadang kadang ada dikalangan keluarga terdekat aku termasuk isteri aku 'terlupa' bab ni...aku tetap menegur mereka ...mcm aku kata tadi , bahagian aku dah lepas...nak ikut atau tidak , tu akhirat nanti jawab...

    Macam saya kata tadi..saya hanya mampu menegur...takkan saya nak ambik rotan dan merotan mereka ?

    BalasPadam
  8. panas..panas..
    aurat lelaki pusat ke lutut je tp pmpuan??? p-k2 la sendiri..
    nape lau ben cita hal lain kat blog xde org mrah?tp bile da ben sentuh soal tudung n aurat, nak melenting???
    sememangnya inilah manusia...d ajak ke arah kebaikan, panas..cuba ajak g hiburan ke pe ke...laju je..maaf kpd sesapa yg trasa..sy sdar diri ni x sesempurna mne, just stuju dgn cre ben. prnah trdngar 2 org insan berbicara. "dia dah convertkan?"..sorg lg mnjwb,"alaa..org islam sndiri pun ade je yg x pakai tudung." sy yg mndngr perbualan itu tersentak...ini ke yg kita contohi pd mereka?? sy minta maaf skali lg n hrp xde yg lg panas r sbb sy mngaku sya bkn seorg yg sempurna.

    BalasPadam
  9. saya sangt bersetuju dengan blog BEN ASHAARI...:)...
    tengok2 perempuan pakai tudung pon,kadang2 nmpak rambut..yela,x pakai anak tudung...sje nak tunjukkan rambut dia yang panjang 2...:)..
    apa da....

    BalasPadam
  10. sampaikan pesan walau satu ayat.....

    BalasPadam
  11. ben, ko perang lagi ke?? asal bab tudung je mesti perang kan...sejarah kembali berulang...dulu ngan lady>>ntah apa nama pompuan tu...skrg dgn anon plak.....

    BalasPadam
  12. woooo...wooooo....
    relax2....xpe...encikBen just menegur je...so tepuk dada tanya selera....

    papepun sume ni bukan urusan kite...
    Allah punye kehendak...Dia maha mengetahui tiap2 sesuatu...Dia yg mencipta, Dia jugak yg gerakkan, Sume nye Dia....

    so,sbrnnye xperlu nak kecoh2..sbb kite manusia...jgn sesekali menghukum...hanya Allah je yg bkuasa mghukum makhlukNya....

    'pandang SATU dlm banyak, pandang banyak dalam SATU' =)

    BalasPadam
  13. I think I should say something.. Kita ni semuakan human.. our action, our thoughts are limited to what we see and what we believe is right. We have really no idea samada ada apa yg kita buat di terima oleh Allah. It's true we have all the guidelines to follow as a Muslim but in the end apa yg penting adalah hati dan niat. What ever it is that we choose to do must be kerana ALLAH.. termasuk la menutup aurat ke.. memberikan pendapat ke .. or whatever.. Hanya Allah saja yang tahu.. so stop judging each other.. it's not our place to judge.. terima apa yag baik .. Wallahua'alam..

    BalasPadam
  14. blog ni..cam tuan dia syok sendri pun ade maa...

    BalasPadam
  15. hai encik ben..pasni kitaorng nak tgok isteri anda memakai cara islam lak..ahaksss!!!!seluar2 pun tk boleh pakai..HARAMMMMM....

    BalasPadam
  16. tidak bernama : syok sendiri blog ini ? terima kasih ....saya tak perlukan pujian dari mana mana pihak...alhamdulillah ..

    kalau isteri saya memakai cara islam , anda nak ikutkah ? kalau nak ikut , baiklah..kita sama sama ikut cara islam..kalau sekadar nak perli , hehehe...terima kasih...ini bermakna saya berhasil menyampaikan info saya pada anda berdua ...

    P/s : kalau tak suka blog syok sendiri , sila masuk ke www.gengblogger.com .. di sana ada bnyk blog yang bagus bagus untuk anda telaah...

    Semoga Allah merahmati hidup anda berdua ...

    Allah Lebih Mengetahui...

    BalasPadam
  17. it's ok..
    en ben cuma menegur...
    itu xslh...
    xpyh la kite nk emosi sgt...
    da mm zaman skrg org pkai tudung ikut trend..
    kadang2 pkai tudung,semata2 psl parents suruh,
    thats why pemakaian tudung jd mcm tu, sal bkn dr kemahuan diri sendiri tutup aurat...
    sume manusia ade kesilapan, so phm2 la..
    btw, nice post en ben...

    BalasPadam
  18. Perthhh Ben teruk gak ko kena ngan anonymous .

    Ben cuma berniat untuk menegur . Anyway sekurang-kurangnya ada juga yang terasa dengan entry ko .

    BalasPadam
  19. INI ADALAH KOMEN DARI SEORANG RAKAN YANG NON MUSLIM ...

    Ben thumbs up to you! Nicely and wisely said. Yea, this question did crossed my mind once when I was in the LRT, but then I'm cool with since I'm not the person who judge the book by its cover yet it does gives the wrong impression to the other races and to the other Muslimin and Muslimat as well. At least, you have the courage to give a friendly advice to your friends which is acceptable and I find nothing wrong with this entry. Cheers !

    BalasPadam
  20. SAlam ziarah...

    Emm nice entry..semoga pembaca dpt menerima dgn lapang dada..

    Bg ana xsalah kalo tudung tu berfesyen sb yg penting tutup aurat/bahagian yg disuruh oleh syarak dan tidak berlebih/keterlaluan berfesyen sehingga hilang tujuan asal ialah menutup aurat..sekadar pendapat..Allahu'alam :)

    BalasPadam
  21. assalamualaikum....saya setuju dng ben yg buat blog pasal tudung n.itu la manusia bla orng suh tutup aurat ja dia mla la nak melenting...kalu dah x mau pakai tudung buat la cra x mau pkai tdung.jng nk main2.ni tak bla p kuliah ja mla la pkai tudung tp bla abis kuliah ha tudung dah hilang dah....satu lg ni untk yg bertudung labuh n bila p kuliah ja ya allah tudung sampai k lutut tp..tunggu la bla p jalan2 tudung just tutup rambut ja n bju ha yg adik pnya dia pakai....tu la ragam yg sy tngok kt tmpat pengajian sy n....rsa mcm dunia dh nk kiamat...sakit ati....

    BalasPadam
  22. as salam..
    komen dari tahun 2011.
    wow! BACK TO THE FUTURE!

    hm..remaja2 sekarang ni yang paling ramai terikut2. Islam ni cuma macam satu budaya je pada mereka..bukan amalan wajib..betul tu ben. mereka terlalu terikut2 rentak orang luar. nak popularlah, menjadi perhatian lah, macam2..sedangkan semua ni bersifat sementara..
    hm..

    BalasPadam
  23. sy setuju sgt2 . ade juga yg memakai tudung/shawl/pape lah yg seangkatan cantik dah , molek terletak tutup dada , tak jarang , tapi mereka terlupa satu perkara . SANGGUL . sanggul yg tinggi juga tak dibenarkan ye .

    maaf , sy bukan seorang siswi , bukan juga seorang ustazah yg diiktiraf . tapi , sy cuma seorang pelajar biasa . ilmu sy tak seberapa . sy cuma berkongsi , bukan mengkritik atau berniat menjatuhkan mana2 pihak . maaf jika terkasar .

    BalasPadam
  24. memang betul pun ape yang encik ben postkan.. mesti anon tu perempuan.. kalau tak, takkan dia nak melenting kan.. sy sendiri pun terikut ikut dengan gaya fesyen sekarang.. tapi tidak melampau-lampau.. sy still lagi pakai tudung tpi tidaklah menutup aurat dengan sempurna.. sy mengaku tu.. sy memakai tdung tpi sy TIDAK pakai tdung hanye utk menutup RAMBUT shj.. ade yg pakai tudung tapi nmpak leher.. kadang kadang terdetik jugak hati sy ni(kau pakai tudung nak tutup rambut je ke?) sy hanye insan biasa yg berumur 19 tahun (baru nak melihat dunia la orang kate) terima kasih encik ben kerana menyedarkan sy.. insyaallah sy akan berubah sedikit demi sedikit.. spread the love everyone :D

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009